Ahad, 27 Mei 2012

PeRkaHwiNaN NisA & DiN (DoNg RauB)

Lama sudah tak meng'update ' blog ni...Rasa sunyi aje...Bukan tak ada benda nak diceritakan pasal terlalu banyak la story sampai tak sempat nak mengupdate...Kaktus tersangat la busy sejak kebelakangan ni..Maklum la cuti sekolahkan..Bukan sibuk ngan anak-anak la..Kaktus ni belum kawin lagi ok..Kaktus sibuk jemputan kenduri..Sahabat-sahabat  & kawan-kawan Kaktus pun ramai jua yang melangsungkan sempena cuti sekolah ni..Ambil peluang yang ada..Untuk tidak menghampakan undangan walaupun jauh akan Kaktus usahakan untuk meraikan mereka.
Pada 27.5.2012 Kaktus telah memenuhi undangan sahabat Kaktus di Dong Raub,  (Nisa & Din)..Tak sempat nak melihat mereka bersanding kerana sebelum kesini Kaktus ke majlis Ina & Salleh di Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang..Untuk kali ini Kaktus tido dirumah Nenek Kaktus di Sungai Koyan 3, Raub Pahang....
Kaktus kesana bersama Along, Firzanah Hani & Anim (sahabat/jiran kaktus kat kampung)
Apepun Kaktus sampai jua ke rumah Nisa di Pamah Kulat Dong, Raub..Cantik, lawa kamu Nisa..
Kaktus ucapan "SELAMAT PENGANTIN BARU NISA & DIN"..Moga kekal hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu..


PENGANTIN PUN MENYANYI

Sempat jugak Kaktus capture gambar hantaran mereka..

HANTARAN DARI NISA KEPADA DIN

HANTARAN DARI DIN KEPADA NISA


 Cantik hantran-hantaran ni Kaktus suka la..Simple tapi cantik sesangat..Siapa la gerangan yang membuatnye ye!!!!!!

Tak lepaskan peluang, bergambar ngan pengantin la..Tak banyak Kaktus capture pun masa kenduri ni kerana Kaktus sangat penat dan cuaca pun agak sedikit panas..Sangat rimas...Maklum la dah petang....
SAHABAT KAKTUS NISA SUDAH MENJADI ISTERI ORANG

PENGANTIN & KAKTUS

SAHABAT KAKTUS (ANIM)


Selepas siap makan, kami pun pulang ke Bangi, Agak jauh lagi tuuu..Stamina kena kuat..cayokkkk!!!!!!...
Alhamdulillah sampai jua Kaktus ke majlis kamu Nisa...kena balik isnin 28/5/2012 dah nak keje...Sampai rumah pukul 6.00 ptg..Malam rehat sepuas-puasnya..Kaktus dah tak daya sangat travel jauh-jauh macam dulu-dulu....huhuhuuu..

FIRZANAH HANI JADI CO-PILOT KAKTUS..
CO-PILOT DAH NAK TIDO LA 2....

 

Ahad, 20 Mei 2012

SANTAI BERSAMA-SAMA!!!!!!!

Arini Ahad..20/5/2012..Happy Birthday To En Muhammad Khairil Shahrizal Bin Mohamed Sharif..Bertambah usia pada tahun ni..Mesti mau matang dalam pemikiran okkk.
Arini ada misi lain jua, nak jumpa sahabat-sahabat Kaktus yang tersangat lah lame tak jumpa bersama.Dah janji awal-awal lagi nak jumpa sama-sama dan tarikh dah di tetapkan pada 20/5/2012 di rumah Pn. Salmah & En.Aswan di Kuang. Tasik Biru Sungai Buloh..
Bersiap-siap memasak untuk bekalan ke sana.Kali ni jumpa perlu bawa potluck masing-masing.Suke ati la nak bawak ape-ape pun.Janji boleh dimakan.Tak nak bawa pun tak ape.(Aiman tak kisah)
So menu Kaktus ialah nasi putih, ayam masak lemak cili api , roti sosej & cengkodok pisang...Sebenarnya Kaktus baru aje balik dari Gedangsa pergi teman Firzanah Hani buat rawatan bersama Kak Raw..Kat rumah Kak Raw tido 1 malam aje corz takut tak sempat nak buat preparetion untuk ke rumah Puan Salmah pada ari ahad..Sampai rumah ptg sabtu, dan malam terus cari barang keperluan kat econsave, kalau pergi ahad pagi takut tak sempat & barang pun dah tak ada nak dibeli.Masak pagi tuu , bukan lame pun nak memasak ni..Kejap aje, buat seringkas mungkin..Dah macam nak g berkelah pulak rasanya Kaktus ni...heheheheh
Dah janji dengan Pn. Asparina untuk gerak sekali.So Pn.As datang kerumah dah kami gerak sekali ke sana.. Kaktus jadi driver..Janji juga dengan Cik Ina di Shah Alam. Mereka-mereka ini tidak tahu jalan kerumah Pn Salmah ni maklum la first time nak pergi kot.... Macam Kaktus memang dah pernah sampai sebelum ini dengan Cik Siti.
Sampai disana Pn Ely, En. Nadzim & Mrs Auni sudah ada.
Menu kali ni: 
Cik Ina : Spagetti
Cik As : Sambal belacan & ulam-ulaman (timun, kacang botol, daun2)
Pn Ely : Piza buatan sendiri & steambot
Pn.Salmah : Keropok ikan & air pelam + tembikai
Cik Kaktus : Nasi Putih, ayam masak lemak cili api, roti sosej & cengkodok pisang.
 Lama rasanya tak berjumpa reramai-ramai seperti ini.Rindu rasanya, Terima Kasih Pn Salmah & En. Aswan sudi tumpangkan rumah. Perjumpaan kali ni Cik Siti & Pn Aina tak ada.Cik Siti nak urusankan Mak & Ayah Cik Siti untuk mengerjakan Umrah. Dan Pn Aina balik ke kampung mak mertua di Kuala Lipis.
Moh layan gambar yang Kaktus capture masa majlis santai 2...

KEKENYANGAN

MRS AUNI

MR HADIF

KAKTUS, AS, SAL,ELY & INA (CHOT & AINA TIDAK DAPAT MENGHADIRKAN DIRI)
TAMBAH LAGI 2 ORANG
TAMBAH LAGI 2 ORANG
MAIN BERSAMA
MR. HADIF DENGAN RAGAMNYA
 
Dah berjumpa semua sekali ni Kaktus juga dapat edarkan kad untuk majlis Kaktus pada bulan 6 nanti..Seronok sangat dapat jumpa bersama  macam ni...Bila lagi ye nak jumpa macam ni lagi??????
 



Jumaat, 11 Mei 2012

MUSIM KENDURI KAWEN DATANG LAGI!!!!!!!!!!

Wawawa...banyak nye undangan majlis perkahwinan....Jemputan kawin anak, jemputan kawin dari rakan-rakan, jemputan kawen dari sahabat-sabahat..Apepun janji jemputan majlis perkahwinan..Maknanye nak dekat cuti sekolah dah la 2,,Bermula 26/5/2012 hingga 10/6/2012 anak-anak yang bersekolah taska, tadika sekolah rendah & sekolah menegah dah start bercuti..Cuti sekolah 2 minggu 2(lama doh)...Cikgu-cikgu pun cuti gakkan...
Dikesempatan ni la ramai yang berebut-rebut tarikh untuk majlis perkahwinan....Untuk 2 minggu cuti sekolah ni, Kaktus dah dapat undangan tarikh paling ramai kawin adalah pada 26 & 27 Mei 2012 berserta 2 & 3 Jun 2012...uiksss banyak betul undangan pada tarikh tersebut, sampai kaktus dah pening..???????..Jauh-jauh belaka..So Kaktus dah buat keputusan untuk 26& 27 Mei tersebut Kaktus akan pergi ke Kuala Lipis, Pahang..Sahabat Kaktus masa Sekolah Teknik akan berkawin..Cik Nisa & En.Din yang akan melangsungkan tarikh tersebut, dan pada 2 & 3 June Kaktus akan ke Kelantan bagi meraikan majlis perkahwinan sahabat Kaktus  Cik Rini & En Apiz...Cik Rini ni adalah sahabat Kaktus masa sama-sama bekerja di Flextronics suatu ketika dulu..Untuk kawan-kawan yang lain Kaktus minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat menghadirkan diri untuk majlis korang...Untuk 2 kenduri sahabat ini perancangan telah dibuat maklum la perjalanan jauh 2..Untuk majlis Kaktus pun tak berapa lame lagi dah akan berlangsung..

P/s : Jadual sangat sibuk sekarang ni banyak benda yang nak dibuat..Perlu perancangan awal untuk setiap aktiviti..

RINDU PADA CIK EMBUN!!!!!!!!

Embun???? Ye memang Kaktus rindu sangat kat Cik Embun..Ehh..ehhh sapa plak Cik Embun ni???Cik Embun ni anak saudara Kaktus yang no 2 la..Yang pertama tentunya Cik Firzanah Hanikan, si gadis yang nakal, suka mengusik orang, banyak cakap & suka makan..
Eh nape Kaktus panggil Embun???memang namenye Embun..Sebenarnya nama timbangan Cik Nada yang bermaksud Embun..heheheh...Ok juga la kalau panggilan Embun kan..Dah barape kilo ye kamu sekarang ni..
Sekarang ni, Cik Embun tinggal dengan ayah dia kat melaka kerana mama Embun bekerja kat Kuantan..Sian Cik Embun, tinggal kat melaka dengan nenek , atuk, wan, mak sedara, & bapa sedara..Mama kamu duk jauh weekend dan kalau cuti panjang baru balik melaka jumpa kamu..
Mak Ngah rindu sangat kat Kamu Cik Embun oiiiii...Jarang jumpa kamu..Last masa mama kamu pergi kelas..Mama & Ayah kamu tinggal kamu dengan Mak Ngah...
Next week mama kamu ada kelas, tak tau la kamu ikut sekali ke tak????..Katenye kamu dah pandai pegang botol susu..Betul ke???





RAWATAN MINDA UNTUK PAKSU YIN!!!

Rawaran minda??????....mesti u ollsss taukan kalau ada terbaca entry Firzanah Hani,yang pasal rawatan Kak Raw kat Gedangsa..Untuk itu Paksu Firzanah Hani tak melepaskan peluang ni..Kali ini kebetulan Kaktus follow mereka ke sana so dapat la snap gambar Paksu Yin ni..Dah banyak kali juga la Paksu yin ni buat rawatan ni dengan Kak Raw, tak ingat la kaktus dah berape kali..Kaktus pun teringin gak nak buat rawatan ni tapi masih belum berkesempatan lagi..Masa tak mengizinkan lagi buat ketika ini...
Menurut kata Along (Mama Hani) yang pernah buat rawatan ni, memang terasa berdenyut-denyut kepala, semasa buat rawatan ni..ye la mane tak ye kepala kita dibalutkan..Kita yang tua pun tak selesakan...Patut la Firzanah Hani asyik menangis aje minta suruh buka balutan..Untuk Hani bukan setakat kepala aje berbalut kesuluruhan badan berbalut + kepala lagi la rasa tak selesa kan..Lagi lah rasa berdenyut-denyut seluruhnya..Tak pe Hani kamukan kuat..
Moh tengok gambar Pakssu Yin yang berbalut kepalanya oleh Kak Raw..
 



Isnin, 7 Mei 2012

KAD KAWEN KAKTUS & RAMA-RAMA DAH SIAP!!!!!!!


Sebenarnya dah lama dah kad kawen kaktus dah siap, tak silap Kaktus, minggu ke 3 bulan april dah siap..Staff utusan sehari call suruh collect card kat opiz diaorang, Kaktus ni memang tak mintak pos pun yela kang bertmabh lagi charge ye kan..So Kaktus nak ambil sendiri kat opiz mereka..Pe lagi, pegi ambil la...Lagipun bukan jauh pun nak g ambil dari opiz Kaktus.....Kaktus tempah kad kawen untuk 1000 keping dan bahagi 2 la dengan En. Rama-Rama..Tapi warga utusan sehari ni sangat la baik hati tak ada la dioarng bagi ngam-ngam 1000 keping pun, ada lebih dalam 100 keping lagi..Banyak gak lebih nye kan...Sampul surat aje yang tak cukup kalau nak pakai kena beli sampul surat lain la sebabnye sampul surat ngam-ngam ada 1000 keping...





Dan sekarang ini, Kaktus dalam proses mengumpul alamat-alamat sahabat-sahabat, rakan-rakan serta saudara mara untuk tujuan pengeposan...Mane-mane yang terdekat 2 Kaktus hantar by hand aje...Kalau u ollssss nak tau, untuk post kad kawen ni, pkai setem 0.60 sen tau (Mahal Seh)..Nasib baik Kaktus dah prepare setem ni awal-awal lagi..Sebelum  Kaktus & Rama-Rama bertunang lagi Kaktus dah beli..Saje beli awal-awal senang..Tak ada la time nak kawen baru nak beli semua benda...Terasa duit mengalir macam air tau...

Cuba u olllsss fikirkan ye..contoh : Setem RM 0.60 x 100 keping (nak pos kad kawen) = RM 60.00.. E2 kalau beli setem 100 keping la...Kalau 200 keping, 300 keping darab sendiri la ye....Setem saja tu dah sampai RM 60.00...Kalau beli awal-awal tak ada la terasa sangat duit tuu mengalir macam airkan.....
 Satu lagi kerja dah seatle tinggal masukkan kad dalam sampul dan pos kepada mereka-mereka / hantar...
boleh gak jemput pkai FB, tak pun call pakai tpon opiz...hehehehee...
 

PETUNJUK ARAH MAJLIS DAH SIAP!!!!!!!!

Lagi satu kerja untuk majlis nanti dah seatle, petunjuk arah, salah satu benda yang amat penting juga untuk majlis nanti..Kang tersesat plak sahabat-sahabat, rakan-rakan & saudara- mara nak ke majlis Kaktus nanti..Untuk En. Rama-Rama juga Kaktus dah siapkan sekali..Alang-alang buat sekali je  terus...copy and paste aje pun..tinggal tukar tarikh & tempat aje...Senang design sendiri je print kat opiz..Tak payah la nak tempah-tempah benda ni membazir aje...Last-last buang jugak...Silap-silap kena hujan habis basah...Kan membazir namenya 2..Tapi kalau u ooollssss memang dah berlebih-lebihan duit nye boleh kalau u ollllsss nak tempah petunjuk arah ni.....Tapi bagi Kaktus tak perlu kot...Design yang Kaktus buat simple aje..Tak payah pening-pening sangat la...Janji orang boleh nampak dari jauh cukup la...



Tinggal nak cari kayu untuk pacak & tali rafia untuk gantung petunjuk arah ni..Dua benda ni, giliran En. Rama-Rama yang seatlekan..Tak tau la progress sampai mane, tapi katenya En Rama-Rama dah seatle...Seatle satu kerja..Tinggal orang yang nak pacakkan aje petunjuk arah ni semasa majlis nanti...Siapa lah gerangan orangnye ye, time majlis nanti la kita pikirkan..Sape-sape pun boleh nak pacakkan..Janji petunjuk arah 2 menghala ke rumah pengantin sudah.....

FIRZANAH HANI DENGAN MAINAN LEGONYA

Arini banyak plak nak buat entry pasal Firzanah Hani...Kaktus dah lama nak cerita pasal Firzanah Hani ni arini baru berkesempatan...Kali ini nak cerita pasal mainan paling lama yang Firzanah Hani main..Kalau sebelum ini mainan dia memang tak tahan lama, kadanag-kadang taka tahan dari segi kebosanan dia..baru main 3 hari dah tak mau main dah..Terbiar aje mainan dia tu tak berusik-usik..Kadang-kadang baru beli pagi,malam dah hancur dipatahkan, dibaling-baling..Dah tak rupa mainan pun..
Kali ini Baba Firzanah beli juga mainan ni sebab bergaduh kat sekolah, berebut mainan dengan kawan kat sekolah...Kawan tengah main seronok-seronok dia rampas nak main juga katenya..so kesimpulannya baba dia belikan juga la mainan yang sama..Harap kali ni dia tak bosan dengan mainan ni..
So baba dia belikan la lego ini untuk dia..Alhamdullillah, satu-satunya mainan yang memang dia tak bosan..Balik aje dari nurseri terus cari lego ni dan suruh bukak mainan ni nak main...Punya seronok!!!!!..ini yang dia kejarkan...Sampai arini masih lagi tak bosan nak main mainan ni..Dan masih tak bosan buat sepah kat rumah & malas nak kemas balik

MAIN LEPAS BALIK DARI NURSERI
Masa Firzanah Hani tengah cantumkan lego-lego dan apabila sudah siap menjadi bangunan tinggi dia akan kate 'YES'..seronok sangat dia..Puas ati gamaknya menjadi..Kadang-kadang dia buat lori...




Punya la seronok dapat main lego ni..Harap-harap tak bosan nak main lego ni, macam mainan yang lain walaupun dia yang mintak suruh beli pada mulanya...Tengok la dah puas main dia akan sepahkan tanpa berkemas/simpan balik ke tempat asal..

PEACE LA FIRZANAH HANI



BUKU CACATAN KAWIN!!!!!!!!!

Untuk majlis nanti banyak betul benda yang perlu diseatlekan..Kaktus ni plak jenis yang kekadang 2 terlupa biasa la dah meningkat usia ni..Banyak juga hal-hal lain yang perlu difikirkan..Nak menyenangkan Kaktus dalam urusan ni, Kaktus siapkan sebuah buku untuk buat cacatan kat situ..Segala jenis barang nak dibeli, yang sudah dibeli kaktus tulis kat buku cacatan ni...Untuk memudahkan Kaktus juga..Boleh refer mane la tau kalau-kalau ada barang yang masih belum dibeli...
Selain tu, Kaktus juga siap simpan segala jenis resit-resit yang Kaktus dah beli untuk majlis nanti..Senang boleh rujuk balik dikala memerlukan..Selain tu boleh juga tengok balik berapa modal yang kita dah laburkan...
Kalau kemane-mane memang Kaktus bawa je buku ni..Tetiba ternampak barang yang nak beli untuk kawin leh catat dulu, kira budget dulu, layak tak nak beli..Untuk setakat ni sangat-sangat bermanafaat la buku ini..Kalau hilang buku ni mau nangis Kaktus..Segalanya untuk majlis ada di dalam buku...Dah siap tulis ape yang masih tak seatle, dan yang dah seatle...Buku ini dapat free..daripada dibiarkan kosong kita conteng la kat dalam nikan...

BUKU CACATAN MAJLIS

SEGALA JENIS RESIT MASUKAN

BUAT CACATAN, SENANG NAK PERGI BELI TAK MEMBAZIR
Buku ni juga Kaktus nak tunjukkan pada generasi akan datang (kalau dipanjangkan usia), susah gak nak kawen kan..Macam-macam nak kena seatle..Dari sekecik-kecik punya hal,hingga sebesar-besar punya hal..Kalau tak buat macam ni takut budget yang kita peruntukan untuk majlis nanti lari tersasar jauh..Kena la buat klira-kira jugak kan...Nak tulis alamat kawan-kawan pun kat sini...Banyak gunanya buku ni...Besar jasanya buku ini pada diri KAKTUS & EN RAMA-RAMA..

Ahad, 6 Mei 2012

FIRZANAH HANI DAN BANDAGENYE!!!!!! (RAWATAN KAK RAW)

Firzanah Hani bersama Rawatan Kak Raw....Mesti korang nak tengokkan rupe Firzanah Hani apabila sudah dibalut oleh Kak Raw...Ape rupenye???Masih boleh tersenyum lagi ke???Atau terus menangis aje...Moh kite tengok si kecil Hani ini..

Biasa lepas balut kena berdiri kat sini dulu.. Pe lagi menangis la

Puas kena pujuk tangisan dah reda sikit

Dah berhenti menangis..Tunjuk Give me 5
Tangisan ini akan berhenti ksekejap aje..Selagi tak dibuka balutan tersebut akan menangis la tanpa henti..Untuk balutan kali ini Kaktus ingat kejap aje dah terbuka..Menangis-nangis tanpa henti..Balut pukul 11.00 pagi pukul 1.30 tengahari dah terbuka..punya la kejap alasan paling kuat dia terberak...So terpaksa la buka balutan ini..Muka happy je dah buka..heeheehe..
pas 2 pergi makan KFC kat Tanjung Malim...Mata pun bengkak sebab banyak sangat nangis..

Balutan dah terbuka

 

Sabtu, 5 Mei 2012

PENGAPIT & BAJU PENGAPIT UNTUK MAJLIS

Untuk majlis nanti Kaktus dah pilih calon pengapit untuk Kaktus..Pilih sahabat-sahabat terdekat aje la..Kaktus pilih Cik Khairul Shazrina..Masa bagitau beliau, tak nak juga dia pada mulanya..Macam-macam la bagi alasan kat Kaktus ni.(Tak kesian kat Kaktus ke Cik Shazrina oiiiiii) Akhirnya beliau bersetuju..Terima Kasih sangat-sangat....Kaktus tau sahabat-sahabat Kaktus memang semuanya baik hati belaka....Ada aje ketika Kaktus memerlukan..Susah sangat nak tolak permintaan Kaktus ni....
So dah setujukan leh la cari baju pengapit ni???Destinasi adalah di Shah Alam..Cari masa time hari wesak 5/5/2012 baru ni kebetulan cuti deal ngan Shazrina...Kebetulan  sahabat Kaktus yang seorang lagi ni cuti ajak sekali la join kitaorg cari baju pengapit..Lagi ramai meneman lagi bagus...Beliau kerja shift kebetulan dia cutikan boleh la hang out sesama lame dah tak hang out lame-lame macam dulu-dulu (Rindu masa zaman dulu-dulu)...Rupanya Puan Aina pun ada bersama, Chot dari rumah Pn Aina di Subang...Aina dan Chot temankan Kaktus cari baju pengapit bersama Cik Shazrina, bukan ape leh bagi pendapat dan pilihan yang bernas..Yela menggunakan 4 kepala punya idea kan..Mesti la hasil yang terrrrrbaikkan..
Terima Kasih sangat kat sahabat-sahabat Kaktus ni..Sanggup korang dari PKNS ke SACC MALL pas2 ke PLAZA ALAM CENTRAL pas2 ke PKNS pas 2 ke SACC MALL semula semata-mata mencari baju pengapit untuk majlis Kaktus nanti..Thanks sangat-sangat korang...Akhirnya dapat la baju pengapit ni colour grey untuk Cik Shazrina & untuk pengapit lelaki, kawan En. rama-rama....
Kesian korang mesti penatkan..mesti lama dah tak berjalan macam nikan...Mesti kaki korang rasa sengal-sengal dan sakit-sakitkan...Kaktus terpaksa susahkan korang, Sory yeeee korang bertiga...
SAHABAT KAKTUS YANG TEMAN MENCARI
BAJU WARNA KELABU
Dari tengahari sampai ke malam mencari baju pengapit (yang penting murah & cantik)...Malam 2 tido uma Pn.Aina kat Subang..First time Kaktus sampai rumah Pn. Aina ni...Kami berempat lagi disitu..Dapat Kaktus menghabiskan masa bersama-sama sahabat-sahabat Kaktus ni..Macam-macam borak, macam-macam cerita..Seronok sangat lama dah tak macam ni..Next week nak jumpa sahabat Kaktus tambah lagi 3 orang kat rumah Pn Salmah kat Tasik Biru..
Sahabat-sabahat Kaktus ni, kami berkenalan semasa kami sama-sama belaja di Politeknik Kuantan, maksudnya sudah 10 tahun kami berkenalan...Banyak kisah suka & duka bersama...

*******CHOT, SAL, INA,AINA, AS, ELY*******