Khamis, 29 Disember 2011

TrAGeDI LaLu

Apabila sampai hujung tahun je...terus ingatan ni teringat kisah berlaku tahun 2009..Tarikh 27/12/2009..Memang tragis dan tragedi...Bersyukur kepada NYA kerana aku masih lagi bernafas sehingga ke arini...Masih bernyawa dan masih seperti manusia normal yang lain...Aku bersyukur kepada MU  YA ALLAH kerana masih memanjangkan usia...

Tragedi ni berlaku ketika aku bersama 4 rakan karib ku kembali pulang ke ibukota selepas meraikan majlis perkahwinan  2 org rakan karib  kami di utara.....Di Lebuhraya Utara -Selatan la tragedi ni berlaku...Dan meninggalkan kesan sehingga ke arini...

Pada mulanya mmg terasa berat ati ini untuk kesana, serasa macam ada sesuatu(biasa la perjalanan jauh mesti rasa risaukan)....tetapi untuk tidak menghampakan rakan karib kami, dan terasa ingin meraikan majlis rakan suka dan duka, kami bergerak kesana pada 24hb malam dari ibukota bergerak ke Utara...Menaiki sebuah kereta sahaja..Cukup kami berempat...Aku(co-pilot), Ina(Driver),Chot(mem kecik), dan As(mem besar)..Perjalanan disebelah malam agak lenggang..dan sampai ke utara hampir subuh di Sg Korok, Kedah rumah Ina..Mmmmm nyaman suasana sawah padi disekeliling rumah....Disambut baik oleh ahli keluarga Ina disana...


Paling tak disangka kakak Ina sudah siapkan 'LAKSA' untuk kami..Mula-mula hanya kami bergurau saja teringin nak makan laksa utara...rupa-rupanya mmg betul sudah tersedia diatas meja...Pada sebelah pagi, Ina sudah bersedia untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar Perlis dan Kedah..Sempat pergi ke 'GUA KELAM', EMPANGAN TIMAH TASOH', HUTAN LIPUR BUKIT AYER,PADANG BESAR, KUALA KEDAH...

Keesokannya pada 26/12/2009 kami akan meraikan majlis perkahwinan Sahabat kami..NUR ELYANA dengan pasangan MOHD NADZIM bertempat di rumah pengantin perempuan..sahabat kami Ely di Alor Star...SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ELY DAN NADZIM...Masa ni jumpa la member lama kami masa belajar dulu Pakku bersama isteri dan anaknya...Arini kami tak sempat untuk kerumah Sal kerana kekangan masa..Ely dan Sal ni kawin sama tarikh la pulak..So untuk Majlis Sal kami pergi untuk sebelah laki ke rumah Aswan di Sg petani pada esok arinya 27/12/2009

Selesai majlis kami pun pulang ke sg korok kampung Ina..Semasa perjalanan pulang sempat singgah di bandar Alor Star..Dapat la NAIK MENARA ALOR SETAR...

Pada pagi  27/12/2009 bergerak kerumah Aswan di Sg Petani untuk meraikan majlis perkahwinan SALMAH dan pasangannya SYAHRULASWAN...SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SAL DAN ASWAN


Selepas majlis selesai, lebih kurang pukul 4ptg kami bergerak balik ke ibukota..Kami berhenti rehat dihentian rehat dan rawat untuk berjumpa sahabat lama kami juga masa belaja di kuantan dlu..dan sempat la bersalin baju di R& R tersebut...Dapat la berjumpa dengan Elyani...Member sorang ni bekerja kat Penang time ni...Dah semakin tembun dah Elyani time ni, time belaja dulu lain bebeno rasanya...Maklum la lama tak berjumpa...


Perjalanan diteruskan untuk ke ibukota...Mmg jalan agak jam pada ari2..Agaknya ramai yang nak balik ke ibukota selepas bercuti lama dan mugkin ada yang meraikan majlis perkahwinan macam kami, dan mugkin ada yang pergi bercuti....Kami terasa seronok sangat maklum la jarang jumpa, kali ini lama rasanya dapat bersama...Duk lama-lama dalam kereta..Macam2 topik la kami bercerita...Selepas satu, satu topik dibualkan..kekadang terasa bosan kami bernyanyi bersama, maklum jauh gak dari utara nak sampai ke KL di tambah pula ada ketika nya jam...

Behenti R & R Tapah untuk melepaskan kebosanan duduk didalam kereta..Kesian gak kat Ina ni memandu sorang-sorang..Bukan yang lain x pandai memandu cuma Ina kata dia masih ok lagi..x da masalah(Jiwa kental beb!!!)...Sempat la pegi membuang air kecil, punya la ramai umat...So tak lama kami kat situ rasa x tenang pulak bile dah ramai2 ni...Kami meneruskan perjalanan, Pada ketika ini laluan lenggang dan tidak jam lagi mayb ramai yang sudah behenti rehat di Tapah....sehingga sampai di satu persimpangan ,BEHRANG  sebuah superbike hilang kawalan terus melanggar kami dari belakang..Kereta yang dipandu oleh Ina yang berada di tgh jalan telah tersasar ke sebelah kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan dan sebuah kereta toyota corolla dari arah belakang terus ke pembahagi jalan yang sama...Kedua-dua kereta sudah tersepit di pembahagi jalan dan superbike tersebut tersasar berada di sebelah kiri jalan...

Pada ketika ini punya, cemas aku sempat, aku sedar ape situsai yang berlaku..aku sangat2 sedar..Aku menyebut YA ALLAH beberapa kali ketika kereta tersebut hilang kawalan...bagaimana keadaan sahabat-sahabat aku...Apabila kereta berhenti aku nampak asap sudah keluar dari depan di sebelah enjin kereta...betul-betul dihadapan aku...Cepat-cepat aku keluar menyelamatkan diri melari keluar dari kereta dan aku terduduk ditepi jalan..dalam sekelip mata kejadian ini berlaku...MasyaALLAH....Tetiba-tetiba nafas aku sesak..aku rasa tidak lagi boleh bernafas...aku da asthma....Pe pun aku tidak dapat bantu kawan-kawan ku yang lain...Ina,As,Chot kamu dimana????????

Chot masih di dalam kereta..kakinya tidak boleh bergerak lagi..mujur la ada hamba ALLAH yang sudi membantu kami  mengeluarkan chot dari tempat duduk belakang...rupanya dia sudah berada dibawah seat aku..Ina macam mane keadaan dia..Ina mengalami kecederaan ringa, tetapi banyak luka2 kecil pada leher,tangan dan kaki...Dada Ina pun terasa sakit mungkian akibat hentakan dari stereng kereta...Ina masih boleh berjalan,,,As alhamdulliah masih boleh bergerak kesana kemari..Ketika kejadiaan ini As tengah tdo dan tidak tau ape2 berlaku...Banyak yang As lakukan untuk kami kerana dia yang dapat bergerak..tiada luka-luka ketara pada fizikal As..Rupa-rupanya banyak lembab pada kaki dia,,,

Agak lama juga aku terbaring diatas jalan di tengah-tengah lebuhraya tersebut...Aku dan Chot dikejarkan ke Klinik Kesihatan terdekat dengan menaiki ambulans...Setelah melalui beberapa rawatan kami dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.....


Chot terpaksa ditahan di hospital kerana kaki beliau mengalami kecederaan teruk dan memerlukan rawatan rapi(kaki chot patah)..Ya Allah chot..Tabahnya kamu....Kami bertiga pulang ke ibukota diambil oleh family masing-masing....Antara gambar-gambar rupa kereta yang kami naiki semasa kejadian tersebut..





Chot telah dipindahkan ke hospital Sg buloh, agak lambat proses disana dan agak jauh bagi family Chot nak kesana..., Kami berempat sepakat memindahkan belian ke HKL untuk buat rawatann disana..Alhamdulillah operation berjaya...Lama juga la chot MC tidak bekerja....Sungguh kuat dan tabah hatimu chot..aku tau kamu merasa kesakitan e2....
Alhamdulillah chot sudah dapat berjalan semua...Tetapi kekadang ada terasa kesakitan bekas dari accident tersebut....
Untuk Ina kereta belian sudah 'TOTAL LOST' teruk kerosakan yang dialami...Kesian kamu Ina..Ya Allah KAU berikan kami kekuatan melalui ari2 tersebut...Tapi kita masih sama-sama berempat mengharungi suka dan duka...Kisah ini pun dah 2 tahun berlalu Ina pun dah pakai kereta lain...
Selepas kejadian e2 aku trauma untuk memandu kereta, mmg hampir 2 minggu aku tidak memandu kereta..Aku mendapat rawatan di Darussyifa Bangi berjumpa Ustaz Haron Din..Alhamdullillah atas doa Ustaz Haron dan keredhaan Allah  aku kembali memandu semula....Mmg agak susah la bagi aku sekiranya tidak memandu, macam mane nak pegi kerja...Sehingga kekadang ati aku bila berada di dalam tetiba akan merasa cuak apabila teringat dan terkenang peritiwa e2....


Bersyukur ke hadrat illahi kami semua selamat dalam tragedi tersebut..Syukur!!!!!

TUHAN SESUNGGUHANYA ENGKAU BANYAK MENGAJAR KAMI ERTI SABAR,KUAT SEMANGAT,MENGHARGAI,BERSAHABAT, KASIH SAYANG..

MeMbeBel??????????

Tahun 2011 dah sampai ke penghujungnya arini dah 29 hb..sok 30hb...lusa dah 31hb....tatatattata....Dah masuk tahun 2012...So umur pun sure meningkat punya....Tahun depan banyak misi aku perlu seatlekan...Tahun depan juga banyak impian yang akan aku cuba tunaikan untuk puaskan ati aku dan puas ati org-org sekelilingku...Azam baru adakah semuanya akan tercapai.??????.Aku masih sedang berusaha...Harap impian tersebut menjadi kenyataan di tahun hadapan..... Tak sabar rasanya....Nantikannya di tahun hadapan...
Azam 2012

Hari ini kat opiz keje sesorang ..semua pakat nak perabis cuti  maklum la hujung tahun..Mmg sunyi la opiz ni..Dah la kat opiz ni mmg tak ramai hamba Allah yang bekerja...Apabila  memasing cuti..tinggal aku sesorang..Nasib baik keje tak banyak..Boleh la aku bersuka-suki kat opiz ni ....Bosan jugak rupanya apabila tinggal sesorang ni...Tapi nak buat macam mane dah nasib badan...heheheheeh....aku rasa keje aku dari tadi duk melayan Blog je..Pas2 duk beborak kat tpon maklum la tpon freee...Malas rasanya nak buat keje...

Kiranya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk keje untuk menghabiskan tahun 2011 ni..Arini kita dah separuh hari lakan...Banyak jugak kenangan 2011 ni...Paling seronok dapat anak buah...pada 22/12/2011(ank hujung tahun)..Dua-dua anak buah aku anak hujung tahun  Nama dah diberi                                                        'QATRUNNADA NASUHA'....
anak buah perempuan..So sekarang ni dah 2 org la ank buah aku...Dua-dua org perempuan...Bila nak dapat anak buah lelaki ni????...Tunggu anak aku kot....Yang sorang lagi ank buah ank hujung tahun juga 12/12/2008..Ank buah kesayangan aku ni..Cucu kesayangan nenek ngan atuk jugak...Maklum la cucu sulung...Nama diberi    'FIRZANAH HANI'....
       
FIRZANAH HANI YANG COMEL

MAK NGAH SAYANG KAMU BERDUA..
FIRZANAH & NADA


Rabu, 21 Disember 2011

KeMbaRa AtiQ wAziF SatU aNugeRAh!!!!!!!!!!!!111


Semalam aku baru selesai membaca sebuah buku yang betul-betul meruntun hati dan perasaan aku...Seolah-olah macam dapat merasai ape yang berlaku kepada En Hasan sekeluarga...Buku tersebut bertajuk 'KEMBARA ATIQ WAZIF SATU ANUGERAH'...Buku ini aku beli dari sebuah kedai buku di SHABAB PKNS BANGI...Asalnya aku kedai buku tersebut untuk mencari buku ' SEINDAH NAMA SEMURNI PERIBADI' tapi aku diketemukan dengan buku ini...Untuk bahagian luar sahaja sudah meruntun jiwa untuk aku terus membaca buku ini helai demi helaian...Pengorbanan seorang bapa,Kasih seorang ibu,Kecekalan seorang anak...Banyak iktibar yang bleh diambil dari buku ini...Sedih,Duka, Gembira, Ketabahan, Kesabaran, Kecekalan,Ketaqwaan, Keredhaan, Keinsafan.....



COVER DEPAN BUKU

SEDIKIT SINOPSIS UNTUK TATAPAN:
Atiq Wazif tidak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan, dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan “Jangan Mengharap”. Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.
Terdesak mengejar masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari.. tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama…


Banyak iktibar yang yang boleh diperolehi..Kekadang kita rasa ujian yang kita lalui terlalu sukar dan perit, tetapi rupa-rupanya masih ada insan lain lagi yang melalui hari-hari yang memeritkan dari kita...Sesungguhnya  ALLAH MAHA MENGETAHUI  DAN DIA MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA...

Isnin, 19 Disember 2011

oMbak RinDu????????

Ombak Rindu sebuah Novel...sekarang ni dah terbit la pulak filem....Masa novel dulu baca buku 2 sehari je terus habis..ye la time minat la ngat baca novel....Macam-macam novel la beli punya la suka membaca...Kekadang sampai menitis airmata...Kekadang senyum seorang2...hahahaha lawak kan...Punya la seronok baca novel time 2...(Feeling la konon!!!!!!!!)

NOVEL OMBAK RINDU
Watak Izzah dan Hariz...Sedih la time 2 membaca buku cter ni..Alih2 dan x disangka-sangka tahun 2011 novel ini buat filem la pulak..Selalu tgk drama kat tb je..Ini mesti kes NUR KASIH,LAGENDA BUDAK SETAN punya penangan ni..hahahah...Banyak pulak filem dari hasil karya novel-novel ni....

Dengar cter memb2,komen2 FB ramai la pulak yang kate best tgk cter ni...Macam rugi je rasa x tgk..Best ngat ke???...Mesti kena tgk gak la...Baca buku sampai nangis2....Gak2 tgk movie boleh buat ati ni 'SENTAP' ke ye??????Tapi nak tgk ngan sape???Member2 dah tgk...Lama dah tak tengok wayang...Asyik tak ada kesempatan je....very55xxxx busyyyyy

FILEM OMBAK RINDU


Huhuhuhu..nak tgk gak cter  ni..Ajak Rama-Rama la g tgk cter ni,,Tapi Rama-Rama layan ke cter macam ni...Belum cube belum tahukan...Yang pasti mesti Rama-Rama tak tgk lagi ni...Yesssszaaaaa...TQ Rama-Rama sudi temankan dan belanje tgk MOvie OMBAK RINDU ni kat 'THE CURVE' 2.....Memang sedih la...'Tersentap' la jugak menonton citer ni..Pada sesiapa yang x tgk 2 boleh la pegi....SEdihhhh...huhuhuuhu..(Kaktus x boleh la part2 ayat-ayat sedih ni dan tetiba nangis2 pulak kena hina2 lagi...)


Kata rama-rama : Kaktus sangat sensitif...

Ahad, 18 Disember 2011

ADIKKU BELAJAR!!!!!!!1

Errrmmmm..arini kaktus kena hantar adik bongsu kaktus (adik paling manja/mengada-ngada) untuk sambung study..Kami berdua sahaja ke sana...Abah tak chat nak hantar mak of course kena jaga abah...So kami berdua sudah la bukan ape pun...Just register je pun...Padahal pegi  kesana naik bus pun boleh...hehehehheeh...Hantar adik aku sorang ni macam dah macam nak hantar pegi 'OVERSEA' dia punya preparation memang serba baru semua benda., dari yang luar2 sehingga dalam2 (kalah kite ni yang sudah bekerja)....huhuhuhuhu...

Barang-barang keperluan


Katanya terperlu bawak barang sangat..tgk la barang-barang yang dibawa...E2 sahaja...Da potensi nak beli barang baru lagi la 2...hahhahaa...Sarung Bantal color pink bunga-bunga(bunga-bunga cinta..pegi sana belaja bukan bercinta..)...Kami gerak pagi la...tapi x da la pagi sangat...tgk kemain kemas dan bergaya lagi....Hari pendaftaran mesti pakai baju putih dan berseluar hitam (serba baru semua benda)



Pepepun setting jambul dlu..hahaha

Melangkah pergi
Semangat , jiwa berkobar-kobar nak sampai ke destinasi tujuan...aku yang memandu kat sebelah 2...Penuh konsentrasi kalah kaktus sebagai seorang driver....Tak yang penting mau nak belajar, jangan sampai ke sana banyak main sudah..Result mesti mau gempak ye wahai adikku......

ON DA WAY

Agak lambat juga kitaorg sampai sebenarnya..Dah ramai yang seatle dan dah ramai ibu bapa yang menghantar dah mula nak balik...Sampai -sampai terus pendaftaran asrama...Kaktus tinggalkan dia pegi daftar sendiri..Kaktus pun mengisi perut Kaktus yang kosong kat 'cafe' sementara menunggu dia mendaftar...Biar seatle sendiri(belaja hidup berdikari macam kakak mu kaktus ni tau)....


Sarung tilam dan bantal color pink

 
Action kena mau lebih
Kaktus dah agak dah sure ada barang tertinggal,bukan sekali kaktus hantar adik kaktus ni masuk asrama dah berkali-kali..Pasti ada barang yang 'DIA' akan lupe bawa...Kali ni nak tau pe yang yang dia x bawa....Dia boleh tinggalkan 'TOWEL'...Macam mane nak mandi wahai adikku...Mmg masalah la 2...Kaktus pun mencari la di KOPERASI nasib baik ada, betul2 tinggal sehelai sahaja untuk kamu..Tempat jam 1 tenghari, semua urusan seatle.....Kaktus pun bergerak pulang dan tinggal dia disana..Kaktus doakan buat adik kaktus:                                                                                                         
 'BELAJAR RAJIN_RAJIN JANGAN BANYAK MAIN MACAM DULU_DULU'

Khamis, 15 Disember 2011

cOrEtAn LaLu!!!!!!!!!!!!!!!!!1



Tetiba hati dan perasaan ni teringat pada sahabat-sahabat lama..zaman belaja kat kuantan dulu....Teringat kenangan-kenangan lama..Rindu la kat kamu semua..Walaupun kini kite tak tinggal sekali tapi memory bersama kamu semua masih di ingatanku ini...Tak mungkin aku lupakan, sungguh banyak, pahit, manis yang kita tempuh...Kita tinggal sekali kat uma sewa no 25 lorong semambu..uikzzzzzz umah yang banyak kenangan bagi aku...Macam-macam peristiwa!!!!!!!!!!!

BEBUDAK UMA SEWA
Aku rindu la kat kamu semua...Adakah kamu semua sihat-sihat sahaja...Nampak comotkan kite time ini, yela tengah belaja lagikan time ini tak da puluzzzz nak melaram.....hahahhahahaha
KAT BILIK AKU......AKU DUK KATIL ATAS 2

LECTURER MATH AKU

TIME NAK G TGK WAYANG

BELAJA LA BUKAN MAKAN
 
LEPAK KAT TC

CHOT SAHABATKU
Banyak betul kenangan kite..Tak tau la samada kamu semua masih ingat lagi ke x.....TQ u ALLSSSS tinggalkan banyak memory dalam kotak fikiran aku ini...Aku sayang dan rindu kamu semua....Walaupun pun kita semua tinggal tak jauh tapi kekangan masa , buat kita semua susah nak berjumpa..Masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan masing-masing dah ada tanggungjawab yang perlu dipikul..Tapi sekurang-sekurangnya kita masih punya waktu untuk berjumpakan...Lepas ni tak tau plak ke mana destinasi kte nak berjumpa....


MISSSSSSSS U ALLLLLLLLLSSSSSSSSSS

Isnin, 12 Disember 2011

KERJAKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tempat kejeku, skang ni dan mugkin ini adalah destinasi terakhir dalam kerjaya hidupku...Sebelum ni dah macam-macam  keje aku buat..After abis SPM aku dan mula bekerja...Aku keje Guru Taska(jangan x tanya pandai jugak aku mengajar)...Masa kerja kat Klang (Taman Sentosa, Taska Bahagia namanya rasanya masih wujud lagi taska 2)...Bekerja untuk simpan duit nak sambung belaja....Dapat offer terus berhenti dan sambung study...Semasa blaja, sempat gak keje partime...Jadi despatch.. Balaja time malam, kekadang x blaja pun..borak je banyak...siang keje, bos panggil g la, abis kelas je terus g opis....X perlu nak bazir masa..Pe guna ada motosikal x gunakan sebaiknyakan..Thanks Kak Samy bagi keje kat opiz 2...Thanks gak selalu belanje saya makan sedap-sedap...Dapat gak aku duit pocket wat isi minyak motor...Apabila tiba cuti semester bermula je dalam 2 bulan, aku keje kilang jadi operator...Simpan duit nak sambung belaja nanti..Segala keperluan diri x perlu nak minta duit ngan abah lagi..Cukup duit kerja dan pinjaman yang diberi oleh kerajaan...

Abis study je  terus keje...malu la x keje mana nak cekau duit klu x keje..xkan nak mintak ngan abahkan...Walaupun x dapat keje dengan kelulusan aku, x pe aku redha, sekurang-kurangnya aku masih bekerja degan rezeki halal..kerani pun kerani la...Sekurang-kurangnya aku x mengganggur... Macam2 interbiu aku g untuk dapat keje, mayb x da rezeki aku..:('

Dalam beberapa bulan aku keje kerani, ada satu company di cheras offer keje, Post TA, aku terima dengan senang ati, bermula la kehidupan aku di Bandar KL, macam x caye je, keje kat KL..TQ pada Salmah kerana banyak bantu aku tunjukkan jalan2 KL...Aku tinggal di Kota Damansara berulang-alik ke Cheras..Time ni, motosikal la jadi peneman..Macam x caye jekan tapi e2 la kenyataan...aku naik motosikal 2..Jauh 2 dari kota damansara ke cheras..First time g keje mmg sesat, tapi nasib baik sampai awl corz aku keluar awal pagi..Mane x nyer time org g keje kot...sesak jame lagi,,banyak jalan tutup plak 2...aku ni main redah je..Sampai gak kat opiz 2...Mmg memcabar la...Time ni gak aku buat keje partime..Weeekend je aku keje..Cari duit lebih.Mane nak cukup duit KL..minyak motor,sewa uma, makan lagi...Kat mane lagi keje partime kat One Utama la, kat situ paling dekat ngan uma...

Aku keje kat cheras ni, x lama, susah gak kat company ni..banyak keje outstation...aku mane ada kereta sendiri,time 2 nak beli mmg x berduit la, naik moto je aku ni..naik kete pun x pandai..menjadi masalah gak pada aku..Dalam pada masa 2, aku dapat offer kat company lain, gaji lagi beter dan keje  x perlu lagi outstation..aku benti di Cheras dan pindah ke Shah Alam...


Shah Alam kat cni mmg aku rasa x nak benti keje..keje mmg best, satu je yang x ok,keje shift...e2 sahaja..time ni mmg aku x cari keje lain dah la...kat cni la dapat aku beli sebiji kete yang mmg menjadi impian aku..Tapi masalahnya zaman kegawatan melanda, tempat aku kje ni, terpaksa buang semua staff dan tempat keje aku ni kena tutup...aku dihantar ke ank syarikat di klang...


Klang, keje kat cni terus terang aku cakap mmg x best langsung bagi aku, x kena ngan jiwa aku...klu dlu aku rajin keje, jarang cuti tapi masa kat cni aku jadi malas keje, slalu cuti..aku dah mula surf internet, pantang masa terluang akn aku cari keje lain...Aku x bahagia keje kat cni...Mmg tertekan..kekadang sampai x sempat nak makan langsung...kekadang dalam bilik air time mandi aku nangis..pe la nasib aku ini...aku ni kuli , tapi meeting ngan manager pe kes!!!!!!!!!....time meeting aku yang kuli ni keje bercakap,semua aku...tension!!!!!!!!!!!!!!!..x seronok lansung!!!!!!!!!!..

Akhirnya, aku bersyukur pada Tuhan, aku baru g interbiu x sampai 2 minggu dah dipanggil untuk bekerja...seronok x terkira hati ini...Cuti aku yang banyak 2, aku gunakan untuk cuti dan resign terus dari company kat klang 2..dan skang aku di opiz baru ini.keje yang selesa, rakan2 yang ok...TQ ALLAH, permudahkan jalan idupku...Walaupun gaji kat cni x sebesar gaji aku sebelum ni tapi aku bersyukur...Cuti hujung minggu aku boleh balik kampung, tgk mak n abah...

Inilah tempat baruku...Kat cni leh aku layan FB, layan BLOG ari2...x da sape nak mara..maklum la keje operation maintenance...X da keje, kite wat la keje kite sendiri....hehhhhehehe

OPIZKU!!! (last destinasi kot)








KENDURI ANGAH IWAN (TAIPING)

10/12/2011, bergerak dari Bangi ke Taiping...Bersama Along, Abg Zul dan Firzanah Hani....Destinasi majlis perkahwinan Angah Iwan dan pasangannya Hartini..Berlangsung di Dewan Kamunting..Mujur sepanjang perjalanan tidak jame..Melalui highway PLUS, exit Changkat Jering,...kami tiba di bandar Taiping pada Jam 1145pagi...Berehat di Homestay yang telah di sewa khas oleh pasangan pengantin..x sempat nak amik gambar homestay...Homestay 2 facing padang bola..warna ungu, bersebelah penjara Taiping....

Jam 0150 bergerak ke Dewan Kamunting untuk Majlis Bersanding..Date kat camera dah salah tarikh...patutnya 10/12/2011..sory ke pasangan pengantin....

Angah Iwan (lengkap pakaian seragam)

Dua pasangan pengantin bersanding

Pedang berkilat

Iwan Dan Tini
SELAMAT PENGANTIN BARU IWAN & TINI


CAMERON HIGHLAND TIME, BIRTHDAY GIRL

Menjelang bulan 12 mmg macam -macam agenda dalam kepala ..Maklum la cuti panjang...pas2 disambung cuti berwajib lagi..disamping 2 nak perabis cuti lagi..Kira mmg cuti je la...Kali ini kebetulan cuti, dan kebetulan mmg teringin nak berjalan sempena menyambut BIRTHDAY GIRL FIRZANAH HANI.....
So apabila dan bersempatan kena la 'grabe' peluang yang dah ada depan mata...

BIRTHDAY GIRL


Perancangan dah diatur oleh Mama Firzanah...10/12/2011 bergerak ke Taiping meraikan perkahwinan sepupu kami di kamunting Taiping..Majlis kawin Iwan dan Tini....Sok ada misi untuk ke Cameron Highland...So pada 11/12/2011 kami ke CH melalui Simpang Pulai...Yela lagi dekat klu kami ke CH melalui Simpang Pulai kerana kami dari  Taiping jalan melalui Simpang Pulai ini pun ok...Tak disangka-sangka kami kena 'SPEED TRACK'....Polis dah tersedia didepan mata x boleh la nak buat ape la la..Sepatutnya 60km sahaja laluan tersebut...Errrrrrmmmm kena saman la wehhhhh.....Bayar zakat ke kerajaan la..

Kami berempat ke CH, Aku, Mama Firzanah, Baba Firzanah dan tentunya Birthday Girl 'Firzanah Hani'. Kami menginap di KRS PINES..Tempat ini Mama Firzanah yang book melalui website http://www.agoda.com.my/  ...So memandangkan ari pun ujan kami terus ke tempat penginapan kami di Tanah Rata..Ermmm dah la musim ujan mmg sejuk la duduk kat CH time macam ini..


TEMPAT PENGINAPAN
Malam e2 sempena menyambut BIRTHDAY GIRL yang ke-3 kami makan di RESTORAN FERM NYONYA DI TANAH RATA...Baba Firzanah belanja...Tapi cian kat Birthday Girl demam la pulak dia..Yela sejuk gamaknya dia...Tapi bile tibe part makan terus sihat...aiii si kecik Hani pandai kamu...

BABA FIRZANAH BELANJA

SIAKAP STIM, BIRTHDAY GIRL X LEH MAKAN PEDAS
So Birthday Girl dah tak berapa sihat, ditambah pulak malam ni hujan kami x kemana-mana la..Malam ngat nak g pasar malam..Terlalu ramai umat dan si kecil ni pun demam, kami pun batalkan niat untuk berhenti di pasar malam tersebut..So terus balik tempat penginapan dan tdo...errmmm sangat sejuk ditambah ari hujan lagi..

Malam bernyanyi lagu 'HAPPY BIRTHDAY TO FIRZANAH' ...dia sangat seronok...Dia suruh ulang banyak2 kali nyanyi lagu 2...Tunaikan la permintaan dia...Dah besar dah firzanah..Dah 3 tahun...Dah boleh ada adik tau..heheheheheh....


Sok kita pegi jalan, so esok seawl pagi, check out dan terus pergi breakfast,awal pagi kami dah keluar...Selepas breakfast kami terus naik ke Brinchang...Destinasi pertama ialah di Kebun Bunga..Pegi s2 x beli bunga pun saje nak berjalan-jalan...cuci-cuci mata ni...




Dah puas berjalan kat s2..misi kami nak ke tempat 'BOH' rupanya terbatal...tempat tersebut tutup pada setiap isnin...Jawapannya lain kali kena naik lagi la ni...So kami ke tempat TAMAN RAMA-RAMA je la....

TGK SESUMPAH


RAMA_RAMA

Lama la jugak kat sini..Bukan butterly je aje ..Binatang lain pun ade juga..Tapi x da banyak macam kat zoo 2 kan...Punya la seronok Birthday Girl ni...Selepas puas kami pun bergerak untuk membeli bekalan untuk dibawa pulang..Semestinya beli jagung manis dan nak makan strawberry coklat....Berjalan-jalan,shopping (beli sayur-sayuran, bunga rose(tuk mak), teh buat minum, jagung manis, strawberry),  dah puas akhirnya kami turun dari CH..Kami melaui tapah dan terus ke KL...Rasanya x best pegi time cuti sekolah lebih-lebih lagi bulan 12..

1) Dah kena saman (polis buat speed track la pulak)
2) Klu ari isnin tempat BOH tutup diorang maintenance (x dapat nak masuk bergambar/melawat/cuci mata)
3) Tak dapat nak petik strawberry kerana strawberry pun dah banyak habis kena petik..
4) Nak parking pun payah ramai sanagt umat..(banyak polis dah tunggu tepi jalan nak saman)
5) Jalan pun jam..terlalu ramai umat nak naik dan tutun dari CH(mmg rasa x tenang)
6) Musim hujan (x boleh nak buat ape klu ari dah ujan nak2 bawak budak, mau boleh demam tau..bahaya cuacakan sejuk)

Pepun  nak ucapan:

SELAMAT HARI LAHIR FIRZANAH HANI YANG KE-3
12/12/2012
(lokasi cameron highland)

ALLAH SELAMATKAN KAMU
HAPPY BIRTHDAY

Semoga senantiasa sihat-sihat selalu dan cepat berjalan..

Jumaat, 9 Disember 2011

ANDAI KU TAHU





Andai ku tahu kapan tiba ajal ku,
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku,
Andai ku tahu kapan tiba masanya,
Ku akan memohon ,Tuhan jagan Kau ambil nyawaku,

Aku takut akan semua dosa-dosaku,
Aku takut dosa yang terus membayangiku,
Andai ku tahu, malaikat kan menjemputku,
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMU,

Ampuni aku, dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku, menangis ku bertaubat padaMU,
Aku manusia yang takut neraka,
Namun aku jugatak pantas di syurga,

Andai ku tahu kapan tiba ajal ku,
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMU,
Ampuni aku, dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku, menangis ku bertaubat padaMU,






kuAndai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Khamis, 8 Disember 2011

TEAM BUILDING FLEX

Ermmmm...kenangan lagi..time aku keje kat flex..'TEAM BUILDING'.. ada lagi aku simpan baju ni dan sememengnya aku pakai la sehingga ke hari ini..


seronok pegi cni bukan pe..makan sangat sedap...kat 'GLORY BEACH RESORT PD'...rasa macam x nak balik je...klu ari2 makan macam 2 mmg mau gemuk aku ni...tempat tinggal pun best sesangat....

memula mmg rasa macam x nak g je..rasa macam x best tapi dah sampai,mmg rasa macam x nak balik la plak, facilitator mmg best, dah mmg lupa keje2 kat kilang 2..ini lah faci kami semasa kat cna..terbaik gak la...makan best,faci best, tempat pun k gak la...
Antara aktiviti2 yang dilakukan..mmg boleh tergelak2 la bile terngat kembali....Memeng x leh dilupakan time ni, malu pun ada, sonok pun ada, gelak mmg x terkira la banyaknya..hahahahha
Sempat gak aku jadi guru kat depan mengajar..hahhaha..mmg kelakar la..


Antara T/shooter pompuan yang ada..

Antara view di 'GLORY BEACH RESORT' makan mmg terbaiiiikkkkkkk......

Selesai sudah, gambar kenang2an yang menjadi kenangan sehingga kini...flextronis shah alam yang dah runtuh