Khamis, 29 Disember 2011

TrAGeDI LaLu

Apabila sampai hujung tahun je...terus ingatan ni teringat kisah berlaku tahun 2009..Tarikh 27/12/2009..Memang tragis dan tragedi...Bersyukur kepada NYA kerana aku masih lagi bernafas sehingga ke arini...Masih bernyawa dan masih seperti manusia normal yang lain...Aku bersyukur kepada MU  YA ALLAH kerana masih memanjangkan usia...

Tragedi ni berlaku ketika aku bersama 4 rakan karib ku kembali pulang ke ibukota selepas meraikan majlis perkahwinan  2 org rakan karib  kami di utara.....Di Lebuhraya Utara -Selatan la tragedi ni berlaku...Dan meninggalkan kesan sehingga ke arini...

Pada mulanya mmg terasa berat ati ini untuk kesana, serasa macam ada sesuatu(biasa la perjalanan jauh mesti rasa risaukan)....tetapi untuk tidak menghampakan rakan karib kami, dan terasa ingin meraikan majlis rakan suka dan duka, kami bergerak kesana pada 24hb malam dari ibukota bergerak ke Utara...Menaiki sebuah kereta sahaja..Cukup kami berempat...Aku(co-pilot), Ina(Driver),Chot(mem kecik), dan As(mem besar)..Perjalanan disebelah malam agak lenggang..dan sampai ke utara hampir subuh di Sg Korok, Kedah rumah Ina..Mmmmm nyaman suasana sawah padi disekeliling rumah....Disambut baik oleh ahli keluarga Ina disana...


Paling tak disangka kakak Ina sudah siapkan 'LAKSA' untuk kami..Mula-mula hanya kami bergurau saja teringin nak makan laksa utara...rupa-rupanya mmg betul sudah tersedia diatas meja...Pada sebelah pagi, Ina sudah bersedia untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar Perlis dan Kedah..Sempat pergi ke 'GUA KELAM', EMPANGAN TIMAH TASOH', HUTAN LIPUR BUKIT AYER,PADANG BESAR, KUALA KEDAH...

Keesokannya pada 26/12/2009 kami akan meraikan majlis perkahwinan Sahabat kami..NUR ELYANA dengan pasangan MOHD NADZIM bertempat di rumah pengantin perempuan..sahabat kami Ely di Alor Star...SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ELY DAN NADZIM...Masa ni jumpa la member lama kami masa belajar dulu Pakku bersama isteri dan anaknya...Arini kami tak sempat untuk kerumah Sal kerana kekangan masa..Ely dan Sal ni kawin sama tarikh la pulak..So untuk Majlis Sal kami pergi untuk sebelah laki ke rumah Aswan di Sg petani pada esok arinya 27/12/2009

Selesai majlis kami pun pulang ke sg korok kampung Ina..Semasa perjalanan pulang sempat singgah di bandar Alor Star..Dapat la NAIK MENARA ALOR SETAR...

Pada pagi  27/12/2009 bergerak kerumah Aswan di Sg Petani untuk meraikan majlis perkahwinan SALMAH dan pasangannya SYAHRULASWAN...SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SAL DAN ASWAN


Selepas majlis selesai, lebih kurang pukul 4ptg kami bergerak balik ke ibukota..Kami berhenti rehat dihentian rehat dan rawat untuk berjumpa sahabat lama kami juga masa belaja di kuantan dlu..dan sempat la bersalin baju di R& R tersebut...Dapat la berjumpa dengan Elyani...Member sorang ni bekerja kat Penang time ni...Dah semakin tembun dah Elyani time ni, time belaja dulu lain bebeno rasanya...Maklum la lama tak berjumpa...


Perjalanan diteruskan untuk ke ibukota...Mmg jalan agak jam pada ari2..Agaknya ramai yang nak balik ke ibukota selepas bercuti lama dan mugkin ada yang meraikan majlis perkahwinan macam kami, dan mugkin ada yang pergi bercuti....Kami terasa seronok sangat maklum la jarang jumpa, kali ini lama rasanya dapat bersama...Duk lama-lama dalam kereta..Macam2 topik la kami bercerita...Selepas satu, satu topik dibualkan..kekadang terasa bosan kami bernyanyi bersama, maklum jauh gak dari utara nak sampai ke KL di tambah pula ada ketika nya jam...

Behenti R & R Tapah untuk melepaskan kebosanan duduk didalam kereta..Kesian gak kat Ina ni memandu sorang-sorang..Bukan yang lain x pandai memandu cuma Ina kata dia masih ok lagi..x da masalah(Jiwa kental beb!!!)...Sempat la pegi membuang air kecil, punya la ramai umat...So tak lama kami kat situ rasa x tenang pulak bile dah ramai2 ni...Kami meneruskan perjalanan, Pada ketika ini laluan lenggang dan tidak jam lagi mayb ramai yang sudah behenti rehat di Tapah....sehingga sampai di satu persimpangan ,BEHRANG  sebuah superbike hilang kawalan terus melanggar kami dari belakang..Kereta yang dipandu oleh Ina yang berada di tgh jalan telah tersasar ke sebelah kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan dan sebuah kereta toyota corolla dari arah belakang terus ke pembahagi jalan yang sama...Kedua-dua kereta sudah tersepit di pembahagi jalan dan superbike tersebut tersasar berada di sebelah kiri jalan...

Pada ketika ini punya, cemas aku sempat, aku sedar ape situsai yang berlaku..aku sangat2 sedar..Aku menyebut YA ALLAH beberapa kali ketika kereta tersebut hilang kawalan...bagaimana keadaan sahabat-sahabat aku...Apabila kereta berhenti aku nampak asap sudah keluar dari depan di sebelah enjin kereta...betul-betul dihadapan aku...Cepat-cepat aku keluar menyelamatkan diri melari keluar dari kereta dan aku terduduk ditepi jalan..dalam sekelip mata kejadian ini berlaku...MasyaALLAH....Tetiba-tetiba nafas aku sesak..aku rasa tidak lagi boleh bernafas...aku da asthma....Pe pun aku tidak dapat bantu kawan-kawan ku yang lain...Ina,As,Chot kamu dimana????????

Chot masih di dalam kereta..kakinya tidak boleh bergerak lagi..mujur la ada hamba ALLAH yang sudi membantu kami  mengeluarkan chot dari tempat duduk belakang...rupanya dia sudah berada dibawah seat aku..Ina macam mane keadaan dia..Ina mengalami kecederaan ringa, tetapi banyak luka2 kecil pada leher,tangan dan kaki...Dada Ina pun terasa sakit mungkian akibat hentakan dari stereng kereta...Ina masih boleh berjalan,,,As alhamdulliah masih boleh bergerak kesana kemari..Ketika kejadiaan ini As tengah tdo dan tidak tau ape2 berlaku...Banyak yang As lakukan untuk kami kerana dia yang dapat bergerak..tiada luka-luka ketara pada fizikal As..Rupa-rupanya banyak lembab pada kaki dia,,,

Agak lama juga aku terbaring diatas jalan di tengah-tengah lebuhraya tersebut...Aku dan Chot dikejarkan ke Klinik Kesihatan terdekat dengan menaiki ambulans...Setelah melalui beberapa rawatan kami dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.....


Chot terpaksa ditahan di hospital kerana kaki beliau mengalami kecederaan teruk dan memerlukan rawatan rapi(kaki chot patah)..Ya Allah chot..Tabahnya kamu....Kami bertiga pulang ke ibukota diambil oleh family masing-masing....Antara gambar-gambar rupa kereta yang kami naiki semasa kejadian tersebut..





Chot telah dipindahkan ke hospital Sg buloh, agak lambat proses disana dan agak jauh bagi family Chot nak kesana..., Kami berempat sepakat memindahkan belian ke HKL untuk buat rawatann disana..Alhamdulillah operation berjaya...Lama juga la chot MC tidak bekerja....Sungguh kuat dan tabah hatimu chot..aku tau kamu merasa kesakitan e2....
Alhamdulillah chot sudah dapat berjalan semua...Tetapi kekadang ada terasa kesakitan bekas dari accident tersebut....
Untuk Ina kereta belian sudah 'TOTAL LOST' teruk kerosakan yang dialami...Kesian kamu Ina..Ya Allah KAU berikan kami kekuatan melalui ari2 tersebut...Tapi kita masih sama-sama berempat mengharungi suka dan duka...Kisah ini pun dah 2 tahun berlalu Ina pun dah pakai kereta lain...
Selepas kejadian e2 aku trauma untuk memandu kereta, mmg hampir 2 minggu aku tidak memandu kereta..Aku mendapat rawatan di Darussyifa Bangi berjumpa Ustaz Haron Din..Alhamdullillah atas doa Ustaz Haron dan keredhaan Allah  aku kembali memandu semula....Mmg agak susah la bagi aku sekiranya tidak memandu, macam mane nak pegi kerja...Sehingga kekadang ati aku bila berada di dalam tetiba akan merasa cuak apabila teringat dan terkenang peritiwa e2....


Bersyukur ke hadrat illahi kami semua selamat dalam tragedi tersebut..Syukur!!!!!

TUHAN SESUNGGUHANYA ENGKAU BANYAK MENGAJAR KAMI ERTI SABAR,KUAT SEMANGAT,MENGHARGAI,BERSAHABAT, KASIH SAYANG..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan