Sabtu, 31 Mac 2012

GM KLANG TEMPAT SHOPING UNTUK ANAK?????

Baru-baru Kaktus berkesempatan pergi ke GM KLANG, tujuan utama saje je nak cuci mata dan mencari barang-barang yang sesuai dibeli untuk majlis..En. Rama-Rama yang membawa kesini..Kawasan biasa baginya..Kerja pun area sinikan...Kaktus memang tak tau pun tempat ni cuma ada search internet dan teringin jugak nak pergi kesini, nak tengok dengan mata sendiri apa yang ada kat situ sebenarnya..Bagi yang tak tau macam Kaktus ada map untuk pandu arah korang kesana..Lokasi adalah berdekatan dengan Jusco Bukit Tinggi Klang..


First sampai memang teruja, agak besar jugak la...Cuma setingkat je..Tak perlu nak naik tangga atau lift...Sangat la ramai orang berkunjung mayb ari cuti kot arini..Tengok la park kereta 2 ramaikan.. Kedai kat sini memang sangat-sangat banyak..



Sebelum mencari dan berjalan (kang penat pulak, besarkan tempat ni), makan la dulu...Sebelum masuk ke GM ni banyak kedai makanan untuk dimakan, macam-macam ada, boleh la nak makan-makan dulu kenyangkan perut..
Selepas makan kami pun masuk la ke dalam..Memang banyak kedai-kedai, ada KEDAI AKSESORI, (cekak rambut,getah rambut, gelang tangan ,cincin tangan dll), KEDAI BAJU KURUNG & KAIN PASANG, KEDAI TUDUNG, KEDAI BAJU , KEDAI KARPET, KEDAI JAM TANGAN , KEDAI BEG TANGAN/PURSE, KEDAI AKSESORI WANITA, KEDAI BARANG PERMAINAN, KEDAI BAJU KANAK-KANAK, KEDAI KASUT, KEDAI MANIK-MANIK,KEDAI GAGDET dan banyak lagi.

Kat sini kena membeli dengan harga borong baru berbaloi, Paling best kalau bawak anak-anak kerana banyak baju untuk kanak-kanak dan baby yang sangat-sangat cantik dan comel, branded lagi 2..ZARA,BURBERRY,OSHKOSH, PAUL & SHARK, LEVIS, GUCCI,GAP, GUESS,LOCASTE, POLO, dan banyak lagi..Harga pun bebaloi-baloi...Anak-anak mesti seronok datang kesini...nak beli dress, nak beli kemeja T, nak beli jeans, nak beli t-shirt, nak beli pyjamas, nak beli log slevee T, nak beli kasut, nak beli topi dan macam-macam lagi boleh dicari dan banyak pilihan untuk anak-anak anda..Harga amat-amat sesuai, harga borongkan...Ala-ala uptown gitu tapi kat sini sebelah siang sahaja bukak,malam tak bukak...kedai di sini lagi banyak dari kat uptown, Mayb orang yang jual kat uptown pun ambil dari sini...

Rasanya kalau datang kesini sure mesti ada yang membeli untuk dibawa pulang untuk anak-anak anda, tak pun akan ada yang rambang mata tak tau nak beli yang mana satu untuk anda kerana terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik dan comel-comel untuk si kecil...



5 ulasan:

  1. untuk anak tekak aku ade tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak tekak pun ada, ada tempat mentah kedarah la ko kat situ..don't worry...

      Padam
  2. Balasan
    1. anak sedara pun bole???tak pun beranak la cepat-cepat...

      Padam
  3. Cekak,getah rambut tingkat brapa?

    BalasPadam