Khamis, 26 Januari 2012

BAUCAR BUKU RM200 PELAJAR IPTA/IPTS

Tahun 2012 kecok pasal baucar buku RM200 untuk pelajar IPTS/IPTA..Mulanya Kaktus pun malas nak mengomen sangat pasal benda ni...Tapi bila dah masuk TB (masuk berita) terasa plak hati ni nak mengomen..Boleh pulak student ni jual baucar RM 200 yang deme dapat jual kat internet...Konon-konon nak p tukar kat bank-bank...Aiiiii pelik la, deme-deme ni...Bagi duit suh beli buku-buku peralatan sekolah lain dibuatnya...Tak bersyukur la tuu namanya....
Time Kaktus study dulu-dulu mane penah dapat benda-benda ni semua..Nak duit lebih kena la keje partime...Buku-buku siap pinjam lagi dari senior-senior..Kalau senior tu sudi nak bersedekah untung la jadi hak milik, kalau tak kira kategori pinjam je la jawabnya..Habis semester pulang kan la balik hak-hak diaorang 2...

BAUCAR ADA 4 KEPING BERHARGA RM 50.00

Bagi yang belum lagi mendapatkan baucar RM 200 dan merupakan pelajar IPTA/IPTS sedikit ada info untuk u olllsssss:

Cara permohonan pekeliling baucar buku RM200 bagi semua pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia termasuklah tingkatan 6 dan matrikulasi. Ini pastinya merupakan berita yang gembira kepada anda semua.
Syarat Permohonan Baucar Buku RM200
  • Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara
Tarikh dan lokasi tuntutan Baucar
  • Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan
Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.

P/s : masih ada juga pelajar yang menjual baucar tersebut tanpa rasa segan silu...sure tahun depan tak dapat lagi dah peluang macam ni...(nak pilihanraya ni kot..hehhehheeh).....

Isnin, 2 Januari 2012

PTPTN PUNYA HAL!!! CAL DAN CALL DAN CALL

Ermmmmm...PTPTN macam2 hal????punya la susah  nak berurusan ngan PTPTN ni...asyik nak kena call dan call dan call je...E2 apa yang kaktus alami la, tak tau la kaktus korang punya cerita macam mane plak..kot-kot korang mudah je nak berurusan ngan PTPTN ni...


Pengalaman kaktus sendiri la..Punya la susah nak berurusan..Seriously Kaktus cakap mmg leceh dan sangat-sangat leceh...Nasib baik  Kaktus ni mmg rajin la sangat menelefon Hotline PTPTN  03-20804455  ye la nak seatlekan hutang...Hutang dibawa sampai mati uissssshhh takut la plak....Time meminjam dulu tak hingat punya la sonok dapat duit banyak...Yela satu semester RM2500..mmg la banyak bagi org seperti kaktus nikan...Time nak membayar ni la, mula penin-penin la pulak..

So 1 hb 6 tahun 2011, kaktus dapat jugak seatlekan semua hutang piutang dengan PTPTN ni..Akhirnya berjaya..Syabas Kaktus...Yela semak je surat asyik2 sampai umah Abah dan Mak..Abah pun asyik bising je..Dah keje lama hutang tak abis-abis bayar...So kena la seatlekan hutang PTPTN ni...

Mula-mula kaktus ingat nak tukarkan pinjaman ni ke Skim Ujrah 1%, banyak pulak semongeh PTPTN ni..Yela sebelum ni 3% interest banyak 2( dah macam nak bayar interest kete la pulak.. interest kete pun skang ni dah 2.9%)....Apabila banyak pulak semongeh deme...siap nak potong-potong gaji la pulak sure tertera kat payslip tak nak kaktus(buruk payslip kaktus nanti)..Baik kaktus buat pilihan lain untuk seatlekan benda ni...

Akhirnya hutang PTPTN ni seatle dengan cara kaktus keluarkan duit simpanan Kaktus kat KWSP..Urusan dengan KWSP ni mmg sangat mudah dan cepat...Lagipun Kaktus first time keluarkan kot....Sangat senang la urusannya...So seatle hutang PTPTN Kaktus melalui pengeluaran KWSP...Pakai duit KWSP la jawapanya bayar PTPTN ni..Akaun ke-2 sahaja yang boleh dikeluarkan tau..

Nak seatle benda ni plak kaktus mesti kena dapatkan balik Surat Perjanjian masa memula sign dengan PTPTN dulu(sign nak meminjam...kan ada perjanjian bagai masa memula dlu..jangan nak buat-buat lupe yee)..Mane nak cekau benda ni, sure dah hilang punya..so kena minta dengan PTPTN..Kena buat 'Money Order' kat Pejabat Pos sebanyak RM 90 dan hantar ke PTPTN baru diorang hantar surat perjanjian tersebut kepada kita...Aiiii nak seatlekan pun punya  la susah , tak bayar kang lagi susah ...(Dah nasib badan masa pinjam dulu tak hingat)..So hantar je la ape yang deme mintak,,,Time 2 mmg suara kaktus je yang kedengaran menelefon  PTPTN ni gamaknya ..(Nasib baik pakai tpon kat opiz yang memang free 2..jimat duit kaktus)

So ape yang deme mintak semua Kaktus bagi post ke PTPTN...Kaktus ingat lepas pengeluaran melalui KWSP transfer terus ke PTPTN. Kira seatle terus kat s2..Kaktus punya la tunggu Surat Pelepasan Hutang PTPTN ni bile la nak sampai ke rumah ( atleast biar abah tau hutang PTPTN Kaktus dah seatle pasni mesti tak sampai surat  hutang kat uma lagi, hutang dah seatlekan) Rupanya tak sampai-sampai surat 2..So kaktus pun call hotline PTPTN, pe diaorg kate, surat ini mesti peminjam mintak baru PTPTN akan pos..Dah pulak macam gitu..Nak kena selalu call la ni..Tak bosan ke dengar suara kaktus ni..Dah la nak call sikit punya susah nak dapat, nasib baik kaktus ni call free, x da la terasa sangat, klu makhluk Allah yang lain mesti tension dah la bil mengalir macam air hujan tak dapat jugak bercakap dengan operator diorang...aduhhhhh....mesti tensionkan...

Aiii dah abis bayar pun masalahkan...Bukan ape Kaktus nak Surat Pelepasan ni, mane la tau tetibe 8 tahun lagi masa anak kaktus nak sekolah(klu dah ada nak la time 2) sampai surat dari PTPTN kate Kaktus masih berhutang dengan PTPTN padahal dah seatle tahun 2011 lagi...Mane la taukan, Kata pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'...hehheheehe..Lastly sampai jugak surat pelepasan hutang ni ke rumah..Kira hutang piutang dengan PTPTN dah seatle..yahoooOOOOOO!!!!!

Baru-baru ni kaktus tgk iklan kat TV katenya , kepada peminjam-peminjam yang nak seatlekan hutang PTPTN akan dapat interest 1% (skim ujrah) teruja pulak Kaktus dengar..Kaktus dah abis bayar, so macam mane..So pe lagi kaktus pun tpon lagi la hotline PTPTN..pe cter ye?????

Yesssssszaa mmg ada lebihan bayaran yang kaktus buat..So Kaktus boleh refund balik duit Kaktus 2...Cara-caranya:
1) Buat surat rasmi (tuntutan semula lebihan bayaran)
2) Photostat salinan muka depan akaun bank (yang tertulis no akuan bank kita 2)
3) Fax ke 03-20934623

Tetapi mesti dapatkan dulu Surat Pelepasan Hutang dari PTPTN yang mengatakan hutang sudah seatle....Nasib baik Kaktus awal-awal lagi dah minta dari PTPTN benda ni.....Huhuhuhuh...Katenya untuk lebihan bayaran ni hanya peminjam yang memohon saya, yang dapat balik lebihan bayaran tersebut...Sesiapa yang tidak memohon untuk lebihan bayaran tersebut ..tidak dapat la..So kepada yang dah seatle rasa nak duit boleh minta la..

Apepun untuk kepastian kena call la hotline PTPTN  di talian 03-20804455

So pada 6/11/2011 Kaktus fax dah ape yang diminta,ke PTPTN seperti ape yang disuruh...Sampai sekarang masih belum ada feedback dari PTPTN..Ape  -ape email pun tak ada..Ape-ape  surat pun tak sampai ke rumah...Pelik??????

Kaktus pun call Hotline PTPTN buat aduan pada 30/12/2011 (berapa banyak call la)...Aduan kaktus masih dalam tindakan diorang..Punya la lama nak seatle benda ni?????



So skang Kaktus masih lagi menunggu jawapan dari pihak PTPTN...Untuk lebihan bayaran tersebut (Masih dalam siasatan lagi 2)..Adakah Kaktus perlu call lagi??????


PTPTN TOLONG LA UPDATE SERVIS LECEH LA MACAM NI...ASYIK NAK KENA CALL DAN CALL DAN CALL SAHAJA..CUBA PTPTN PLAK CALL KITAORG....HEHHEHHE

Ahad, 1 Januari 2012

KOLAM AIR PANAS SELAYANG

Cuti baru ni 1/1/2012, kaktus dan Rama-rama telah ke sebuah tempat di pinggir ibukota..KOLAM AIR PANAS SELAYANG ..First time Kaktus dengar tempat ni , ini semua idea rama-rama nak ke sana..So pe lagi Kaktus pun setuju je nak kesana lagipun mmg belum penah sampai lagi..Rama-rama kata dedulu dia penah sampai tempat ni memb sekampung dia bawak tapi skang ni mmg dah lupe giler la jalan nak tempat ni..

Destinasi adalah ke Selayang, Nak sampai ke tempat ni mmg kitaorg sesat...Ye la malam, seriously Kaktus cakap Kaktus klu drive malam mmg tak nampak (So Kaktus ni jadi co-pilot la je la kat sebelah walaupun tak tau kat mane tempatnya)..Lampu-lampu ni buat mata Kaktus silau tau...Rupanya-rupanya kitaorg dah terlajak sehingga ke Kepong, boleh la pulak sampai ke Taman Layang-Layang kat Kepong ni ha...So patah la balik amik signboard ke Selayang..Nasib baik call memb Rama-rama dia la yang bagi direction ke destinasi yang betul..Lagipun mmg memb Rama-Rama ni keje kat Hospital Selayang.

Tempat ni berdekatan je dengan Hospiatal Selayang rupanya..Mmg tak jauh dari Hospital Selayang 2..Tepi jalan je tempat ni, sebelah kiri...Kalau sesat pun dah ada signbord..


So sampai la Kaktus dan Rama-Rama kat sini...Parking kereta kena bayar RM 2.00 per entry...So park kereta dan terus menuju ke tempat 2...Kat situ ada juga gerai makan yang dibuka.....Uikzzzz mai ai ramainye umat manusia kat cni..dah macam pesta air tau kalau u ollll tgk...Kitaorg pegi sebelah malam tau, seriously mmg ramai...Pengunjung yang datang siap bawak baldi,besen,cebok, gayung, bekas besar, botol air , tong-tong  untuk isi air...Ada yang nak bawak pulang, ada yang guna untuk mandi dan rendam kaki, tgn dan segala jenis ape yang nak direndam dengan air panas 2....

Sempat la Kaktus dengan Rama-Rama borak ngan sorang makcik ni..Dia cakap mmg tiap-tiap hujung minggu dia datang sini...Tapi arini mmg ramai org la katenya myb time cuti sekolah  kot...Makcik 2 kate air yang mengalir 2 air belerang, baik untuk kesihatan kulit...Kaktus pun x tau la betul ke x??? tipu makcik 2, tipu la jugak kaktus ni....

Mmg ramai gler baik india, melayu dan cina...Terdapat 3 kolam besar kat situ..Kolam kurang panas mmg boleh la klu u ollzzz nak rendam kaki...siap pengunjung yang datang terjun dalam kolam 2 lagi..Dah jadi macam swimming pool la pulak kaktus tgk..Dua kolam lagi seriously Kaktus rasa ngan tangan mmg panas airnye,siap berasap2 lagi...(Nak tau betul ke tak kena la datang dlukan, try rasa dulu tgk)

Pada u ollssss yang datang tak bawak gayung ke???baldi ke??? besen ke??? jangan la risau, ada benda2 2 nak disewa...Untuk sewa 3 jenis barang (Baldi, Gayung dan Besen) dengan harga RM 2.00...Dah namanya sewa, dah guna pulangkan la balik kan(untung org yang bagi sewa 2) Kalau lagi senang u ollllzzz nak datang bawak dari rumah je barang2 tu tak payah nak sewa2 kat situ membazir je....
Seronok tgk gelagat masing-masing bersama family masing-masing..Mandi beramai-ramai..Lepas berendam kaki bagai, ati pun dah puas ...Kitaorg tak mandi corz tak bawak baju persalinan...Sebelum balik sempat g pekena nasi lemak dulu kat gerai yang ada kat situ...Makan dulu sebelum pulang..Time kitaorang makan makin ramai  pengunjung yang datang..Katanya sampai pagi tempat ni buka 2,3 pagi still ramai yang datang tambah-tambah time cuti la...