Khamis, 16 Ogos 2012

LAGu RaYa UnTuK KaKtuS TahuN Ni..

1) Lagu untuk Kaktus & En Rama-Rama
(on da way balik malam nanti selepas buka pose)

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang

Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )





2) Lagu Raya untuk Kaktus di pagi 1 Syawal .

KU POHON RESTU AYAH BONDA

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Anak BUah BaRU!!!!!!!!!!!!!

Ramadhan tahun ini 1433H Kaktus dapat 2 orang anak buah baru...Serentak di bulan ramadhan yang mulia ni...Anak buah dari keluarga En.Rama-Rama bermakna bertambah duit raya untuk tahun ni...hihihiihi...
Dengan itu Syawal tahun ni semua balik ke rumah Ayah & Mak untuk menyambut aidilfitri...Dan terus Mak & Ayah ingin adakan kenduri sempena kelahiran 2 cucu baru di dalam keluarga kami..Majlis akan diadakan pada Raya ke-3 (EHhhh Birthday sahabat Kaktus ari 2..21 August 2012)  di kediaman Mak & Ayah di Jerantut...
Kedua-dua akak ipar kaktus berpantang dirumah Mak & Ayah di Jerantut...
Kedua-duanya cucu ini heroin

Untuk kakak -kakak iparku
Selamat berpantang,Raya dalam keadaan pantang..



MARSHA SHUHADA

NUR AUNI BATRISYA

MoOOOD rAya!!!!!

Tinggal hari sahaja dengan esok sahaja lagi yang tinggal untuk bekerja dan kembali semua ke opiz pada 23.8.2012..Kat opiz ni pun dah mula sunyi sepi..tTelepon tak berdering-dering lagi seperti selalu..Email masuk pun hanya dari GHCM (Group Human Capital Management) & email dari rakan-rakan seperjuangan mengucapkan ucapan selamat hari raya...sure rakan-rakan ni yang masih lagi bekerja seperti kaktus ni..yang lain sure dah sampai kampung or dalam perjalanan balik kampung...Tiada email yang berkaitan kerja yang masuk inbox....
Dari pagi moooddd untuk bekerja pun dah kurenngg...Betul-betul malas nak kerja, walaupun sebenarnya banyak kerja nak buat..ISO belum update lagi Kaktus, QCC belum buat lagi Kaktus baru peringkat awal bila nak buat haaa... Check system Kaktus ada yang down 2...isshhhhh malasnya (ati ni berkata-kata)..Ati pun dah tak ada kat opiz dah pun sebenarnya...
Mane taknya on da way nak datang opiz dah didendangkan dengan lagu raya..Hampir sejam 2 asyik dengar lagu raya je (sure la ati ni teringat kampung...)...Sampai opiz plak tengok cuaca arini suram,muram, seyuk, moodd nak keje pun malas...Buka TV lagi syokkkk...hihihihihi...Layannmnnnnnn...Bukak blog update....kesimpulannya arini tak kerja la jugak jawabnya..Sok belum tau lagi macam mane situasi kalau arini pun dah malas...ari sok pe ntah lagikan...hihihihhihhi...
Niat di hati sok nak balik awal...Baru pasang niat aje...belum buat lagi...hihihihii

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN 
DARI KAKTUS
LOKASI :ATAS KERUSI OPIZ DEPAN PC

AkU & DIa

i love sooooo muchhhhhh
KAKTUS & RAMA-RAMA

Rabu, 15 Ogos 2012

RaYA ooohhHHHHh rAYA!!!!!!!

Arini dah 27 Ramadhan bersamaan 16 August 2012..Tinggal lagi 2 ari saja lagi nak menyambut syawal..Tahun ni terasa kelainan untuk Kaktus berhari raya...Di pagi 1 syawal nanti, Kaktus akan berjauhan dengan family tercinta, Family yang sentiasa ada bersama Kaktus di pagi 1  syawal selama 27 tahun Kaktus menjalani kehidupan dimuka bumi Allah ini...
Kaktus akan berhari raya bersama keluarga baru...Baru 58 hari Kaktus memasuki dalam keluarga ini..Keluarga En Rama-Rama...Setelah mendapat persetujuan , Syawal tahun ini Kaktus berjauhan dengan family di Kemasul dan berhari raya pertama di rumah mertua di Jerantut...(Tak tau perasaan Kaktus ketika e2 nanti kerana first time berhari raya berjauhan dengan Abah & Mak ketika di pagi syawal, Aduhhhh mestinya rindu ngan masakan mak..ketupat,kuah kacang, masak lodeh, rendang daging,rendang ayam, masak lodeh, ati + pedal masak bercili...)...Tak dapat Kaktus nak bayangkan lagi..Tentunya lain suasana e2 nanti...(Banyak bersabauuu ye Kaktus, Bukan tak dapat balik terus rumah Mak & Abah bak kate En. Rama-Rama..Sure balik punya jagan risau la>>>)..Tahun ini pengalaman pertama juga berhari raya bersama En.suami tercinta dan keluarga...
Persiapan raya baru sahaja siap..Kaktus dah beli 2 pasang baju...Tema tahun warna merah & ungu..Sedondon kita tahun ni En Rama-Rama...Kaktus nikan sangat susah untuk tengok kamu berbaju melayu siap bersampin....Last dan first time tgk masa majlis perkahwinan kita tempoh ari...
Kuih raya juga sudah siap disediakan..untuk Family di Kemasul, Family di Jerantut & untuk rumah sendiri (Kuih tunjuk aje senang) maklum la baru kawin oven tak ada nak buat kuih raya...hihihihihihi (alasan padahal tersangat la malas nak buat..)
Duit raya juga dah siap tukar kat bank..Semalam sudah siap masukkan ke dalam angpau..Tinggal nak hulur dipagi syawal sahaja...(Maklum la keluarga besauuuuu..8 beradik tak termasuk menantu dan anak buah) Tahun ni, adik beradik En. Rama-Rama semua berhari raya di rumah Ayah & Mak..Meriahnye semua ada dipagi syawal....Ramadhan tahun ni Mak & Ayah dapat cucu baru.....Marsha Syuhada & Auni Batrisya...Bertambah lagi ahli keluarga...bertambah besauuu keluarga...Tak tau kaktus nak digambarkan suasana e2 nanti...
Sekarang tinggal nak packing barang sahaja lagi belum buat...Esok balik awal boleh prepare barang masuk dalam kereta...Sok lepas berbuka gerak balik ke Jerantut...Kaktus berhari raya di tempat baru/ rumah baru/ family baru/ suami baru.....

Perasaan Kaktus ketika ini kalau ditanya :
Kaktus terasa tersangat la sedih tak dapat nak beraya dengan Mak & Abah & adik beradik yang lain..

!!!!SELamAt hArI RaYa KakTUS!!!!!

QARI JUNIOR TV3

Setiap pagi sepanjang bulan ramadhan ni dah jadi kewajipan Kaktus duk kat opiz ni tonton Rancangan "Qari Junior" kat TV3..Start pukul 9 pagi dah bersiaran..Perhhhh sonok tgk kanak-kanak seawal usia 7 tahun sehingga 12 tahun sudah boleh menghafaz Al- Quran siap bertajwid lagi...Merdu, Lunak, Sedap didengar...Bertuahnya kedua-dua ibu bapa mereka melahirkan anak-anak ini...Terasa kerdilnya diri Kaktus ni yang dah setengah abad pun masih tak boleh menghafaz Al -Quran (kanak-kanak sekecil usia ni pun mampu) aduhhhh Kaktus ni...nak membaca Al-Quran pun susah nak menghafaz ape tah lagi ...Pe nak jadi la???????Ishhhh..Ishhh teruknye Kaktus nikan...Patutnye bulan pose ni boleh khatam Al-Quran,ambil keberkatan bulan ramadhan... ni baru beberape helai aje yang dapat dibaca....Sedihhh :('....Tak dapat nak Khatam ramadhan tahun ni......

Tgk anak-anak kecil ni terasa rendah diri ini...Ada siap boleh menghafaz terjemahan ayat-ayat Al-Quran lagi...Ishhh..Ishhh sungguh bertuah mereka-mereka ini diberikan anugerah seperti ini..Kalau Kaktus kecik-kecik dulu umur sebaya mereka pe yang Kaktus tau, main aje ala...Kengkwn ajak main teng-teng...jommmm...Kengkawan ajk main batu seremban ..Jommm..Kengkawan ajk main guli..jommm..Kengkawan ajak pegi masuk hutan jommm..Kengkawan ajk tangkap ikan kat parit belakang umah jommmm...Kesimpulannya main aje la yang Kaktus tau...Nak buat kerja sekolah pun sebab terpaksa, malu kalau kena denda ngan cikgu kat sekolah...Nanti kena ejek dengan kawan-kawan...Pas2 kalau tak buat kerja sekolah nanti Abah bising e2 yang buat..Kalau nak harap keikhlasan nak buat kerja sekolah 2 rasanya memang tak ada la dalam hati ni...hihihihihi...(isshhhh ape la nak jadi Kaktus kamu nikan)..

Tengok Qari Junior ni rasa seribu keinsafan plak.....Malu dengan anak-anak ini...Memang Kaktus "Tabik Spring" mereka-mereka ni...Ni la 12 peserta Qari Junior ni comel-comel belaka kan...Kalau la mereka-mereka ni anak Kaktus aiii bertuah sungguh diri ini....


PESERTA QARI JUNIOR





Isnin, 6 Ogos 2012

ANA IKAN BAKAR PETAI (IFTAR 1433 H/ 2012)

Dah menjadi kewajipan bagi Kaktus dan sahabat-sahabat tercinta Kaktus untuk berbuka bersama-sama setiap kali bulan ramadhan tiba.....Dengan ada majlis seperti ini dapat lagi kami mengeratkan hubungan kami bersama...Tahun ni dah menjangkau usia 10 tahun perkenalan kami...Maklum la masing-masing dah semakin sibuk dengan kerja / urusan masing-masing...Alhamdulillah tahun ni, seperti perancangan yang dibuat kami semua sudah bersetuju untuk mengadakan IFTAR tahun ini di "ANA IKAN BAKAR PETAI BANDAR BARU BANGI"...
Untuk urusan booking tahun ni Cik Siti Harisah yang handle dari tempahan untuk makanan & meja juga untuk calling-calling sahabat-sahabat kami untuk tetapkan tarikh & tempat...(terima kasih Cik Siti Harisah)..Ramadhan tahun ini kami IFTAR pada Isnin 6 August 2012 tarikh ni sempena cuti Nuzul Al-Quran (maklum la kami ni semua berkerja,nasib baik semua bekerja di negeri Selangor cuma Cik siti Harisah yang bekerja shift..Malam ni kena bekerja katenya..So ke opiz la selepas e2 yeeee!!!!)..Lagipun untuk kumpulkan semua kena mencari tarikh yang sesuai agar semua dapat hadir..maklum la jauh-jauh belaka
1) Siti Harisah (Putrajaya)
2) Shazrina (Petaling Jaya) 
3) Asparina (Serdang)
4)Elyana + Nadzim +Auni (B.B Bangi)
5) Sal + Aswan + Hadif (Sg.Buloh)
6) Kaktus + Rama-Rama (Semenyih)
7) Aina + Duan (Sg Buloh) = tidak dapat menghadirkan diri
Banyak juga makanan di order oleh Cik Siti Harisah antaranya...
1) Siakap Stim (Shazrina punya permintaan la nikan)
2) Siakap masak pedas
3) Udang Butter
 4) Sup Campur
5) Lala Masak Halia
6)Tom Yam Campur
7) Udang Goreng Tepung
8) Sayur Kailan Goreng
9) Air Fresh Orange 
10) Nasi Putih
MAKANAN PENUH MEJA KAN..SAMPAI NAK MAKAN PUN TAK MUAT..KREDIT TO ISHY77                            (pinjam dari blog kamu)

11) Kaktus tambah kepak ayam + ikan bakar (beli kat bazar)

Dengan hidangan yang di order oleh Cik Siti Harisah ni u ollllsss rasa berapa ye jumlah yang perlu kami bayar?????
U ollllssss nak tau berapa hanya RM257.00 sahaja.. kami bahagi 9 orang makan maknanya jatuh harga RM 30 seorang makan..Berbaloi tak u olllsss???? Sure berbaloi kan..Makan dah la penuh meja...Nak solat magrib pun senang...Ada disediakn surau lelaki & wanita..Untuk kaum hawa kain telekung pun ada disediakan bagi yang tak bawa...Surau pun bersih aje...
Yang penting kalau tak abis boleh bungkus yeee....
SAHABAT_SAHABAT SEJATI SUKAR DICARI GANTI EN RAMA_RAMA TAK ADA TUKANG AMIK GAMBAR NI
I MISSSS U OLLLLSSSS
SAYANG SANGAT KAT KORANG SEMUA..
MOGA PERSAHABATAN INI KEKAL HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Sabtu, 4 Ogos 2012

IFTAR FAMILY 1433H /2012

Tahun ni disebabkan masing-masing tak dapat balik berhari raya di FELDA KEMASUL, PAHANG kami adik -beradik rancang untuk balik juga ke FELDA KEMASUL rumah ABAH & MAK untuk IFTAR bersama-sama..Tarikh sudah pilih 4 AUGUST 2012 (Sabtu) sempena menyambut Hari Lahir  Mak Yang Disayangi & Dicintai hingga ke hujung nyawa...Tahun ini genap usia Mak 56 tahun "SELAMAT HARI JADI MAK" LOVE U VERY VERY VERY MUCH" suka tak hadiah kaktus bagi ????
Masing-masing lepas kerja / kelas ari jumaat 3 August terus gerak balik ke kampung..
1) ALONG + ABG ZUL (HANI) - dari BANGI
2) KAKTUS + RAMA_RAMA -dari SEMENYIH
3) AJU + AERY (NADA) - dari MELAKA
4) ABG ALIL - dari DUNGUN TERENGGANU
5) AYIN - dari BEHRANG PERAK

Mak & Abah....semua anak-anak mak & abah balik tau untuk buka / sahur bersama-sama...Kami minta maaf banyak-banyak tak dapat beraya bersama-sama di pagi 1 syawal nanti..Tak cukup corom anak-anak mak & abah tahun ni...

1) ALONG & HANI balik kemasul ari sabtu 18.8.2012,  ABG ZUL tak dapat balik kerana giliran kena kerja tahun ni...
2) KAKTUS & RAMA-RAMA berhari raya di JERANTUT PAHANG
3) AJU & AERY berhari raya di MELAKA
4) ABG ALIL - balik kemasul 15. 8.2012
5) AYIN -balik kemasul 16.8.2012

Berbuka kali ini macam-macam makanan ada..macam-macam menu anak2 & anak2 menantu mak & abh buat /sediakan..

1) Ikan keli masak cekur (perhhh sedap menu utama 2)
2) ikan keli bakar + air asam
3) sate rusa & sate ayam (licin lebih 150 cucuk)
4) peria masak cili
5) karipap panas
6) bubur caca
7) ayam golek
8) ikan patin masak tempoyak
9) ayam masak kicap
10) tepung pelita
11) air soya cincau
(masing-masing kekenyangan...sonoknya dapat berbuka & bersahur bersama-sama)

Yang penting kita juga siapkan kerepek pisang bersama-sama di hari jadi Mak..Setandan pisang nak buat kerepek pisang...

Yang sedih gambar terlupa nak tangkap..Tapi tak pe pasti masing-masing tak lupa saat-saat ini...tetap kekal dalam ingatan masing-masing..

HAPPY BIRTHDAY MAK
YANG KE 
56 TAHUN
(MOGA MAK DIPANJANGKAN UMUR,DIMURAHKAN REZEKI,DIBERKATI DUNIA & AKHIRAT)
 




 

Rabu, 1 Ogos 2012

YAhHOOOooooo EN RAMA_RAMA dapaT PiNdah KeRJA

Arini ni En.Rama-Rama saya mula bekerja di tempat baru....Opiz yang dekat dengan rumah & dekat dengan isteri yang tersayang (opsss bukan ter...sayang ok..isteri yang DISAYANGI)...Kalau sebelum ni En.Rama-Rama bekerja di Pahang..Tahun 2010 dapat surat dari management dipaksa bertukar ke area central (Shah Alam)..Kate En.Rama-Rama memang berat hati nak pindah ke area tengah kerana seronok menetap Pahang..Tapi apakan daya management dah anta email, surat sampai 3 kali paksa datang ke central jugak la..dah namanye tugas / kuli orang...Nak tak nak terpaksa jugak la pindah..Bos eastern pun tak dapat nak bantu..dah abis bantu dah terpaksa jua dilepaskan anak buah pergi..huhuhuhuhuhu :('...Mungkin ada hikmah disebalik semuanya..
Tahun 2010 bekerja di Shah Alam..Kerja operation & maintenance (HSBB)..Dah pindah kesini dapat la selalu jumpa buah ati...Mane taknye buah ati tinggal kat Bangi aje pun..Shah Alam ke Bangi tak jauh manekan kalau nak dibandingkan Pahang ke Bangi...banyak pengalaman pahit manis kat Shah Alam...suka duka disana..rakan-rakan disana duk bujang katekan...Dari opiz Sg Renggam ke opiz Kota Kemuning...Bekerja di unit installation,unit TT,unit verify & survey...Macam-macam ragam..Silih berganti rakan sekerja..
Tahun 2012 1 haribulan August ari Rabu..dengan rasminya En Rama-Rama bertukar lagi opiz..Kali ini bukan terpaksa pindah diri sendiri nak minta pindah..Sukarela..Berpindah dari Shah Alam ke Semenyih..Segala urusan dipermudahkan olehNYA..Alhamdullillah..Syukur...Mudah segala urusan...
Kini pengalaman baru pulak timba..Kalau dulu unit HSBB kerja bawak van..Sekarang ni kerja duk dalam opiz..Sejuk aje ari2..selalau kene panas aje ari2...hihihihi...Memula biasa la memang tak tahan kene aircond lama-lama biasa la 2..Macam isteri kamu 2..Dah lali dengan aircond yang tersangat la sejuk 2... 
Untung tau En.Rama-Rama pindah kesini..Kawasan sedikit pendalaman(e2 yang lagi sonok sangat nak pindah sini..tenang ,damai,balik kampung pun dekat aje)..Dekat dengan rumah nak pergi kerja pun tak jauh mane..dan yang paling penting dekat dengan bini tercinta..

KERJA BARU PANJAT TANGGA..

P/S :Kalau balik awal leh masak untuk isteri tercinta ni ye???..isteri kamu ni kan kerja jauh dari kamu..hihihihihhi