Ahad, 23 Disember 2012

AmALan Untuk IBU HaMIL & KEhiduPAn HaRiaN!!!!!!!!!!!

Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
 8 SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNG

1) Surah Al-Fatihah  & Ayat Kursi 

(untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan)
2) Seluruh Surah Yaasin 
(untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
3) Seluruh Surah Yusof 
(untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlak)
4) Seluruh Surah Luqman 
(utk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa)
5) Seluruh Surah Maryam 
(untuk mudah ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat)
6) Seluruh Surah At -Taubah 
(untuk membersih jiwa dan terpelihara dari maksiat)
7) Seluruh Surah Hujurat 
( untuk memperbanyakan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
8) Surah An-Nahl ayat 78 
(Untuk melahirkan anak yang berdisplin)


Selain itu, amalan yang baik ketika hamil :
Ibnu sunni meriwayatkan : 
Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87}  
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Banyakkan berzikir & sentiasa mengingatiNYA

1) Jumaat => ِيَا اللهُ
Setiap kali menyebutnya, Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya.



2) Sabtu => لا اِلَهَ اِلا اللَّه
Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita & Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.



3) Ahad => يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
Setiap kali menyebutnya, kita akan memperoleh harta yang banyak & membawa berkat, serta ingin dicintai oleh setiap manusia.


4) Isnin => لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ
Setiap satu kali bacaan Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud


5) Selasa => اللهُّمَّ صَلَى عَبْدِكَ ورسولك

وَنَّبِيِّكَ الا مِيْنَ

وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

Setiap kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun yang kita lakukan.


6) Rabu => اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمِ
Setiap satu kali bacaan Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati kita.


7) Khamis => ِسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم
Setiap satu kali bacaan Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan & Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga. 


Amalan ini sesuai untuk sesiapa sahaja ..Peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa tidak lupa kepadaNYA & senantiasa mengingatiNYA walau dimana berada..
 

5 ulasan:

  1. o..tq kaktus...btw..xsbr nk tggu anak i lahir..haha

    BalasPadam
  2. anak u?????cepat2 naik pelamin u??? i lagi tak sabau tunggu u naik pelamin tau...

    BalasPadam
  3. anak angkat//hahah//// tiba2 jd anak angkat.. come to mummie !

    BalasPadam
  4. hehehe..mummy yeeeeee...hai mummy?????

    BalasPadam