Pepatah
Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita
terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran
Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan
sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada
apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi,
sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.
Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para
artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada
seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa
bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW
untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan
dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
1) Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
2) Tarikh lahir :
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali
sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang
menyerang kota Kaabah).
3) Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah
Al-Mukarramah.
4) Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
5) Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
6) Pengasuh pertama : Barakah
Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW).
7) Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
8) Ibu
susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah
As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA
6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia
di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan
Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8
TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda
dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah
riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu
Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra,
negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di
kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20
TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab
' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia
Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu
beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
·
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25
TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh
Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan
beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa
saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika
itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan
meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan
untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan
pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40
TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi
dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke
Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622
M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah
Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632
Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti
Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina
Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi
Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah
Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin '
; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.
Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi
Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH
SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada
Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan
Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA
SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul
Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan
bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.
Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul '
Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA
ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah
***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul
Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12.
Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16.
Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk
Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda
Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia
telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia
bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas
)
اللهم
صلى
على
سيدنا
محمد
وعلى
آله
واصحابه
وسلم
Nabi
Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA
LAHIRIAH.
Begitu
indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada
pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan
mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara
kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat
lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
-
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah
umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan
Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan
purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
-
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti
bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di
tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin
jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang
panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya,
kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya
penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut
baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah
tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya
kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
-
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna
lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu
elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg
menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
-
Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu
garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan
selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
-
Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak
tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya
bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi
cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat
air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya
tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
-
Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih
kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi
bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan
kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula
rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak
buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org
ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA
:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik
contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di
dunia.