Rabu, 14 Mac 2012

PUBLIC HOLIDAY LAGIIIIIIIIII........

Warga TM sekalian,

Adalah sedia maklum,  Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Tuanku Almu’tasimu Billalhi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV pada 12 Disember 2011 yang lalu.
Bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Sidek Hassan telah mengisytiharkan 11 April 2012 sebagai Cuti Umum.
TM sebagai syarikat korporat  yang prihatin,  akan bersama-sama meraikan upacara gemilang ini dengan mengisytiharkan 11 April 2012 sebagai cuti umum.
Oleh yang demikian, anggota dinasihatkan untuk merancang jadual sebaik-baiknya agar sebarang urusan yang melibatkan pelanggan tidak terganggu kerana fokus tahun 2012 ialah pengalaman pelanggan.
Teruskan ”Service with heart”.

Sekian. Terima kasih.
GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT

YANG di-PERTUAN AGONG XIV


Dapat e-mail ini manyak syok oooo....Nampak gayanya bermula dari hari ini dapat la kite cuti PUBLIC HOLIDAY sehari dalam bulan 4 yang sebelum ini memag tiada cuti public holiday langsung dalam bulan 4 melainkan cuti sabtu dan ahad...YAhhhhhhhooooo  cuti manyak syok la...
Untuk tahun 2012 cuti ini jatuh pada hari Rabu...So kalau nak bercuti lama boleh la tambah cuti lagi..boleh pilih nak 2 hari sebelum or 2 hari selepas...
Kalau rasa tak nak cuti lebih, cuti sehari pun ok..boleh la melepak santai di rumah merehatkan minda bersama-sama keluarga...
Kat atas tu adalah gambar  YANG di-PERTUAN AGONG XIV...Sesapa yang masih tak kenal boleh tenung lama-lama yeeee....

11 April 2012 istihar cuti PUBLIC HOLIDAY...
YAHOOOOOOO>....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan