Khamis, 26 Januari 2012

BAUCAR BUKU RM200 PELAJAR IPTA/IPTS

Tahun 2012 kecok pasal baucar buku RM200 untuk pelajar IPTS/IPTA..Mulanya Kaktus pun malas nak mengomen sangat pasal benda ni...Tapi bila dah masuk TB (masuk berita) terasa plak hati ni nak mengomen..Boleh pulak student ni jual baucar RM 200 yang deme dapat jual kat internet...Konon-konon nak p tukar kat bank-bank...Aiiiii pelik la, deme-deme ni...Bagi duit suh beli buku-buku peralatan sekolah lain dibuatnya...Tak bersyukur la tuu namanya....
Time Kaktus study dulu-dulu mane penah dapat benda-benda ni semua..Nak duit lebih kena la keje partime...Buku-buku siap pinjam lagi dari senior-senior..Kalau senior tu sudi nak bersedekah untung la jadi hak milik, kalau tak kira kategori pinjam je la jawabnya..Habis semester pulang kan la balik hak-hak diaorang 2...

BAUCAR ADA 4 KEPING BERHARGA RM 50.00

Bagi yang belum lagi mendapatkan baucar RM 200 dan merupakan pelajar IPTA/IPTS sedikit ada info untuk u olllsssss:

Cara permohonan pekeliling baucar buku RM200 bagi semua pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia termasuklah tingkatan 6 dan matrikulasi. Ini pastinya merupakan berita yang gembira kepada anda semua.
Syarat Permohonan Baucar Buku RM200
  • Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara
Tarikh dan lokasi tuntutan Baucar
  • Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan
Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.

P/s : masih ada juga pelajar yang menjual baucar tersebut tanpa rasa segan silu...sure tahun depan tak dapat lagi dah peluang macam ni...(nak pilihanraya ni kot..hehhehheeh).....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan