Selasa, 25 Disember 2012

RaHsia SuNnAh NABi meNyimPan JanGGUT!!!!!!!!!!!!!

Rahsia sunnah nabi menyimpan janggut terbongkar kini. Galakan menyimpan janggut telah diketahui rahsia dan hikmahnya. Dan ia telah dibuktikan dengan bukti penemuan sains.
Menurut kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul “The Amazing Fact of Human body”, janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang boleh membantu kesuburan wanita. Ia boleh menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana hal ini boleh terjadi? Ianya boleh berlaku hanya melalui sentuhan. Isteri yang banyak menyentuh janggut suaminya ada peluang untuk meningkatkan lagi kesuburannya. Dan ini sekaligus akan dapat membantu pasangan untuk mendapatkan anak.
Rencana ini menurut Dr Jamnul Azhar telah diulang tayang oleh rancangan National Geographic. Inilah bukti ataupun rahsia sunnah nabi menyimpan janggut dan mengapa ia digalakkan kepada kita untuk mengikutinya.
Subhanallah!. Jadi kepada pasangan yang belum dikurniakan zuriat boleh mencuba cara ini. Ini adalah salah satu cara dan usaha untuk dapatkan zuriat juga.
Sarankan kepada suami untuk menyimpan janggut. Isteri bolehlah selalu membelai janggut suaminya. Disamping ianya adalah usaha untuk membantu kesuburan isteri dengan tujuan mendapatkan zuriat, ia juga akan menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Dan yang paling penting si suami akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah nabi kita Muhammad S.A.W. Dan rahsia sunnah nabi menyimpan janggut ini telah pun dibuktikan oleh sains akan hikmahnya. 

Marilah sama-sama kita berpesan-pesan...Untuk kebaikan bersama.





En Rama-Rama dah mula simpan janggut..Sekadar hiasan..
 


2 ulasan:

  1. Lucky Club Casino Site » The Most Popular Games in the
    Lucky Club is a game in which players take the opportunity to win more prizes than any other casino. To win 카지노사이트luckclub real money playing online casino games,

    BalasPadam