Jumaat, 2 Mac 2012

APRESIASI BUMIKU..KUALA TAHAN PAHANG

BUMIKU.....Mestilah yang green2 saje...hehehehe..Mmg teruja nak pergi ke Taman Negara ni..Al-maklum la seriously nama je org Pahang tapi  tak penah jejah langsung kat Taman Negara ni (kesiankan)...Lokasi Jerantut Pahang...

Apabila dapat call dari memb aku (Chot)  ada program kesini terus setuju...3 hari 2 malam..Aktivitinya mmg pack..Bayaran RM 250.00 sorang..Rasanya berbaloi dah 2...Siap makan, penginapan dan semua aktiviti yang dijalankan....Dari 2 MAC
2012 hingga 4 MAC 2012
Hari Khamis malam siap-siap gerak ke rumah chot di Putrajaya..Tido uma chot supaya esok pagi senang nak gerak ke Wisma TM kat Shah Alam (tempat berkumpul)...Pepagi 2 sebelum bertolak sempat pergi Klinik amik bekalan ubat..Sebenarnya diri ni bukan sihat sangat tapi ati dan perasaan ini nak pergi gak kesana tak pernah jejak kot.....So sempat la kena bebel ngan doktor kat Klinik 2..Yang penting sedut oksigen dulu kat klinik..Seatle terus gerak ke Wisma TM Shah Alam.

Dalam Bas mmg keje tdo jela, badan tak sihatkan..Ini la sahabat karib yang ajak join aktiviti ini....

CHOT SAHABAT YANG MENEMAN

First day, gerak dari Shah Alam ke Jerantut...Singgah Bandar Jerantut pekena nasi dlu..Hujan renyai-renyai..Dalam ati terdetik kalau hujan aktiviti berjalan seperti biasa ke macam mane...Tentarif dah ada kat tangan..Aktiviti mmg best, dan nampak macam seronok tapi  tak tau la lagi. Belum sampai lagi..Sampai terus check in kat LIANA HOSTEL (Kat KUALA TAHAN) bukan HOTEL tau..hostel...


BUS BANDAR JERANTUT..HUJAN RENYAI-RENYAI

TEMPAT TINGGAL

So check in dalam LIANA HOSTEL ni...katil double decker..Satu bilik ngan chot dan Kak Rafeah..

KAK RAFEAH YANG BAIK HATI

CHOT BFF AKU
Petang selepas check in dan pembahagian kumpulan..Aku dapat GROUP 1..Seriously mmg tak penah kenal pun ahli kumpulan kaktus ni..Time ini la nak berkenalan..Pas 2 aktiviti CAKNA FLORA...Pe kebenda cakna flora ni (maksudnya berjalan-jalan melihat-lihat persekitaran maklum la baru sampai boleh round-round persekitaran..Kena la kenal-kenal (tak kenal yak cintakan)..Tambang naik bot dari Kuala Tahan ke Taman Negara sehala RM 1 seorang ..Bukan jauh pun..dekat je

CAKNA ALAM

KENALAN BARU
AKTIVITI KE TAMAN NEGARA
BOT TAMBANG RM 1 SORANG SEHALA
PERATURAN TAMAN NEGARAPERMIT CAMERA RM5.00

Puas berjalan-jalan...Snap sini Snap sana kembali pulang ke hostel..Malam ni nak makan malam kat RESTORAN TERAPUNG..

KEDAI CENDERHATI
TEMPAT TERAPUNG
RESTORAN TEMPAT MAKAN SEPANJANG KAT SANA
Lepas makan ada aktiviti  SLIDE SHOW di TAMAN NEGARA dan NIGHT WALK..Walaupun hari hujan renyai-renyai , jalan basah dan licin aktiviti tetap diteruskan jua...terbaik laaaa.....


Malam ni aktiviti NIGHT WALK  mengikut kumpulan yang telah ditetapkan..Agak membahayakan la jugak kerana cuaca kurang baik..Dapat la melihat beberapa binatang dan serangga..Paling best naik ke Menara Peninjau..Berjaya juga melihat Rusa dari jarak jauh...Memang sangat seronok...

Sangat-sangat terkejut salah seorang ahli kumpulan kami ada yang hilang..En Ibrahim Putih..Guide kitaorang mmg sangat -sangat mara..macam mane boleh hilang..misteri betul la..Dah la hujan...Terpaksa mereka masuk semula dan mencari beliau...Dalam pada masa tersebut tiba-tiba muncul seekor kijang..Apa lagi mmg seronok Kaktus pun sempat mengambil gambar bersama Kijang tersebut yang sangat-sangat jinak..Time sudah pukul 1118PM

KIJANG YANG JINAK
KIJANG YANG MANJA
Mmg sangat risau masa ni kerana sorang ahli kumpulan dah hilang tapi cube tidak risaukan diri sendiri..Akhirnya jumpa jugak En Ibrahim ni rupanya duduk tak jauh pun dari kitaorg yang main kijang ni..hehehehheheh..E2 semua adalah trick pihak penganjur (masa kitaorg dah nak balik baru tau)...Selepas jumpa En Ibrahim semua peserta boleh balik ke hostel masing-masing..Nasib baik jumpa.....

Hari ke- 2  bermula,  yang penting breakfast dulu...Pekena Nasi Goreng dan Mee Goreng...kat mana lagi mestila di RESTORAN TERAPUNG

BREAKFAST PAGI

Aktiviti seterusnya JUNGLE TREKKING...Tak sabar wehhh nak  masuk hutan...Kenal macam-macam pokok yang ada dalam hutan ni..Tengok pemandangan hutan ini seronok tau..semua hijau..freshhhhhh...tenang....


AHLI KUMPULAN

MARSHALL BAGI KETERANGAN
POKOK PISANG

BUNGA_BUNGA HUTAN

BUAH KABUNG
Selapas berjalan pusing-pusing hutan, tengok hidupan hutan, tiba aktiviti wajib kat Taman Negara ni...CANOPY WALKWAY.....Tak sabar rasanya...gayat ke? seronok ke???ke tak rasa pe????budak -budak sekolah rendah pun naik tau..malu la kalau org dewasa macam kaktus ni tak naikkan

LALUAN COPANY WALKWAY
KAK AZIZAH 2 ORG WANITA DALAM KUMPULAN 1
PAKCIK IBRAHIM YANG DIPAKSA MEGHILANGAKAN DIRINYA
GAYA MESTI MAU LEBIH
PEACE DULU
KECIK NYE SAYA MACAM SEMUT
FUUUUHHHHHHH mmg seronok...dan terrrrrrrbaik (bak kate boboi)...cantik nyahhhhhhhh...seriouslyyy tak tipuuuu...hijau jeeee grennnn jeeeee...seronokkkk..tak gayat langsung (kat langkawi lagi gayat tau) kat sini mmg cool jeeee mmg seronok la...Puas ati la....

SELESAI CANOPY WALKWAY
Pe lagi ye aktiviti lepas ni...So habis je kita CANOPY WALK WAY kita mendaki bukit teresek.....Larat ke????tak cuba tau..Tak dapat mendaki Gunung Tahan mendaki BUKIT TERESEK pun ok la...heehehe MOoohHHH kite test mental dan fizikal..Sampai ke puncak agaknye ye??????


SAMPAI SUDAH

KAMI DI PUNCAK TERESEK
First sampai ke puncak TERESEK kumpulan 1, walaupun mereka senior-senior tapi semangat kuat, mental kuat...semua berjaya sampai ke puncak dengan jayanya...Kaktus yang ashtma ni pun sampai ke puncak...Kental G2....hahahaha..yang penting snap dulu..nak ke Gunung Tahan tak berdaya...Bukit TERESEK pun kira ok la....

Selepas beristirehat bagai kat atas bukit teresek amik angin kasi hilang peluh...(Peluh dah macam mandi hujan dah hahaha)..Bagi kering sikit peluh turun semula ke bawah...Nak turun tak bahaya mane pun smoootttthhh je....Turun lagi cepat dari naik...Pasni kita pergi makan dulu..Dah lapar dah ni..Tenaga dah banyak keluar naik BUKIT TERESEK (BERKELAH KAT PULAU NAIK BOT PANJANG TAU)

GAMBAR DULU SEBELUM NAIK BOT
BOT PANJANG ON D WAY G BERKELAH
BERKELAH dalam cuaca hujan renyai-renyai....So apalagi makan dalam Bot panjang ni la...Arini makan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK, SAMBAL BELACAN, ULAM-ULAM, AYAM MASAK MERAH....
Meh layan makanan yang Kaktus makan..

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
AYAM MASAK MERAH
MAKANAN KAMI..
Makan dah kenyang..Ati dah senang...Boleh sambung semula program..Pasni aktiviti RAPID SHOOTING..Ape kenda ye aktiviti ni..Yang paling-paling penting memula nak naik bot segala jenis barang yang ada perlu dimasukkan kedalam beg plastik hitam yang disediakan..Pe ke pelik aktiviti ini..(CONFIUS KAN)..Camera, Hanset, beg pun kena simpan bahaya katenya..So tak dapat la nak bergambar..rugikan..E2 yang tak da gambar masa aktiviti ini...Tapi seriously aktiviti ni paling paling seronok tau..Rugi la kalau tak join...Kalau tak basah pakaian yang kita pakai mmg tak best..Tapi mmg tak mungkin tak basah, ,mesti basah punya la..Patut suruh letak barang dalam beg plastik hitam...Sape yang degil nasib la...basah semuanya....HAHAHHAHAHA

DERASKAN AIR INI.
Gambar untuk RAPID SHOOTING tak dapat nak snap corz camera sudah simpan dalam beg plastik hitam..Tapi mmg satu badan basah kuyup..Macam kena mandi, tapi ini bukan kes mandi tapi kes kena simbah dengan air..Guide dan pemandu bot yang cekap ni la yang mengenakan kitaorang..Ada 4 bot masing-masing berlawan...kejar mengejar...simbah menyimbah...Macam-macam suara dengar ..wawaaaaa...huuuhuuhuuuu..eeeeeeeeeee....aduhhhhhhhhh...basahhhhhhh..lagiiiiiiiiiiii...kejarrrrrrr..simbahhhhhhh..
taknnnnakkkkklaaaa...sejukkkkkkk....hujannnnnnnn....
mmg fantastik..memasing sampai tak da sore dah nak menjerit.....masing dah basah lencun...dan siap mengigil-gigil kesejukan...
Tapi SERIOUSLYYYY mmg sangat-sangat seronok..pengalaman pertama....Tak pernah tau sebelum ini..
Selepas basah semua kami singgah satu tempat yang boleh mandi -manda..tepi sungai yang banyak batu-batu..Boleh la masing-masing bersantai-santai...
BERMANDI MANDA
Dapat la semuanya bermandi - manda..siap ada yang tertido lagi kat atas batu...Puas satu hari aktiviti yang padat dan menarik..Kembali semula ke hostel...Balik hostel mandi-mandi..Siap-siap keluar semula nak cari cenderhati kat TAMAN NEGARA..Tambang RM 2 pergi - balik dari Kuala Tahan ke Taman Negara..Dapat la beli T-shirt sehelai harga RM 35.00..Biasanya kalau kemana-mana kaktus mmg akan beli T-Shirt untuk kenangan...

KAK RAFEAH DAN PAKCIK RAOF YANG SPORTING

BALIK SHOPPING
Malam ni ada aktiviti 'GALA NITE'..kira macam aktiviti kumpulan la...Ada 4 kumpulan maing-masing kena buat PERSEMBAHAN KUMPULAN DAN KARAOKE....
Selepes pekena makan malam kat restoran terapung, masing-masing bergerak ke DEWAN yang telah ditetapkan untuk aktiviti GALA NITE..Kena pakai yang greeennn..greeennnn je tau...
MAKAN MALAM
SIAP ADA BBQ
DEWAN BUAT PERSEMBAHAN
PERSEMBAHAN KUMPULAN
BERGEMBIRA
PERSEMBAHAN KUMPULAN 1
DIKIR BARAT
Selepa acara 'GALA NITE'  selesai pembahagian cenderhati kepada setiap kumpulan...

KUMPULAN 1
Terdapat juga cenderhati untuk pemenang LELAKI TERBAIK PROGRAM  & WANITA TERBAIK PROGRAM..
PAKCIK IBRAHIM (PELAKON TERBAIK)
KAK RAFEAH (WANITA PALING SENIOR)

PESERTA KAUM HAWA

Selepas aktiviti selesai balik ke hostel masing-masing...Punya la penat boleh tidoooooooooo....Esok masih ada aktiviti lagi tauuuuu...zzzzzzzzzzzzz
Hari ke-3 ..bangun pepagi, mandi-mandi pergi breakfat kat Restoran Terapung...Malam tadi dah termimpi-mimpi makan Nasi Lemak..pe menu pagi ni ye...Tak sabor rasanya....

NASI LEMAK
MMmmmm...memang terbaik...sedap Nasi Lemak pagi ini....Sambalnye yang sodap....Selepas siap makan, aktiviti seterusnya ialah 'MELAWAT PERKAMPUNGAN ORG ASAL'....Pergi ke sana menaiki bot panjang..Nak basah lagi ke??????????????

PERKAMPUNGAN MEREKA
SUMBER AIR
BELAJA MENYUMPIT
KEHIDUPAN MEREKA
Kami melawat PERKAMPUNGAN SUKU KAUM BATEX...Melawat kesini, mereka menunjukkan skill yang mereka ada macam mane nak menghidupkan api, macam mane nak menyumpit dan berbagai-bagai lagi..

TAJAMKAN DART NAK MENYUMPIT
ASAH GUNA DAUN MACAM KERTAS PASIR
HIDUPKAN API

Selepas selesai kami memberi sedikit cenderhati kepada TOK BATIN dan penduduk kampung, kerana sudi menerima kami untuk melawat perkampungan mereka..Perkampungan tersebut terdapat 
27 buah keluarga, kaum disini agak pemalu terutamanaya perempuan.....

UNTUK TOK BATIN
Selepas selesai kami pun bergerak pulang, katenya ada lagi acara 'RAPID SHOOTING' on da way balik ke KUALA TAHAN...wowoowowo basah lagi daaaaa.....
KAKI SIMBAH PUNYA ORANG
JOM KITA SERANGGGGGGGG
KEJAR...
BERLAWAN
Rupanya masih ada lagi yang tak puas untuk semalam..balas dendam memasing untuk arini...Lawan lagiiii, kejar lagiiii,.. dan tentunya basah lagiiiiiiiiiiiiiiiiii.....Bawak la kite balik baju basahhhh...hahahha..

Sampai ke Kuala Tahan, siap-siap untuk kembali pulang ke Shah Alam..Mandi, kemas barang, packing dan check out keluar dari LIANA HOSTEL...

SELAMAT TINGGAL TAMAN NEGARA...SAYONARA...

ON DA WAY BALIK BANGI
TERIMA KASIH UNTUK KELAB TM SELANGOR MENGANJURKAN PROGRAM INI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan