Selasa, 26 Jun 2012

KeHiduPan BerSaMa DiA

Kehidupan Kaktus & Rama-Rama berdua sudah bermula selepas di ijab kabulkan pada 23 June 2012 baru-baru ini..Kini Kaktus & Rama-Rama telah menetap bersama-sama di Semenyih....Untuk memulakan kehidupan baru ini Kaktus & Rama-Rama mengambil keputusan untuk menyewa di Taman Semnyih Ria..Alhamdullillah semua urusan pindah rumah mudah..Sebelum Kaktus & Rama-Rama disatukan lagi kami sudah mengangkut sikit-sikit barang ke rumah ini...En Rama-Rama angkut dari Shah Alam & Kaktus angkut dari Bangi...Segala urusan berjalan dengan lancar.Segalanya dipermudahkan oleh-NYA
Barang kami berdua tidak la berapa banyak mane pun..Banyak lagi keperluan yang perlu dibeli untuk melengkapkan rumah ini...Sangat-sangat bersyukur hadiah di majlis perkahwinan kami berdua banyak membantu..Terima kepada semua yang memberi..Kami sangat-sangat bersyukur...



..RUMAHKU SYURGAKU..
TAMAN SEMENYIH RIA 2

Sabtu, 23 Jun 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU KAKTUS & RAMA-RAMA

Alhamdullillah bersyukur ke hadrat illahi kerana Kaktus & En.Rama-Rama telah selamat disatukan pada 23 June 2012.. Jam 10.50 pagi di Masjid Felda Kemasul Triang, Pahang.Semuanya berjalan dengan lancar...Terima Kasih kepadamu YA ALLAH....Terima Kasih kerana menemukan kami..Jodoh yang tertulis untukku...Jodoh yang terbaik untukku...Dengan rasminya Kaktus sudah dibawah tanggungjawab En Rama-Rama..En suami saya yang saya sayangi & cintai hingga ke hujung nyawa...
I LOVE U SO MUCH!!!!!!! 

"YA ALLAH YA TUHANKU, SEANDAINYA TELAH KAU CATATKAN DIA MILIKKU, TERCIPTA BUATKU, DEKATKANLAH DIA PADAKU, SATUKAN HATINYA DENGAN HATIKU, TITIPKANLAH KEMESRAAN DIANTARA KAMI AGAR KEBAHAGIAN ITU ABADI DAN TUHANKU YANG MAHA PENGASIH, SEIRINGKANLAH KAMI DALAM MELAYARI KETEPIAN YANG SEJAHTERA SEPERTI MANA YANG ENGKAU KEHENDAKI"

~AMIN YA RABBAL 'ALAMIN~










Ahad, 3 Jun 2012

TAMAN TASIK CEMPAKA BANGI!!!!!

Tasik Cempaka, Bangi tempat berjoging dan santai bersama-sama anak-anak..ada track berjoging yang panjang, sampai ke arini Kaktus masih lagi tak dapat nak menhabiskan pusingan..Selalu kalau Kaktus joging mesti buat separuh bultan aje..2@ 3 kali pusing...hehehheh..
Kat tasik ni ramai pengunjungnya bawak keluarga  bersama-sama..Ada yang menjual makanan,ada yang menjual mainan untuk kanak-kanak & ada yang memberi sewa kereta control..Macam-macam idea yang dibuat bagi mendapatkan wang..Memang sangat seronok taman permainan untuk kanak-kanak pun luas..Rasa tak nak berjoging boleh la bermianan badminton...Tak kan rasa takut nak joging kat sini kerana kawasan terbuka & ramai pengunjungnye...




Seronok Firzanah Hani ni kalau kesini....Tgk la bermain dengan mainan belon buihnye....

KAD KAWEN KAKTUS & RAMA-RAMA SUDAH DIEDAR!!!!!!!!!!

Arini sudah 4 Jun 2012...lagi 19 hari aje lagi Cik Kaktus akn menjadi isteri kepda En. Rama-Rama...Wahhhhh macam tak caye aje!!!! Tapi itu la yang ka terjadi....Kad kawen pun sudah diedar/pos untuk tetamu jemputan..Persiapan masih ada lagi yang belum dibereskan..Kena cepat dan tangkas ni..Dah tak lama sangat dah...minggu ni,,minggu depan..minggu depan lagi samapi 23 Jun 2012..Harap nanti semuanya akan berjalan dengan baik & lancar seperti yang dirancang...

KAD KAWEN DAH DIEDARKAN.
GOODIES BAG/BUNGA MANGAR (BARANGAN DARI NILAI 3)

HANTARAN KAWIN SEKOTAK UTK KEDUA-DUA PIHAK
Selepas ini kan menjadi milik kamu En.Rama-Rama..Lagi 19 hari lagi aje..Semua beban/dosa Cik Kaktus ni akan kamu pikul pulak yeee...Abah akan serahakan pada kamu pada 23 June 2012 nanti....
 
EN RAMA-RAMA


EN.RAMA-RAMA & KAKTUS
Harap Kaktus akan menjadi isteri yang terbaik untuk En.Rama-Rama nanti...
 

Sabtu, 2 Jun 2012

PERKAHWINAN RINI & APIZ (KOTA BHARU KELANTAN)

Penat nye arini...malasnya nak bekerja..mood untuk bekerja dah ilang...huhuhuu..tenaga masih belum 'dicharge' sepenuhnya...kepenatan masih terasa...
Kaktus ni sebenarnya baru aje sampai malam tadi dari Kelantan...Sampai kerumah di bandar baru bangi tepat jam1.45 pagi...Arini kembali berkerja seperti biasa, fuhhhh memang penat, mood pun tak ada...(nak cuti, cuti dah tak berapa nak ada, kesian kat Kaktus kan hehehehe)
Kaktus bergerak ke Kelantan 2 Jun 2012 pukul 1.30 pagi bersama 2 orang sahabat Kaktus Ana & Noly..Kami bertiga kesana sempena 
"MAJLIS PERKAHWINAN RINI & APIZ"

RINI & APIZ

Perjalanan ke Kelantan memang amat memenatkan...jauh perjalanannye..Kami mengambil keputusan untuk bergerak awal kerana takut jua kalau-kalau jam..Maklum la cuti sekolah sudah bermula...Memang ramai yang suka bercuti kan...Perjalanan kesana memang tersangat la banyak kereta, bus, lori walaupun di malam ari..agak membahayakan jua..Jalan pun ada yang sedang dalam pembaikan..Banyak la jalan yang rosak...
Kami bertiga sampai ke Gua Musang pukul 5.30 pagi, berhenti disitu untuk menunaikan solat subuh dan merehatkan badan..Maklum la, balik keje, siap-siap terus jalan...tak sempat nak tido-tido dah..
Ramai jua, umat kat R&R ni..Selepas siap solat subuh kami bertiga ambil keputusan tido aje dalam kereta kat sini..Ngantok sesangat dah mata ni..Dah tak tahan!!!!!!
Tersedar dari tido pukul 8.30...Siap-siapkan diri nak ke majlis, breakfast kat situ dulu dan perjalanan diteruskan ke Kota Bharu..
Tiba di rumah Rini pada jam 12.30 tengahari .Jalan jam dari Ketereh sehingga Kota Bharu..Kalau tidak lagi awal rasanya kami sampai...
Nasib baik, pengantin bersanding pukul 2.30 ptg, majlis kat sini, kebiasaannya akan bersanding selepas zohor..Dapat la kami berborak panjang dengan pengantin perempuan (Shahrini Zurina)...
 

SHAHRINI ZURINA

NOLY & ANA
Tepat jam 2.30 ptg, pengantin lelaki (Apiz) tiba dan majlis bersanding pun dimulakan...
 




 


Kaktus sempat jua candid gambar sahabat Kaktus ni..Dah jadi isteri orang pun..Kurus la Kaktus tengok Rini ni (maklum la lama tak jumpa lain sesangat)...
 



 
Selepas siap majlis bersanding, kami bergerak ke tempat penginpan kami..Tak sabar rasanya badan ni nak baring di katil yag empuk...
Penginapan Cik Farhana belanje kami berdua..TQ ana belanje hotel..Kami menginap di Tune HOtel di belakang KB MALL..Check in pas2 terus tido...Seronoknya dapat merehatkan diri ni...Katil pun empuk, hotel pun baru...memang best sesangat..Kami bertiga duduk kat tingkat 9...harga pun sangat-sangat berpatutan RM 63.80 sebilik...Tido dulu petang nanti ada agenda lain pulak nak buat..zzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZ
 Bangun siap-siap, keluar mencari pasar malam di bandar Kota Bharu berdekatan dengan muzium..nak pekena nasi kerabu..Pasar malam yang dimaksudkan...




Meh tgk nasi kerabu yang Kaktus katakan 2...Nasi memang tersangat banyak tapi memang licin la makan...


KORANG TAU TAK INI APE???????
NI ADALAH SATE USUS AYAM....PELIK KAN..TAPI KAKTUS TAK MINAT BENDA NI..RASANYA SANGAT-SANGAT PELIK

Selepas siap makan kami berjalan-jalan di sekitar bandar kota bharu..Terdapat pasar orang berniaga seperti uptown ada kat sini..Macam-macam yang dijual..Memang la org kelantan ni suke berniaga la (e2 yang asyik terkeluar dari mulut kaktus ni)...Ramai yang berniaga, ramai jua yang membeli...

Selepas puas berjalan kami ke Wakaf Che Yeh pulak, tempat bershopping jugak...aiii shopping lagi...Mak aiii tempat berniaga lagi..
 


 Bermacam-macam barang dijual kat sini..Nak beli baju, tudung, selimut, kain pasang, kasut,handbag dan macam-macam lagi...Ikut la citarasa sendiri nak macam mane????...Memang tersangat la besar tempatnya..Tak abis pun kami tawaf kat sini..Tak larat dah oiiiii..penat nak berjalan...Ramai betul umatnya bershoping kat sini..Suasana macam kat uptown tapi, lagi banyak kedai dan umat yang nak bershoping kat sini...Harga lebih kurang aje maybe kerana cuti sekolah kot...Tawar-tawar pun susah nak dapat murah..Beza dalam 2,3 ringgit aje dengan kat KL...
Kaktus memang tak spend duit untuk bershopping kat sini sebenarnya...
Dapat la Kaktus beli baju kelawar dengan harga RM 18.00 dua helai..Saje nak cuti mata dan nak melihat sendiri suasana kat sini...Maklum la tempat orang sure suasana lain kan dari tempat kite sendiri....
Dah puas berjalan, kaki pun dah lenguh kami pun balik hotel..Sok dah nak balik KL..stamina kena ada gak..Badan pun kena rehat jugak....Sampai hotel aje terus cari katil....zzzzzzzzZZZZZZZZZZZZ...
 
Bangun siap-siap pack barang nak balik KL...check out pukul 11.00 pagi dan terus ke Pasar Siti Khadijah...Nak pekena Sup yang memang sedap...Perhhhh memang terangkat la..Sedap sesangat!!!!....nampak sup cair aje tapi sekali makan perrrrrhhhh licin....
 
KUEH TIOW SUP...SEDAP!!!!!!!

Perut dah kenyang, kami pun berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah..besar sangat pasar ni, kami kesini nak mencari-cari bekalan untuk dibawa pulang..Nak tengok jugak suasana kat sini macam mane...
 





Pasar Siti Khadijah, memang ramai kaum hawa yang berniaga...Macam-macam ada..kalau nak kenduri cari kat sini aje tak payah pening-pening, nak sayur, nak buah-buahan, nak lauk-lauk, nak beras, nak gula,garam, tepung, semuanya ada...Memang sangat-sangat berpuas ati la...
Puas jalan-jalan, kaki pun dah tak terdaya nak berjalan lagi kami pun berangkat pulang ke ibu kota...Perjalanan balik 'jame' dari bentong ke KL...E2 yang lambat kami sampai ke rumah masing-masing...Noly (sungai buloh), ana (seri kembangan), kaktus (bandar baru bangi). Alhamdullillah sampai jua kami ke rumah dengan selamat...

Pepun nak ucapkan

 SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
RINI & APIZ
(semoga berbahagia selalu)
2 JUN 2012
KOTA BHARU, KELANTAN