Semalam aku baru selesai membaca sebuah buku yang betul-betul meruntun hati dan perasaan aku...Seolah-olah macam dapat merasai ape yang berlaku kepada En Hasan sekeluarga...Buku tersebut bertajuk 'KEMBARA ATIQ WAZIF SATU ANUGERAH'...Buku ini aku beli dari sebuah kedai buku di SHABAB PKNS BANGI...Asalnya aku kedai buku tersebut untuk mencari buku ' SEINDAH NAMA SEMURNI PERIBADI' tapi aku diketemukan dengan buku ini...Untuk bahagian luar sahaja sudah meruntun jiwa untuk aku terus membaca buku ini helai demi helaian...Pengorbanan seorang bapa,Kasih seorang ibu,Kecekalan seorang anak...Banyak iktibar yang bleh diambil dari buku ini...Sedih,Duka, Gembira, Ketabahan, Kesabaran, Kecekalan,Ketaqwaan, Keredhaan, Keinsafan.....
COVER DEPAN BUKU |
SEDIKIT SINOPSIS UNTUK TATAPAN:
Atiq Wazif tidak
diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan,
dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu.
Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering.
Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam
menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan “Jangan Mengharap”.
Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor
yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan
kegusaran.
Terdesak mengejar
masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan
samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi
seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH
disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita
cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh
bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang
Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari..
tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi
bersama…
Banyak iktibar yang yang boleh diperolehi..Kekadang kita rasa ujian yang kita lalui terlalu sukar dan perit, tetapi rupa-rupanya masih ada insan lain lagi yang melalui hari-hari yang memeritkan dari kita...Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN DIA MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan