Ermmmmm...PTPTN macam2 hal????punya la susah nak berurusan ngan PTPTN ni...asyik nak kena call dan call dan call je...E2 apa yang kaktus alami la, tak tau la kaktus korang punya cerita macam mane plak..kot-kot korang mudah je nak berurusan ngan PTPTN ni...
Pengalaman kaktus sendiri la..Punya la susah nak berurusan..Seriously Kaktus cakap mmg leceh dan sangat-sangat leceh...Nasib baik Kaktus ni mmg rajin la sangat menelefon Hotline PTPTN 03-20804455 ye la nak seatlekan hutang...Hutang dibawa sampai mati uissssshhh takut la plak....Time meminjam dulu tak hingat punya la sonok dapat duit banyak...Yela satu semester RM2500..mmg la banyak bagi org seperti kaktus nikan...Time nak membayar ni la, mula penin-penin la pulak..
So 1 hb 6 tahun 2011, kaktus dapat jugak seatlekan semua hutang piutang dengan PTPTN ni..Akhirnya berjaya..Syabas Kaktus...Yela semak je surat asyik2 sampai umah Abah dan Mak..Abah pun asyik bising je..Dah keje lama hutang tak abis-abis bayar...So kena la seatlekan hutang PTPTN ni...
Mula-mula kaktus ingat nak tukarkan pinjaman ni ke Skim Ujrah 1%, banyak pulak semongeh PTPTN ni..Yela sebelum ni 3% interest banyak 2( dah macam nak bayar interest kete la pulak.. interest kete pun skang ni dah 2.9%)....Apabila banyak pulak semongeh deme...siap nak potong-potong gaji la pulak sure tertera kat payslip tak nak kaktus(buruk payslip kaktus nanti)..Baik kaktus buat pilihan lain untuk seatlekan benda ni...
Akhirnya hutang PTPTN ni seatle dengan cara kaktus keluarkan duit simpanan Kaktus kat KWSP..Urusan dengan KWSP ni mmg sangat mudah dan cepat...Lagipun Kaktus first time keluarkan kot....Sangat senang la urusannya...So seatle hutang PTPTN Kaktus melalui pengeluaran KWSP...Pakai duit KWSP la jawapanya bayar PTPTN ni..Akaun ke-2 sahaja yang boleh dikeluarkan tau..
Nak seatle benda ni plak kaktus mesti kena dapatkan balik Surat Perjanjian masa memula sign dengan PTPTN dulu(sign nak meminjam...kan ada perjanjian bagai masa memula dlu..jangan nak buat-buat lupe yee)..Mane nak cekau benda ni, sure dah hilang punya..so kena minta dengan PTPTN..Kena buat 'Money Order' kat Pejabat Pos sebanyak RM 90 dan hantar ke PTPTN baru diorang hantar surat perjanjian tersebut kepada kita...Aiiii nak seatlekan pun punya la susah , tak bayar kang lagi susah ...(Dah nasib badan masa pinjam dulu tak hingat)..So hantar je la ape yang deme mintak,,,Time 2 mmg suara kaktus je yang kedengaran menelefon PTPTN ni gamaknya ..(Nasib baik pakai tpon kat opiz yang memang free 2..jimat duit kaktus)
So ape yang deme mintak semua Kaktus bagi post ke PTPTN...Kaktus ingat lepas pengeluaran melalui KWSP transfer terus ke PTPTN. Kira seatle terus kat s2..Kaktus punya la tunggu Surat Pelepasan Hutang PTPTN ni bile la nak sampai ke rumah ( atleast biar abah tau hutang PTPTN Kaktus dah seatle pasni mesti tak sampai surat hutang kat uma lagi, hutang dah seatlekan) Rupanya tak sampai-sampai surat 2..So kaktus pun call hotline PTPTN, pe diaorg kate, surat ini mesti peminjam mintak baru PTPTN akan pos..Dah pulak macam gitu..Nak kena selalu call la ni..Tak bosan ke dengar suara kaktus ni..Dah la nak call sikit punya susah nak dapat, nasib baik kaktus ni call free, x da la terasa sangat, klu makhluk Allah yang lain mesti tension dah la bil mengalir macam air hujan tak dapat jugak bercakap dengan operator diorang...aduhhhhh....mesti tensionkan...
Aiii dah abis bayar pun masalahkan...Bukan ape Kaktus nak Surat Pelepasan ni, mane la tau tetibe 8 tahun lagi masa anak kaktus nak sekolah(klu dah ada nak la time 2) sampai surat dari PTPTN kate Kaktus masih berhutang dengan PTPTN padahal dah seatle tahun 2011 lagi...Mane la taukan, Kata pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'...hehheheehe..Lastly sampai jugak surat pelepasan hutang ni ke rumah..Kira hutang piutang dengan PTPTN dah seatle..yahoooOOOOOO!!!!!
Baru-baru ni kaktus tgk iklan kat TV katenya , kepada peminjam-peminjam yang nak seatlekan hutang PTPTN akan dapat interest 1% (skim ujrah) teruja pulak Kaktus dengar..Kaktus dah abis bayar, so macam mane..So pe lagi kaktus pun tpon lagi la hotline PTPTN..pe cter ye?????
Yesssssszaa mmg ada lebihan bayaran yang kaktus buat..So Kaktus boleh refund balik duit Kaktus 2...Cara-caranya:
1) Buat surat rasmi (tuntutan semula lebihan bayaran)
2) Photostat salinan muka depan akaun bank (yang tertulis no akuan bank kita 2)
3) Fax ke 03-20934623
Tetapi mesti dapatkan dulu Surat Pelepasan Hutang dari PTPTN yang mengatakan hutang sudah seatle....Nasib baik Kaktus awal-awal lagi dah minta dari PTPTN benda ni.....Huhuhuhuh...Katenya untuk lebihan bayaran ni hanya peminjam yang memohon saya, yang dapat balik lebihan bayaran tersebut...Sesiapa yang tidak memohon untuk lebihan bayaran tersebut ..tidak dapat la..So kepada yang dah seatle rasa nak duit boleh minta la..
Apepun untuk kepastian kena call la hotline PTPTN di talian 03-20804455
So pada 6/11/2011 Kaktus fax dah ape yang diminta,ke PTPTN seperti ape yang disuruh...Sampai sekarang masih belum ada feedback dari PTPTN..Ape -ape email pun tak ada..Ape-ape surat pun tak sampai ke rumah...Pelik??????
Kaktus pun call Hotline PTPTN buat aduan pada 30/12/2011 (berapa banyak call la)...Aduan kaktus masih dalam tindakan diorang..Punya la lama nak seatle benda ni?????
So skang Kaktus masih lagi menunggu jawapan dari pihak PTPTN...Untuk lebihan bayaran tersebut (Masih dalam siasatan lagi 2)..Adakah Kaktus perlu call lagi??????
PTPTN TOLONG LA UPDATE SERVIS LECEH LA MACAM NI...ASYIK NAK KENA CALL DAN CALL DAN CALL SAHAJA..CUBA PTPTN PLAK CALL KITAORG....HEHHEHHE