Rabu, 25 April 2012

E-DERMASISWA WARGA PAHANG!!!!!

Kaktus ada sedikit info nak kongsi sikit dengan uolssssss...Info ini pun baru aje Kaktus tahu...Hanya untuk Warga Pahang sahaja hehehehehe..(macam Kaktus & En. Rama-Rama)..Yang bukan warga pahang awal-awal dah kena reject ok....
E-DERMASISWA...bunyi macam freekan...betul la tuuu free...(pantang freeee laju je ye kamu-kamu ni ye)....Macam mane nak apply dan ape syarat-syaratnya..Benda paling penting 2...
Moh kita tengok layak ke tak layak kamu-kamu ni?????  sesuai ke sesuai kamu-kamu ni???

Syarat layak memohon:
1) Pemohonon mestilah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM (kaum lain tak layak ye)
2) Pemohon yang dilahirkan/ bermastautin dalam NEGERI PAHANG (untuk warga pahang je la 2)
3) Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat pondok @ diploma sepenuh masa @ sarjana muda sepenuh masa
4) Lulus keputusan peperiksaan tahun/ semester terkini..

X
X
X
X
X
Dah yang paling penting tarikh tutup permohonan pada
31 MEI 2012

Untuk makluman lanjut bagi sesiapa yang nak memohon boleh la ke URL MUIP (Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang) untuk mengisi permohonan secara online..

Pada sesiapa yang memenuhi kriteria di atas ni boleh la memohon, mane la tau dapatkan..Sape mau bagi????Org memberi kita menerima...

P/s : Tak silap ada kena cop/sign ketua jabatan u olllsssss...


Isnin, 23 April 2012

E-FILLING DAH ISI KE BELUM!!!!!!!!1

Kaktus dah siap isi, yahooooo..dapat balik pun "CUKAI TERLEBIH BAYAR" ini..(tahun ini cepat la nak pilihanraya ni)Bank in terus dalam akaun Kaktus..En. Rama-Rama kate beliau punya pun dah dapat..U ollsss semua dah siap isi ke?????
Baik u ollssss semua isi rugi ooooo tak refund balik duit kita, kalau u oollssss tak isi u olllssss dah kena denda untuk tahun hadapan sebab tak isi efilling tahun lepas punya,duit pun tak dapat balik..Rugi tak????...For sure rugikan..Walaupun tak banyak tapi kita punya hak 2...Kalau bab yang satu ini Kaktus memang pantas dan tangkas..hehehehe
Nak isi biar buat awal-awal nanti gem website 2 tak leh nak masuk, tak leh nak isi..E-FILLING pada yang tak tau boleh klik kat url ni...Cara-cara pun ada dah tertulis kat situ cuma follow aje..Tak susah pun...Kaktus isi online je yang penting NO Kad pengenalan dan Password...Borang EA form pun mesti ada la nak isikan..Minta la ngan company u olllssss...
Meh Kaktus tunjuk cara-caranya:
1) Masuk Website E-Filling 
2) Klik login e-borang
3) klik login e-BE (untuk umat-umat yang kerja macam Kaktus la)
4) Masukkan NO IC & password (penting ini jgn lupa)
5) Dah boleh isi maklumat yang dikehendaki...
6)Dah boleh tau dapat or tidak duit kita 2 balik (kalau tulis 'cukai terlebih bayar' tandanya dapat balik la duit 2..
(kalau agak genius sikit macam Kaktus adjust la mane yang boleh sampai dapat balik duit kita...Duit kita hak kita...heheehe)
 Macam Kaktus dah isi awal-awal lagi..Senang keje, malas nak buat last minute kang lupa, kang website gem...Akaun e-filling Kaktus ini dah ada sejak tahun 2008 lagi dah bukak....Pada u ollsss yang rasa susah nak isi secra online dan belum penah bukak akaun lagi boleh pergi ke terus ke LHDN terdekat di tempat anda..Macam kat Bandar Baru Bangi ni, boleh pergi kat Akademi Percukaian LHDN (dekat dengan Teras Jernang 2), Kat Hentian Kajang 2 tak boleh, kerna tak ada kaunter isi e-filling secara online..Staff LHDN akan ajar u ollsss detail macam mane nak isi borang ini...Yang penting bawak EA form..Rahsia tersembunyi tak ada la diaorang nak ajar..
Kalau korang tak tau katne lagi LHDN ni korang call aje la LHDN ni di talian 1300-88-3010.
Kalau u ollsss tak nak isi secara online, nak buat manual pun boleh, ada borang secara manual...Borang 2 boleh dapatkan kat LHDN dan kekadang LHDN sendiri pos borang kerumah korang untuk suruh korang isi..Dah siap isi pos la borang 2..Kalau Kaktus suka isi secara online senang,tak payah nak pakai calculator nak kira-kira...

Ada info sikit untuk u ollsss yang masih tercari-cari dan agak-agak pening kepale sikit..
Pusat Khidmat Pelanggan LHDN:

Sila nyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor telefon apabila menghubungi kami melalui talian telefon.

Waktu perkhidmatan:
 Isnin hingga Jumaat
7.30 pagi - 5.30 petang

Talian Pusat Khidmat Pelanggan adalah seperti dibawah;
Rujukan Segera
                       Talian
  • Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan)
  • 03-4289 3600
  • Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian)
  • 03-4289 3700
  • e-Filing
  • 03-4289 3535
Perkhidmatan Am
Talian
  • Pertanyaan / Cadangan / Aduan
  • 1-300-88-3010
  • 603-4289 3500 (Luar Negara)
  • Faks
  • 03-4289 3400
Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.


Perkhidmatan e-Mel

Sila nyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor telefon apabila menghubungi kami melalui e-mel.
Kategori Alamat E-Mel
-Permohonan No. PIN e-Filing **
- e-Filing
- Bekerja Sendiri / Perkongsian
- Tidak Bermastautin
- Majikan
- Pekerja
- Unit Amanah
- Badan Amanah
- Amanah Reit (Amanah Pelaburan Harta Tanah atau Tabung Amanah Harta)
- Kelab dan Pertubuhan
- Keluarga Sekutu Hindu
- Harta Pesaka Si mati
- Syarikat / Koperasi
- Pertanyaan Am
** Permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :
    • No.Rujukan Cukai
    • Alamat terkini
    • Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
    • No telefon
** Permohonan nombor PIN melalui alamat emel pihak ketiga tidak akan dilayan.

Makluman:
Sila pastikan e-mel dihantar ke hanya SATU alamat e-mel di atas mengikut kategori pertanyaan anda. Pastikan anda TIDAK salinkan (cc) e-mel anda kepada alamat e-mel kategori lain kerana ia akan memperlahankan proses kami memberi maklumbalas kepada e-mel anda.

Alamat:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Pusat Khidmat Pelanggan,
Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur.
 

P/s : Untuk makluman u ollsss tarikh akhir penghantaran E-FILLING adalah pada 30 April 2012...Kaktus punya duit dah dapat u olllsss pe plak cite????? tak isi kena denda ooooo!!!!!

Ahad, 22 April 2012

UKM DANAU SWIMMING BERSAMA FIRZANAH HANI

Lama dah tak bermandi-manda...Dulu kalau weekend aje mesti pergi swimming...Tak pun time musim panas..Sebenarnya Kaktus ni tak ada la pandai berenang pun..Cuma jadi peneman kepada budak yang seorang ini..Disebabkan Firzanah Hani sekarang ini sibuk dengan Rawatan Kak Raw aktiviti yang satu ini terpaksa la kena skip dalu...Kalau betul2 free dan Hani tak penat...
Tapi weekend baru rasa nak mandi kolam plak rasanya..Cuaca kat luar pun panas...So pe lagi siap-siap gerak ke tempat biasa kami pergi 'UKM DANAU'..Sampai aje kat situ dah ramai orang pun...Punya la seronok Firzanah Hani ni maklum la lama tak mandi-mandi macam 2..Tambah2 cuaca pun panas..Belum masuk lagi 2 dah tersengih-sengih..
Pelampung dan pecah so tak boleh nak bawak pelampung arini..Sebenarnya aktiviti macam ni sangat bagus untuk Hani..Masuk kat sini bukan la free ye kena bayaran jua..Untuk dewasa RM5.00 & kanak-kanak RM3.00...Berendam la seberapa lame nak berendam...Sampai puas ati 2 kamu-kamu..Mari kite tengok gelagat Firzanah Hani ni time berendam...












Punya la seronok kamu mandi ye..Melompat-lompat macam sampai aje kaki jejak ke permukaan kolam 2 Hani..Bape kali terminum air kolam pun masih tak serik lagi..Siap tak nak balik rumah 2..Sampai nak magrib baru nak balik rumah kan..Mandi terus kat sana..
Sampai aje rumah badan dah tak terdaya terlalu penat gamaknyae...Tertido terus kamu..Nasi pun tak sempat nak makan..

Firzanah Hani VS Swimming UKM Danau


DUIT FREE SAPE TAK MAUKAN!!!!

Ahad baru ni 22 April 2012, ada agenda penting walaupun tak banyak sape mau bagikan...Punya la semangat seawal 5.30pagi dah bangun, siap-siap, selepas subuh gerak dari Gedangsa ke Shah Alam (SIRIM) berdepan dengan Tasik Shah Alam dekat dengan PKNS Shah Alam..Along tinggalkan KAktus kat situ..Misi penting disini...Hanya semata-mata satu benda ni aje..duit???duit???duit????hehehhee
Sampai lebih kurang kul 8 pagi kat Tasik Shah Alam...Dah janji dengan sahabat yang seorang ini untuk sama-sama pergi..Impian yang sama..Pemikiran yang sama...So masuk dulu register untuk cabutan bertuah..Tapi cabutan tersebut tak dapat untuk arini katenya bulan 5 nanti baru tau pemenangnye...Tak kisah la isi aje kalau ada rezeki mane la taukan..Kot leh menang TV LCD ke?????mane la taukan..Isi maklumat yang diaorg nak dan masukkan dalam kotak yang disediakan...
So lepas siap, beratur plak amik kupon mengikut no ahli..Ada 9 kaunter semuanya..Kaktus kaunter yang yang ke-8..So pergi ke kaunter ambil kupon untuk tukarkan kepada duit..Benda ini aje yang Kaktus teruja sebenarnya..Ramai jua ahli yang datang...Nak claim benda ini...
Isi maklumat pada kupon dan boleh tukarkan kupon tersebut kepada nilai wang...Wang sebanyak RM60.00..Sape mau bagikan..tak sampai 1 jam pun urusan dah seatle...actually, duit itu duit kitaorng jugak..Dah diperuntukan pun...Tahun lepas Kaktus tak datang sebab tak tau...Dah tau ni comfirm tiap2 tahun datang..hahahhaa..
Sebenarnya ada mesyuarat agung KOTAMAS selepas itu.. tapi Kaktus ngan sahabat Kaktus ni tak kuasa la nak dengar,pembentangan bagai-bagai..pas dapat duit, bla la..Lapar punya pasal g pekena "NASI LEMAK" dulu , kenyangkan perut...hahahaha..Duit dah ada ditangankan...hehehehe...
Pas perut dah tak nyanyi lagi, agenda seterusnya..Melawat seorg sahabat di sg. buloh( Pn Salmah, En Aswan & Mr. Hadif)..Sahabat Kaktus ini dah beli rumah di sana..So kami berdua ini rasmi rumah baru mereka la kesana..Katenya baru pindah semalam...Lama dah tak jumpa mereka rindu rasanya...Maklum la dah berfamily skang ini..Macam-macam cerita kitaorng borak..
Disebabkan Sahabat Kaktus(Cik Siti Harisah) keje petang ini, masuk pukul 3ptg, so tidak boleh melepak lama-lama kat rumah Pn Salmah...Gerak balik ke rumah 1.00 tengahari..Terima Kasih Cik Siti Harisah hantar Kaktus pulang ke rumah...






Jumaat, 20 April 2012

PROTON PREVE!!!!!!!!!!!!!

Wahhhh!!!!!!!wahhhh!!!!!!!...proton dah keluar kereta baru la tahun ni..."PROTON PREVE" namanya...Kaktus pun baru tau semalam je pun, memember opiz ni la yang kecoh-kecoh suruh Kaktus angkat satu...Ehhhhh..ehhh....ingat Kaktus ni kayoooo ooo?????hutang yang ada pun tak abis bayar lagi, lagi mau angkat 1 satu lagi..no..no..no...nooooooo.......Tapi teruja gak la bile dengar dioorang cite.....Pe lagi surf la internet cari makumat sikit, betul-betul menarik ke @ indah khabar dari rupa..Ini ada sedikit maklumat yang Kaktus nak kongsi ngan u ollssszzzzz


Nampak smart la belah depan 2, moh kite tengok dulu harga bpe????
Kereta ni didatangkan dengan 3 jenis iaitu 
1.6 CTV premium, 
1.6 executive cvt, 
1.6 executive 5 (kelajuan manual). 
Harga proton preve :
RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic)
RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT)  
RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual)
Jaminan 5 tahun atau 150,000km perjalanan.
So pada yang memang berminat, siap sediakan duit sebab kereta ni akan berada di pasaran tak lama lagi.

Warna plak , moh kita layan gambar ni boleh pilih mane yang berkenaan harga 2 macam dah perpatutan kalau nak dibandingkan ngan Proton Inspira, jauh mahal Inspira 2 wehhhhh...

COOOPPPP COLOUR PUTIH DULU!!!!!!!!

Kita tengok pulak dalaman dia, dengar citer sebiji KIA FORTE???? yeke ke????..Siap ada perbezaan lagi setiap kereta..meh layan sini...



Prevé Inspira Altis 2012 Civic Jetta Forte 2012 MD Elantra
Length 4,543 4,570 4,540 4,525 4,644 4,530 4,530
Width 1,785 1,760 1,760 1,755 1,778 1,775 1,775
Height 1,524 1,490 1,465 1,435 1,482 1,460 1,445
Wheelbase 2,650 2,635 2,600 2,670 2,651 2,650 2,700
Luggage 506
475 464 510 495 485
Weight 1,340 1,335 1,315 1,295 1,417 1,359 1,269


Prevé Waja Persona
Length 4,543mm 4,470mm 4,477mm
Width 1,785mm 1,740mm 1,725mm
Height 1,524mm 1,420mm 1,438mm
Wheelbase 2,650mm 2,600mm 2,600mm
Front Track 1,542m 1,475mm 1,475mm
Rear Track 1,542mm 1,470mm 1,470mm
Luggage 506L 408L 430L
Kerb Weight 1,340kg 1,235kg 1,245kg


 Wahhhh!!!!wah menarik perfect la...Harga pun k la....enjin tak pasti sebab kereta baru lagi kan...Rasa berminat boleh ke mana-mane dealer proton terdekat test drive..Kaktus tgk kunci 'preve' ni dah macam kia forte la...

DALAMAN DIA

INI LAH YANG DIKATAKAN MACAM FORTE


Benda paling penting tengok spec plak,Moh layan info yang Kaktus dapat....


P/S : Pada sape yang berminat dan berkenan leh la pergi test drive, rasa berkenan leh la booking...heheheh


































































FIRZaNah HaNI VS Kak RaW (GeDanGsa)

Weekend ini teman Cik Firzanah Hani buat rawatan kat Gedangsa..Dah lama tak teman dia..Minggu ini baba Hani keje malam so temankan Along & Hani kesana..Dah lama sebenarnya nak tulis entry pasal benda ni, "Rawatan Hani bersama Kak Raw"..
So gerak ke Felda Gedangsa lepas kerja hari  jumaat, tak nak lewat-lewat kerana kami bertiga perempuan bahaya malam-malam tau....Kebetulan ari ni hujan sangat lebat..Gerak dari Bangi ke Gedangsa...Kenapa nak pergi malam-malam pulak????..Sebenarnya untuk rawatan kali ini Hani kena mandi malam..Salah satu proses rawatan adalah 'Mandi air tanah pada sebelah malam' Bermula jam 12.00 malam untuk mandi...

Sebenarnya dah lama Hani berulang-alik kesana membuat rawatan bersama Kak Raw..Kalau tidak silap Kaktus bermula awal tahun 2012..Selepas membaca buku   "KEMBARA ATIF WAZIF" yang kaktus beli...Perkembangan Hani juga sangat-sangat memberangsangkan...Berulang-alik tanpa henti setiap minggu kesana membuat rawatan..Cuma miss pada minggu pertunangan kaktus bersama-sama En rama-rama dan semasa ada Program PDK di Hyatt Hotel Kuantan (Program Terapi Jepun) So untuk setakat ini hanya 2 minggu saja yang tak pergi...Hani....Mama & Baba sayang sangat kat Kamu tau...Apa sahaja dilakukan untuk mu...

Proses rawatan yang sudah Hani jalani:
1) Balut badan & kepala (balut pakai bandage putih)-Kak Raw lakukan
2)Mandi air daun pandan setiap pagi-untuk sejukkan badan kata Kak Raw, badan Hani panas...Daun padan kena rebus dulu dan mandikan setiap pagi..Pengiraan daun ada(untuk berapa helai) tapi kaktus dah lupa padahal kaktus yang mandikan Hani 2...
3) Tarik tulang (Balut pakai bandage coklat)- kak Raw lakukan..Nak betulkan tulang hani yang dah senget...
4) Mandi air tanah sebelah malam di rumah Kak Raw..Tanah diambil di tempat uri Hani ditanam ambil 7 genggam tanah..Mandi bersama air masjid (air kolah tau)..Untuk hani, Baba & Mama Hani ambil air Masjid di Sungai Chincin, Gombak..Kak Raw yang suggestkan ambil air disitu...Elok sangat untuk buat rawatan air masjid disitu..Hani kena mandi sebanyak 12 kali...Minggu ini yang ke 10 & yang ke 11 kali..
5)Madu(sudah siap didoakan oleh Kak Raw) & Daun Mengkudu (Mama Hani yang buat)..untuk Rawatan Pertuturan Hani, yang cakap suka pelat 2...Mama hani lakukan setiap pagi (selepas bangun tido) dan malam(sebelum nak tido)...
6) Balut kepala dengan bandage putih (rawatan minda)-pada sebelah malam..Kak Raw yang lakukan..Biasanya selepas mandi air tanah..
7)Kain Hijau-Sehelai kain hijau dipotong pada 25 helai..potong petak..untuk rawatan pertuturan Hani..Kak Raw akan masukkan kedalam mulut Hani dan tekan langit-langit..

Banyak lagi proses rawatan untuk Hani, Setiap kali balut Kak Raw akan sapu dulu dengan cream nivea,kadang-kadang Kak Raw sapukan jua vicks...Balutan yang dibalut, perlu sehingga 6 jam dibalut baru la boleh dibuka..Tapi kalau Firzanah Hani la tak sampai 6 jam dah menangis-menangis, mengamuk -ngamuk suruh bukak..dan apabila mama hani tak sampai akan terbuka la balutan tersebut walaupun tak sampai masanya lagi...
Untuk Hani, rawatan mata masih lagi belum dilakukan...Belum sampai lagi proses tersebut....

Sekarang ni Hani dah pandai berjalan..Pertuturan pun dah semakin ok...Kamukan anak yang 'cerdik dan seronok/suka'..Makna nama kamu kan FIRZANAH HANI...

Pagi ni mama Hani bawa Hani pergi buat terapi kat Hospital Serdang pulak..
Sungguh pack jadual untuk kamu,Hani..Check up di HKL (check mata & laser treatment for skin), Terapi Hospital Serdang, PDK Taman Seri Jelok Kajang,Rawatan Alternatif bersama Kak Raw Gedangsa, Swimming di Danau UKM, Rawatan Alternatif Akupuntur di Bukit Jalil...Macam-macam untuk kamu, dan segalanya untuk kamu..Moga kamu cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi seperti dulu...Tahun hadapan dah start sekolah, umur kamu dah 5 tahun tau..

Isnin, 16 April 2012

DRAFT KAD KAWEN DAH SIAP!!!!!!!

Alhamdulillah dah seatle satu kerja, kad kawen, perkara penting untuk majlis nanti...Draft dah siap semua...Tinggal nak printing sahaja lagi dan tinggal tunggu diorang call untuk pick up kad -kad tersebut..Nanti boleh la edarkan untuk tetamu-tetamu jemputan (aiiiiii tak sabar la pulak rasanya, rasa seronok je kawan-kawan datang meriahkan majlis nanti)..Bulan 5 nanti boleh la start edarkan kad ini...Nantikan jemputan Kaktus wahai sahabat-sahabat ku semua..

EN. RAMA_RAMA & PN KAKTUS
..

IMPIAN MEMILIKI!!!!!!!!

Impian memiliki rumah sendiri...Semua orang nak memiliki rumah sendiri????Tinggal mampu dan dan tidak je nak membeli...Mampu 2 maksudnya dari segi kewangan la...Apa yang kaktus merepek ni?????
Sekarang ni nak cerita impian Kaktus sebenarnya untuk memiliki rumah sendiri dalam masa terdekat ni mengikut kemampuan Kaktus sekarang ni la...Susahnya nak memiliki rumah apabila duduk kat bandar besar macam ni..Rumah semuanya mahal-mahal belaka...1 juta pun ada mana nak mampu membeli..Gaji pun ciput je..Tolak e2 tolok ini , tinggal berape je pun ...Harga rumah sekarang ni mencecah 1 billion pun ada...Tak caya meh datang Bangi ni tengok..Bukan nak bina rumah untuk golongan sederhana, balik-balik golongan atasan je dapat tempiasnya...
Sedih la bile difikir-fikirkan (Kerajaan tolong la prihatin pada kami yang golongan pertengahan ini)..Umur berapa la baru tercapai impian ni...Kesimpulannya memang susah la nak tercapai impian yang satu ini...
Survey punya survey jumpa la tempat-tempat menarik dan rasanya kira boleh kalau nak beli, mengikut kemampuan kaktus ini...Surf kat internet mudah.com, blog-blog, pasaraya dll...Jumpa la

1) Bandar Akademia, Beranang (rumah baru)
2) Taman Tasik Kesuma Beranang (rumah second)
3) Taman Pelangi Semenyih (rumah second / rumah baru)
4) Bandar Rinching (rumah second)
5) Taman semenyih Permai (Rumah Baru)

Sebenarnya Kaktus teringin nak duduk rumah bawah (rumah diats tanah), Bukan apa banyak sebabnya:
1) Boleh nak exsercise bercucuk tanam kat depan or belakang rumah.
2) Kalau g shopping beli barang dapur park kereta terus angkat barang masuk rumah, senang..
3) Kalau dah ada anak / baby tak perlu dukung baby lama-lama nak naik keatas.
4) Kalau dah tua nanti sakit lutut, sakit kaki susah nak jalan jauh-jauh pergi cari parking kete.
5) Orang tua-tua (mak abah Kaktus especially) mesti tak mau datang rumah Kaktus kalau naik tangga or lift susah katenya /kurang berkemahiran..
6) Kalau rumah bawah boleh bersantai-santai dihalaman rumah (macam duduk kampung-kampung gitu)...
7) Kalau dah ada anak nanti nak kawin senang...(Kawin pun belum, pk anak nak kawin plak ye)


Kesemua senarai diatas harga average harga 180k sehingga 300k..Puas Kaktus cari rumah bawah 200k rumah diatas tanah....Memang susah sangat nak jumpa...Nasib baik kerja area bangi, nak kate jauh tak la sangat masih boleh lagi la nak beli rumah sekitar kawasan diatas...Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii
.....impian ini terpaksa dilupakan buat seketika sehingga hujung tahun ini kerana (sedihhhhh ): :(

1) Kaktus perlu seatlekan majlis Kaktus bersama En. Rama-Rama dahulu.
2) En. Rama-Rama masih belum dapat surat perpindahan untuk ke area Kajang (Kesian la pulak En Rama-Rama nak berulang-alik kerja dari Shah Alam, agak jauh 2)
3) Nak pastikan segala persediaan selepas kawin tidak terjejas untuk modalkan perbelanjaan membeli rumah nanti.(Nak pastikan kehidupan akan datang stabil la.)

So kesimpulannya harap tahun hadapan impian Kaktus akan tercapai untuk memiliki rumah sendiri....Masih lagi mencari-cari rumah yang terbaik dan berpatutan mengikut kemampuan sendiri...



p/s : Makin hari makin mahal harga rumah ni..Yang kaya makin kaya la, yang tak mampu, makin tak mampu la..Pandang la kami golongan sederhana ni..Tak kesian ke????????

Sabtu, 14 April 2012

PILIHAN WARNA TEMA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

Perrhhhh tak tau nak pilih warna tema pe sebenarnya untuk majlis nanti..Banyak sangat warna dan semuanya cantik-cantik belaka..Banyak sangat pilihan sebenarnya kat DE AIDA BRIDAL KK ni..
Akhirnya Kaktus dan En Rama-Rama telah bersetuju untuk memilih
1) Majlis Nikah kami : Warna Kelabu (songket)
2) Majlis Kenduri Belah Pengantin Perempuan : Warna Biru Firus (Dress)
3)  Majlis Kenduri Belah Pengantin Lelaki : Warna Ungu Biji Kundang + Hitam (Kebaya Pendek)

Terima Kasih Pn. Masfurah tolong kami sama-sama pilih baju tersebut..Kaktus tempah di "DE AIDA BRIDAL KK" baju-baju tersebut pada 14/4/2012..Nanti seminggu sebelum majlis kami akan kesana lagi untuk fitting baju..Harap-harap badan dah kurus la time 2..Tolong la badan, Kaktus nak kawen????????Nak gak nampak slimm gitu...


Seatle tempahan untuk baju kahwin, pelamin, bilik tido pengantin, make up, photografi (album gambar), lapik meja makan pengantin & gubahan hantaran untuk pihak en rama-rama & kaktus.Semua sewa di DE AIDA BRIDAL..Sewa untuk belah perempuan aje....Belah laki tak naik pelamin -pelamin la (jimat!!!!!)

Pasni boleh la membeli barang-barang lain mengikut warna tema yang sudah dipilih...Destinasi seterusnya NILAI......
1) Bunga telur
2) Bunga Manggar
3) Beg Guddies
(apa lagi ye nak cari kat nilai???)

Pah2 balik PAHANG nak kena g tempah kek pulak untuk majlis nanti. Nak tempah meja,kerusi-kerusi untuk meja pengantin.Nak hantar borang nikah suruh tok kadi & pengurus felda sign.

 Banyak tul keje yang nak diseatlekan ye!!!!! e2 la dinamanya kawin...Jangan bising-bising sangat la kate nak kawin...




Khamis, 12 April 2012

MaINAN KECIK-kECiK DULU

Lama dah tak berblog...Arini nak tulis pasal dedulu..Kembali mengimbau zaman dulu-dulu kala (zaman kanak-kanak hingusan lagi)..Benda paling seronok adalah bermain..Dah bermain (belajar malas, dalam kepala nak main je, tapi result peksa tetap gempak gak, gempak zaman dedulu la, hahahahha)..Dedulu tak adalah main sesorang macam budak zaman sekarang ni, asyik ngadap depan TB je, depan laptop je, depan PS2/PS3 je dan sekarang sibuk plak ngadap Ipad dan I-TAB main games ANGRY BIRD (waduhhh kecik-kecik udah ada I-TAB, kaktus dulu memang tak mampu la nak membelinya nak membeli Brick Games pun tak mampu..) Kesimpulannya main la mainan yang ada disekeliling, mane yang boleh dikutip buat mainan..
Kalau bermain tak ada la nak main sorang, sure nak main reramai, dan siap berkumpul lagi tuu, kat rumah sape..Biasanya kat umah Kaktus la corz kawasan rumah Kaktus luas dan rata..Permainan ni ada plak musim-musimnye..Kalau bulan puasa penat, tak larat kan..So balik sekolah Agama je kejar la "MAIN  BATU SEREMBAN"..reramai, nak tengok sape paling tererrr..Ewahhhh..Padahal puasa 2 da plak perasaan hasad dengkinye..Tapi budak-budak pe kisah....BATU PUN BOLEH BUAT MAINAN TAUU....

Selain tu kalau bulan pose ni gak kitaorang "MAIN GASING", tak penat sangat nak main time posekan, duit belanje sekolah, tak beli makanan boleh la beli gasing buat mainan..Hahhhahaha.Lawak-lawak..BAIK POMPUAN PUN MAIN JE PERMAINAN LAKI NI..Asalkan boleh nak main..Ape kisahkan..(time panjat pokok pun perempuan boleh!!!!!!Tak ada nak malu-malu la!!!!)

MAIN GASING YE
Mainan ni ikut musim tau, bila tiba time musim nak "MAIN TENG-TENG" main teng-teng jugak la Kaktus, Yela nak main kena ikut kesepakatan reramai..Tak perlu modal pe pun nak main Teng-Teng ni..Lukis kat tanah je gambarnya, dengan sekeping batu nipis buat baling..Seatle dah boleh main..Melompat la puas-puas hahahaha.. (Kuar peluh tuu bebbb, senaman 2 namanya..)

Kitaorang main jugak "MAIN BALING SELIPAR", "MAIN BALING TIN" & "MAIN BALING BOTOL"..Tak keluar modal pe pun , kalau main baling selipar kutip selipar yang kita pakai je buat mainan....zaman dedulu kan pakai selipar jepun je yang nipis 2 nak buat baling, kalau selipar jepun yang berat 2 sakit kalau kena badan....Main baling tin kutip la tin-tin susu kat belakang rumah, serupa la nak main baling botol, kutip je la botol sos ke botol kicap yang dah guna kat belakang rumah tuu ( Kalau ada la tak kena jual lagi kat cina beli botol naik lori 2)...Boleh la buat main, kalau tak ada tak dapat la nak main..heheheheheh..Tak perlu modal pe pun kan...

 Paling kelakar 'MAIN POLIS SANTRI', selamber je kejar mengejar laki ngan perempuan..Pe kisahkan..Tak ada perasaan pun..Laki peluk perempuan, perempuan peluk laki2...Ishhhh boleh 2 main macam 2...(Kalau sekarang bahaya tau nak main macam ni, amat-amat tidah digalakkan)...

Time musim berangin, angin bertiup kuat, Kitaorg "MAIN LAYANG-LAYANG".. Layang-layang tu tak main la beli kat kedai, hasil buatan tangan sendiri, cari surat khabar lama/plastik, lidi/batang buluh nipis, gam, benang, solotip,tin susu, gunting dah cukup nak buat layang-layang....Kreatif la jugakkan, cipta sendiri layang-layang nak besar mane pun boleh..Tak yah nak membazir-bazir g beli kat kedaikan..Main sampai puas tengok layang-layang sape paling tinggi, siap lawan lagi nak putuskan benang kawan..(Hasad Dengki tul la, isshhhhh)..

 Macam-macam lagi la permainan yang kitaorg main lagi "MAIN TUJU GULI", "MAIN MASAK-MASAK", MAIN NYOROK-NYOROK", "MAIN GALAH PANJANG", "MAIN CONGKAK ATAS TANAH", "MAIN DAM AJI", "MAIN TUTUP BOTOL OREN", "MAIN PANJAT POKOK SAMBIL MAKAN BUAH-BUAHAN", dan macam-macam lagi la..

Seriusly memang seronok sangat-sangat...Masa ni tahun awal hujung 80an nak masuk 90an..Kaktus kan duduk kampung mane nak ada Taman Permainan macam zaman sekarang ni...Tapi memang seronok la..Kadang-kadang gaduh-gaduh gak kalau kalah tapi kawan semula balik, ye la nak main nanti tak cukup corum kalau gaduh-gaduh lelama..(Lucu la pulak bile dipikir-pikirkan)