Jumaat, 20 April 2012

FIRZaNah HaNI VS Kak RaW (GeDanGsa)

Weekend ini teman Cik Firzanah Hani buat rawatan kat Gedangsa..Dah lama tak teman dia..Minggu ini baba Hani keje malam so temankan Along & Hani kesana..Dah lama sebenarnya nak tulis entry pasal benda ni, "Rawatan Hani bersama Kak Raw"..
So gerak ke Felda Gedangsa lepas kerja hari  jumaat, tak nak lewat-lewat kerana kami bertiga perempuan bahaya malam-malam tau....Kebetulan ari ni hujan sangat lebat..Gerak dari Bangi ke Gedangsa...Kenapa nak pergi malam-malam pulak????..Sebenarnya untuk rawatan kali ini Hani kena mandi malam..Salah satu proses rawatan adalah 'Mandi air tanah pada sebelah malam' Bermula jam 12.00 malam untuk mandi...

Sebenarnya dah lama Hani berulang-alik kesana membuat rawatan bersama Kak Raw..Kalau tidak silap Kaktus bermula awal tahun 2012..Selepas membaca buku   "KEMBARA ATIF WAZIF" yang kaktus beli...Perkembangan Hani juga sangat-sangat memberangsangkan...Berulang-alik tanpa henti setiap minggu kesana membuat rawatan..Cuma miss pada minggu pertunangan kaktus bersama-sama En rama-rama dan semasa ada Program PDK di Hyatt Hotel Kuantan (Program Terapi Jepun) So untuk setakat ini hanya 2 minggu saja yang tak pergi...Hani....Mama & Baba sayang sangat kat Kamu tau...Apa sahaja dilakukan untuk mu...

Proses rawatan yang sudah Hani jalani:
1) Balut badan & kepala (balut pakai bandage putih)-Kak Raw lakukan
2)Mandi air daun pandan setiap pagi-untuk sejukkan badan kata Kak Raw, badan Hani panas...Daun padan kena rebus dulu dan mandikan setiap pagi..Pengiraan daun ada(untuk berapa helai) tapi kaktus dah lupa padahal kaktus yang mandikan Hani 2...
3) Tarik tulang (Balut pakai bandage coklat)- kak Raw lakukan..Nak betulkan tulang hani yang dah senget...
4) Mandi air tanah sebelah malam di rumah Kak Raw..Tanah diambil di tempat uri Hani ditanam ambil 7 genggam tanah..Mandi bersama air masjid (air kolah tau)..Untuk hani, Baba & Mama Hani ambil air Masjid di Sungai Chincin, Gombak..Kak Raw yang suggestkan ambil air disitu...Elok sangat untuk buat rawatan air masjid disitu..Hani kena mandi sebanyak 12 kali...Minggu ini yang ke 10 & yang ke 11 kali..
5)Madu(sudah siap didoakan oleh Kak Raw) & Daun Mengkudu (Mama Hani yang buat)..untuk Rawatan Pertuturan Hani, yang cakap suka pelat 2...Mama hani lakukan setiap pagi (selepas bangun tido) dan malam(sebelum nak tido)...
6) Balut kepala dengan bandage putih (rawatan minda)-pada sebelah malam..Kak Raw yang lakukan..Biasanya selepas mandi air tanah..
7)Kain Hijau-Sehelai kain hijau dipotong pada 25 helai..potong petak..untuk rawatan pertuturan Hani..Kak Raw akan masukkan kedalam mulut Hani dan tekan langit-langit..

Banyak lagi proses rawatan untuk Hani, Setiap kali balut Kak Raw akan sapu dulu dengan cream nivea,kadang-kadang Kak Raw sapukan jua vicks...Balutan yang dibalut, perlu sehingga 6 jam dibalut baru la boleh dibuka..Tapi kalau Firzanah Hani la tak sampai 6 jam dah menangis-menangis, mengamuk -ngamuk suruh bukak..dan apabila mama hani tak sampai akan terbuka la balutan tersebut walaupun tak sampai masanya lagi...
Untuk Hani, rawatan mata masih lagi belum dilakukan...Belum sampai lagi proses tersebut....

Sekarang ni Hani dah pandai berjalan..Pertuturan pun dah semakin ok...Kamukan anak yang 'cerdik dan seronok/suka'..Makna nama kamu kan FIRZANAH HANI...

Pagi ni mama Hani bawa Hani pergi buat terapi kat Hospital Serdang pulak..
Sungguh pack jadual untuk kamu,Hani..Check up di HKL (check mata & laser treatment for skin), Terapi Hospital Serdang, PDK Taman Seri Jelok Kajang,Rawatan Alternatif bersama Kak Raw Gedangsa, Swimming di Danau UKM, Rawatan Alternatif Akupuntur di Bukit Jalil...Macam-macam untuk kamu, dan segalanya untuk kamu..Moga kamu cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi seperti dulu...Tahun hadapan dah start sekolah, umur kamu dah 5 tahun tau..

6 ulasan:

  1. beb. rawatan tarik tulang tu aku boleh buat x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rawatan Kak Raw ini untuk budak bawah 4 tahun..Kamu bawah 4 tahun tahun ke????kalau minda adala org tua..Tapi kena datang malam dan ada harinya...

      Padam
  2. salam nk tnya...anak saya 7 tahun sindrom down dan pertuturan tidak jelas...boleh ke saya membuat rawatan pertuturan dengan kak raw...

    BalasPadam
  3. salam saya nk tanya ank saya mengalami masalh lmbt dalam pembelajaran selalu apa yang dipelajari sering tidak faham dari guru
    anak berumur 11 tahun 9 tahun dan 8 tahun

    BalasPadam