Khamis, 22 Mac 2012

KiDzaNIa KuaLA LumPur BanDar Mini untuk KAnak-kaNaK

KidZania..Mesti ramai yang tak pernah dengarkan..Kalau dah pernah dengar tu k la...Tempat ni merupakan TAMAN TEMA KHAS UNTUK KANAK-KANAK bagi kanak-kanak mengalami pengalaman menjadi orang dewasa tanpa bergantung kepada ibu bapa.Terdapat 90 pekerjaan untuk kanak-kanak disini (kanak-kanak boleh bekerja tau ) YESSS  Memang sangat-sangat menarik..Lokasi adalah di Malaysia KUALA LUMPUR terletak di CURVE NX MUTIARA DAMANSARA..Telah mula dibuka pada 28 FEb 2012 yang lalu...Tak jauh pun kan bagi yang duduk disekitar Selangor dan KL..Kidzania ini berasal dari Mexico, dan kini mempunyai 6 cawangan...

Kidzania ini menyasarkan  kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 14 tahun untuk memilih pekerjaan mereka sendiri samaada untuk menjadi doktor bedah, juruterbang, pelakon, pelukis,ahli bomba dan pelbagai lagi pekerjaan orang dewasa..Terdapat 90 pekerjaan yang boleh dipilih oleh kanak-kanak ini dari 60 syarikat..Kita orang dewasa ni pun sangat-sangat excitedkan nak pergi..

Disini juga terdapat mata wang sendiri dinamakan KidZos..Kanak-kanak akan dibayar gaji diatas setiap perkhidmatan yang mereka lakukan...Setiap 1 pekerjaan akan dibayar dengan mata wang kidZos..Wang tersebut boleh disimpan di dalam ATM (memang betul-betul seperti menjadi orang dewasa)...Wang tersebut boleh digunakan untuk membeli belah didalam bandar KidZania..Wang tersebut hanya sah laku di bandar Kidzania sahaja je tauuuu...

Kidzania dibuka dari Hari isnin hingga jumaat bermula 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.untuk cuti sekolah, hujung minggu dan cuti umum terdapat 2 sesi  10.00 pagi hingga 3.00petang dan 4.00petang hingga 9.00malam.

Yuran masuk adalah

1) Kanak-kanak kecil (3 tahun kebawah) - RM 35.00 (MayKad & bukan MayKad)
2) Kanak-kanak (4-14 tahun) -RM 55.00 (MyKad) / RM 75.00 (bukan MayKad)
3) Org Dewasa RM35.00 (MyKad ) / RM 55.00 (bukan MayKad)
4) Warga Emas RM 30.00 (MayKad & bukan MayKad)

Untuk masuk kebandar Kid Zania ini, orang dewasa perlu ditemani kanak-kanak..Biasanya kanak-kanak tidak boleh masuk sesuatu Taman Tema sekiranya tidak ditemani ibu bapa tetapi di bandar Kidzania ibu bapa tidak boleh masuk tanpa ditemani kanak-kanak..hehehehehe

Oleh itu dari kita membazir duit membawa anak-anak ke taman tema lain boleh la membawa kanak-kanak kesini..Anak-anak boleh bermain sambil belaja mengenai kehidupan dan dapat merasai menjadi dewasa...Mereka dapat belajar cara mendapatkan duit,membeanjakan duit,menyimpan duit dan menimba pengalaman bekerja dalam bidang yang mereka suka..

Untuk maklumat lanjut boleh layari di  KIDZANIA atau menghubungi mereka di 1300 88 kids (5439) 9.00 pagi hingga 8.00malam isnin hingga ahad..

ADIK_ADIK NAK JADI PE??????


NAK JADI DOKTOR GIGI


 

Untuk lain gambar yang menarik boleh la ke KIDZANIA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan