Isnin, 31 Disember 2012

TaHuN 2012!!!!!!!!!!!

Arini 31 December 2012, so last day untuk tahun 2012...Bye2 2012...2013 sedang menanti...Tak sabauuu nak tempuh suka & duka kehidupan mendatang...Banyak kenangan yang ditinggalkan untuk tahun 2012...Rasanya masa, waktu & detik ini begitu pantas berlalu...Tak sangka dah 12 bulan kita laluinya
Untuk tahun 2012 banyak jugak peristiwa gembira yang Kaktus lalui..Harap peristiwa ini menjadi terus kekal diingatan Kaktus...

1) 25 Feb 2012 - Majlis Pertunangan Kaktus bersama dengan En Rama-Rama.
2) 19 June 2012 - Menyambut Hari Lahir bersama En Tunang @ bakal suami.
3) 23 June 2013 - Majlis pernikahan & perkahwinan Kaktus bersama En Rama-Rama
4)  July 2012 - Mula menetap dirumah sewa baru bersama En Rama-Rama
5) 21 July 2012 - Menyambut puasa berdua bersama En.Rama-Rama dirumah kami sendiri.
6) 1 August 2012- En Rama-Rama mula bekerja di opis baru.dekat ngan rumah & isteri kesayangan (Pn Kaktus)
7) 19 August 2012 - Menyambut Hari Raya AidilFitri bersama suami tercinta, keluarga baru @ keluarga En Rama-Rama
8) 1 Sept 2012 - Mengadakan makan-makan untuk kenalan rapat & jiran tetangga sempena Jamuan Hari Raya Puasa
9) 1 Okt 2012 - Tahniah Kaktus & En Rama-Rama kandungan Kaktus berusia 2 bulan. (baby girl or baby boy???)
10) 26 Okt 2012 - Menyambut Hari Raya Haji bersama En Rama-Rama di Felda Kemasul.
11) 31 Dec 2012 - Genap Usia kandungan Kaktus 5 bulan..( G check up tadi kena cucuk sakit oiiiii sampai sekarang, nak taip pun rasa sengal2)
Kaktus berharap agar sentiasa dipermudahkan segala urusan olehNYA.. 
Tahun 2012 akan melambuhkan tirainya untuk beberapa jam sahaja lagi...Banyak lagi impian yang masih tidak tertunai...
yang pasti esok kita cuti..

Tahun 2013
- Tak sabauuu nak menyambut kelahiran baby....

- Firzanah Hani akan mula bersekolah
- Firzanah Hani & Family akan berpindah ke 'oversea', mama Firzanah nak further study..waaaa nak ikuttttt, nanti rinduuuu bangat sama kamu...





BIODATA RASULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW.  Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

1)  Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
2)  Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan   20 April 571 Masehi (dikenali       sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
3)  Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
4)  Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
5)  Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
6)  Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
7)  Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
8)  Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
  untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
  (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
  perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
  (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
  pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
  itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
  jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
  14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
  berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
  pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
  binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
  yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
  meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 di
rham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
  Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
  tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
  batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
  Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
  Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1.  Thuwaibah 1.  Hamzah
2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1.  Halimah Al-Saidiyyah 1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.  Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.




Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
 
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Selasa, 25 Disember 2012

RaHsia SuNnAh NABi meNyimPan JanGGUT!!!!!!!!!!!!!

Rahsia sunnah nabi menyimpan janggut terbongkar kini. Galakan menyimpan janggut telah diketahui rahsia dan hikmahnya. Dan ia telah dibuktikan dengan bukti penemuan sains.
Menurut kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul “The Amazing Fact of Human body”, janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang boleh membantu kesuburan wanita. Ia boleh menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana hal ini boleh terjadi? Ianya boleh berlaku hanya melalui sentuhan. Isteri yang banyak menyentuh janggut suaminya ada peluang untuk meningkatkan lagi kesuburannya. Dan ini sekaligus akan dapat membantu pasangan untuk mendapatkan anak.
Rencana ini menurut Dr Jamnul Azhar telah diulang tayang oleh rancangan National Geographic. Inilah bukti ataupun rahsia sunnah nabi menyimpan janggut dan mengapa ia digalakkan kepada kita untuk mengikutinya.
Subhanallah!. Jadi kepada pasangan yang belum dikurniakan zuriat boleh mencuba cara ini. Ini adalah salah satu cara dan usaha untuk dapatkan zuriat juga.
Sarankan kepada suami untuk menyimpan janggut. Isteri bolehlah selalu membelai janggut suaminya. Disamping ianya adalah usaha untuk membantu kesuburan isteri dengan tujuan mendapatkan zuriat, ia juga akan menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Dan yang paling penting si suami akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah nabi kita Muhammad S.A.W. Dan rahsia sunnah nabi menyimpan janggut ini telah pun dibuktikan oleh sains akan hikmahnya. 

Marilah sama-sama kita berpesan-pesan...Untuk kebaikan bersama.





En Rama-Rama dah mula simpan janggut..Sekadar hiasan..
 


Ahad, 23 Disember 2012

AmALan Untuk IBU HaMIL & KEhiduPAn HaRiaN!!!!!!!!!!!

Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
 8 SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNG

1) Surah Al-Fatihah  & Ayat Kursi 

(untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan)
2) Seluruh Surah Yaasin 
(untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
3) Seluruh Surah Yusof 
(untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlak)
4) Seluruh Surah Luqman 
(utk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa)
5) Seluruh Surah Maryam 
(untuk mudah ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat)
6) Seluruh Surah At -Taubah 
(untuk membersih jiwa dan terpelihara dari maksiat)
7) Seluruh Surah Hujurat 
( untuk memperbanyakan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
8) Surah An-Nahl ayat 78 
(Untuk melahirkan anak yang berdisplin)


Selain itu, amalan yang baik ketika hamil :
Ibnu sunni meriwayatkan : 
Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87}  
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Banyakkan berzikir & sentiasa mengingatiNYA

1) Jumaat => ِيَا اللهُ
Setiap kali menyebutnya, Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya.



2) Sabtu => لا اِلَهَ اِلا اللَّه
Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita & Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.



3) Ahad => يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
Setiap kali menyebutnya, kita akan memperoleh harta yang banyak & membawa berkat, serta ingin dicintai oleh setiap manusia.


4) Isnin => لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ
Setiap satu kali bacaan Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud


5) Selasa => اللهُّمَّ صَلَى عَبْدِكَ ورسولك

وَنَّبِيِّكَ الا مِيْنَ

وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

Setiap kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun yang kita lakukan.


6) Rabu => اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمِ
Setiap satu kali bacaan Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati kita.


7) Khamis => ِسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم
Setiap satu kali bacaan Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan & Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga. 


Amalan ini sesuai untuk sesiapa sahaja ..Peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa tidak lupa kepadaNYA & senantiasa mengingatiNYA walau dimana berada..
 

MAKANAN KITA IKUT SUNNAH NABI KE????IKUT ZIONIS KE??????

KOPI DAN DAGING ADALAH MAKANAN SUNNAH NABI

Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kaktus duk surf2 internet terjumpa artikel ni...ishhhh sungguh2 Kaktus tak tau sebelum ni...Duk telan air soya tuuu..Nasib baik time pregnant ni tak lalu nak minum soya..Orang duk citer minum air soya ni boleh jadi anak putih la kulit cantik la..padahal leh mudarat kat diri sendiri dan keluarga...Baik minum air kopi yang pekat 2 memang sedap pun...
Yang lagi best makan ati ayam..Nurse kat hospital 2 duk suruh makan ati ayam ni untuk tambah darah katenya nasib baik Kaktus tak makan & tak minat sangat nak makan ati ayam ni, Kaktus makan kerang aje untuk tambah darah...Pedulikan nasihat nurse 2...
Cuma daging kambing aje Kaktus tak makan..tak berapa gemar buat masa ini...Pasni ni kena usahakan untuk memakannya...ikut sunnah nabi (dapat pahala)...Ingat lepas ni Kaktus nak kena minum susu kambing la....Ganti susu yang Kaktus minum skang ni..HL MARIGOLD...Gak2 boleh telan ke Kaktus dengan susu kambing ni...Belum cuba belum tahu lagikan..

SELAMAT MENCUBA KAKTUS..
   
 
 

Rezeki dariMU YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah rezeki dariMU Ya ALLAH kini Kaktus sedang dalam proses membesarkan perut....Usia kandungan telah menjangkau 4 bulan...31 /12/12 genap usia kandungan 5 bulan...Wahhhhh!!!!!!!!!!!! seronok Allah saja yang tahu....Kaktus dijangka bersalin mengikut perkiraan pada 14/5/2013...
Kalau sebelum ini pada awal kehamilan Kaktus mengalami alahan yang tak la berapa teruk cuma alergik untuk masak memasak ni...Tak boleh nak bau-bau org masak...Kesimpulannay En.Rama-Rama yang kena masakkan...Tapi dah genap 4 bulan alhamdulillah semuanya kembali normal seperti sedia kala....Cuma sesekali muntah-muntah, lenguh2 kaki & tangan 2 biasa la kan...Kata org normal 2 wanita hamil....
Preparation menyambut orang baru masih belum lagi disediakan...Bila Kaktus survey2 banyak juga keperluan yang perlu disediakan..Insyallah akan Kaktus & En. Rama-Rama sediakan..Al -maklumlah cahaya mata pertama...Apa-apa pun kena buat list jugak...Tak mau membazir-bazir..Kena sediakan awal-awal jugak..Kalau beli last minit kang tak jumpa cari plak...Bukan kami ni selalu membeli keperluan baby..





Sukanya tengok baby ni comel2..putih, bersih,suci murni lagi..Agak2 anak Kaktus nanti muka macam sape yeeee....Kaktus ke???? En.Rama-Rama ke???? ke macam baby-baby kat picture ni????

Mari kita tunggu dah lihat bulan 5 tahun depan insyallah.....
  



MOOD MENULIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ishhhhhh lamanya dah tak menulis & tak melihat blog Kaktus yang satu ni..Rinduuuuu untuk menulis semula..Blog pun dah bersawang2...Terlalu sibukkah diri ini????????? sampai tak ada masa nak menulis...sibuk sangat ke????bukan lama pun nak update satu cerita cuma mood nak menulis 2 tak datang-datang....Perlu kembali menulis semula...Chaiyokkkk!!!!! Kaktus...intai2 ke blog2 lain wahhhh rasa teruja macam2 citer ada..Seronok baca blog blogger-blogger lain...Pe sudah jadi blog Kaktus???Kaktus tinggalkannya dengan serupa ini...


Tak ada apa yang menarik melainkan sawang-sawang ini....Sebelum ini pernah kaktus tinggalkan sepi, sekali lagi Kaktus lakukan..Maafkan Kaktus ye lama tak menulis di blog ini....Akan Kaktus berusaha untuk sentiasa update blog ini tanpa sepi...

Lokasi : Depan PC di dalam opizzku sambil menghadap TV......