Sabtu, 31 Mac 2012

GM KLANG TEMPAT SHOPING UNTUK ANAK?????

Baru-baru Kaktus berkesempatan pergi ke GM KLANG, tujuan utama saje je nak cuci mata dan mencari barang-barang yang sesuai dibeli untuk majlis..En. Rama-Rama yang membawa kesini..Kawasan biasa baginya..Kerja pun area sinikan...Kaktus memang tak tau pun tempat ni cuma ada search internet dan teringin jugak nak pergi kesini, nak tengok dengan mata sendiri apa yang ada kat situ sebenarnya..Bagi yang tak tau macam Kaktus ada map untuk pandu arah korang kesana..Lokasi adalah berdekatan dengan Jusco Bukit Tinggi Klang..


First sampai memang teruja, agak besar jugak la...Cuma setingkat je..Tak perlu nak naik tangga atau lift...Sangat la ramai orang berkunjung mayb ari cuti kot arini..Tengok la park kereta 2 ramaikan.. Kedai kat sini memang sangat-sangat banyak..



Sebelum mencari dan berjalan (kang penat pulak, besarkan tempat ni), makan la dulu...Sebelum masuk ke GM ni banyak kedai makanan untuk dimakan, macam-macam ada, boleh la nak makan-makan dulu kenyangkan perut..
Selepas makan kami pun masuk la ke dalam..Memang banyak kedai-kedai, ada KEDAI AKSESORI, (cekak rambut,getah rambut, gelang tangan ,cincin tangan dll), KEDAI BAJU KURUNG & KAIN PASANG, KEDAI TUDUNG, KEDAI BAJU , KEDAI KARPET, KEDAI JAM TANGAN , KEDAI BEG TANGAN/PURSE, KEDAI AKSESORI WANITA, KEDAI BARANG PERMAINAN, KEDAI BAJU KANAK-KANAK, KEDAI KASUT, KEDAI MANIK-MANIK,KEDAI GAGDET dan banyak lagi.

Kat sini kena membeli dengan harga borong baru berbaloi, Paling best kalau bawak anak-anak kerana banyak baju untuk kanak-kanak dan baby yang sangat-sangat cantik dan comel, branded lagi 2..ZARA,BURBERRY,OSHKOSH, PAUL & SHARK, LEVIS, GUCCI,GAP, GUESS,LOCASTE, POLO, dan banyak lagi..Harga pun bebaloi-baloi...Anak-anak mesti seronok datang kesini...nak beli dress, nak beli kemeja T, nak beli jeans, nak beli t-shirt, nak beli pyjamas, nak beli log slevee T, nak beli kasut, nak beli topi dan macam-macam lagi boleh dicari dan banyak pilihan untuk anak-anak anda..Harga amat-amat sesuai, harga borongkan...Ala-ala uptown gitu tapi kat sini sebelah siang sahaja bukak,malam tak bukak...kedai di sini lagi banyak dari kat uptown, Mayb orang yang jual kat uptown pun ambil dari sini...

Rasanya kalau datang kesini sure mesti ada yang membeli untuk dibawa pulang untuk anak-anak anda, tak pun akan ada yang rambang mata tak tau nak beli yang mana satu untuk anda kerana terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik dan comel-comel untuk si kecil...



Jumaat, 30 Mac 2012

JAMUAN PERPISAHAN STAF!!!!!!

Jarang sebenarnya buat makan-makan secara besar-besaran kat tingkat 3 opiz kaktus ni..Selalunya join makan kat tingkat lain je...Maklum la staff tak ramai...Kali ni buat makan-makan sempena perpindahan staff sini yang berpindah ke Perak..Seronok yob!!! dapat balik kampung sendiri, dan diganti pula dengan staff baru dari Perak..Kira pindah suka sama suka lain (tak boleh claim tau kalau pindah suka sama suka, tapi tak pe janji dapat balik rumah sendiri..dah dikira seronok la)...Jom layan gambar semasa jamuan tersebut...Boleh la nak tengok opiz kaktus yang dah macam rumah ni ye...

ENCIK KHARUL (PINDAH PERAK) / EN FAIZ (PINDAH BANGI)

KITA MAKAN DULU

BIHUN SINGAPORE, ROTI JALA, POPIA BASAH, TALAM BERLAUK

ANTARA YANG HADIR





Gambar tak banyak yang dapat diambil kerana memasing sibuk nak makan...Makan pagi time ni(breakfast punya menu)..Ramai yang datang sebenarnya, tak sempat nak capture gambar kerana sibuk makan + melayan tetamu yang hadir maklum la tuan rumah...hehehehehe

Khamis, 29 Mac 2012

GENTING HIGHLAND VS ULU KALI STESEN

Pe benda la tajuk kat atas ni ye?????....Untuk pengetahuan korang Ulu Kali stesen ni lagi tinggi dari genting, pe maksudnya???? maksudnya kalau korang berada disini korang boleh nampak pemandangan genting la...hehhehhe..Korang dah penah sampai ke???Korang mesti tak pernahkan...Kaktus pernah tau..Memang teruja memula nak kesana..Balik dari khusus kat janda baik terus naik Genting dan menuju ke Stesen Ulu Kali ni...Tempat ni berada di puncak lain, bukan di puncak genting 2..Ahahaha pergi naik kereta company la...Lawatan sambil belaja kononnya padahal lawatan sambil bersiar-siar..Moh kita layan gambar..


SIGNBOARD GENTING DAH NAMPAK DAH

KABUS YANG TEBAL

DI PUNCAK

PINTU MASUK

PENCAWANG

JOM TURUN LA

STAFF RNO ZBT PJ1

BUNGA YANG SEGAR DISINI

TIMBA ILMU UNTUK DIBAWA PULANG

BUNGA-BUNGA YANG SEGAR WALAUPUN SEMUA STAF LELAKI DISINI

DIATAS SINI

GAMBAR DULU SEBELUM BALIK
NAIK KERETA NI LA    



Dah puas bersiar-siar kembali pulang ke rumah masing-masing..Suasana nyaman (sejuk),bunga-bunga pun cantik dan segar-segar...Stesen yang bersih dan kemas...Lupa nak tangkap gambar dalam stesen siap ada TB, peti ais, dapur, ruang tamu, bilik-bilik untuk istirehat..cukup la macam di rumah..Boleh masak-masak..Yela mereka yang bekerja disini sangat tabah..Menguji kesabaran jauh dari kedai-kedai..Paling dekat pun genting (makan sure mahalkan)..So nak makan kena la masak...

TERIMA KASIH UNTUK MU SAHABAT

Terima Kasih untuk sahabatku Pn. Elyana & En. Nadzim dan anak yang comel Cik Auni Nisrina... Pasal apa pe ye????pasal hadiah korang la, sudah sampai ke tangan Cik Kaktus tau..Thankz sangat-sangat...Kaktus sangat-sangat suka..Sangat suprise patut la nak jumpa tapi tak berkesempatan kerana Kaktus pergi khusus 2 hari kat janda baik..Kamu pula sibuk jua bila Kaktus ni dah free...Terpaksa la  ditinggalkan di hadapan rumah Kaktus sahaja...Tapi dah sampai ke tangan Kaktus tau...

BUKU BELAKANG TUU SAJA NAK CANTIKKAN GAMBAR JEEEE>>HEHEHEHHE

Hadiah ni untuk apa ye????...Hadiah ni adalah sempena Kaktus sudah selamat ditunang dengan En. Rama-Rama..Nampak tak tertulis "SELAMAT BERTUNANG"...

Rabu, 28 Mac 2012

SERI PENGANTIN JANDA BAIK

28 hingga 29HB March 2012 kena hantar khusus di "SERI PENGANTIN JANDA BAIK"..Dengar bunyinya tempat ni macam best jekan..Tapi amat-amat mengecewakan tempat ni..huhuhuhu..Memang tak best langsung tempat ini..Tak tau la kalau u olllsss pergi best pulakkan..Antara sebab-sebabnya:
1) Bilik yang Kaktus duduk dah la 6 orang bilik air cuma 1 je tau
2) Staff disitu tidak peramah, nak mintak barang pun susah..
3) Tidak disediakan peralatan yang mencukupi contoh seterika, sejadah nak kena mintak dulu baru nak kasi.
4) Kolam renang yang kurang bersih
5) Penyediaan makanan yang tersangat lambat..
6) Makanan juga tidak sedap..
7) Bilik air paip sudah bocor tak direpair
8) Servis yang tersangat la lambat..
9) Staff yang kurang/tiada staff balik-balik orang yang sama-sama
10) Staff yang agak kurang ajar, sepatutnya tidak boleh meninggikan suara pada pelanggan
 
Punya la byk rasa tidak puas atinya...Kesimpulannya memang tidak menyenangkan..Nasib baik company yang bayar..Dah la mahal..Servisnya amat-amat tidak memberangsangkan..Nama je sedap didengar tapi memang tak seperti namanya....Memang tak nak jejak lagi kalau sendiri yang bayar...Sangat kecewa la..

Nasib baik aktiviti company seronok, terhibur juga hati,macam-macam aktiviti ada..Khusus LATIHAN MOTIVASI ni...JOM layan dulu gambar Kaktus kat sana..

RNO ZBT SELANGOR
PAKAI TAG NI KALAU TIDAK POTONG MARKAH

UCAPAN ALU_ALUAN

BERATUR IKUT BARISAN

MAIN TUTUP MATA

PENDEKAR LAMA

RAKAN SEPERJUANGAN

ISI AIR DALAM BOTOL

KETUA KUMPULAN

SANTAI_SANTAI

BUAT TOWER PAKAI STRAW
Macam-macam aktivitikan...Walaupun kitaorang ni satu unit tapi kitaorang jarang bersua muka, selalu contact pakai telefon je...Dengar sore je, muka tak penah tengok pun, time macam ni la dapat mengeratkan hubungan...Kita layan pulak gambar persekitarannya


BILIK KAKTUS DAN RAKAN-RAKAN

RAKAN SEKATIL

SERI PENGANTIN GAMBAR DILUAR



SUNGAI DALAM RESORT
Ahli kumpulan Kaktus, kitaorg ni wakil-wakil dari opiz la kiranya..Berjaya tak kitaorg disini moh layan gambar kitaorg berlima..
GAMBAR MASA SUKAN

MASA MALAM HARi

KAMI LAH JUARA

TERBAIK LAH ZBT PJ1

MARKAH DIPAPARKAN
Disebabkan kami bekerja teknikal punya so memang tak ramai la kaum hawa yang ada..So memang kami ni tinggal sebilik la..Rakan-rakan seperjuagan semasa khusus..


KAMI BERLAPAN
 

Jumaat, 23 Mac 2012

EARTH HOUR 2012

Pada 31 Mac 2012 (sabtu) bergandingan la kite meraikan EARTH HOUR 2012 dengan memadamkan lampu-lampu yang tidak diperlukan selama sejam bermula 8.30malam - 9.30 malam...Cuma sejam sahaja..BOleh la matikan lampu-lampu, perkakasan elektrik selama sejam...Sayangi la bumi kita ni wehhhhh..
Bumi kita ni dah panas..Nak berehat jugak...Marila sama-sama kita meraikannya...Siapa lagi yang nak menjaganye kalau bukan kita..Lampu kereta pun jangan pasang tau..Duduk diam-diam dalam jangan kemana-mana selama sejam dan bergelap sekejap..

SAYANGI LA BUMI KITA