Khamis, 22 Mac 2012

PHONG MAY KEDAI BORONG

Baru-baru Kaktus sibuk surf internet nak cari kedai borong..Ikutkan hati memang nak beli kat Bandar Semenyih je...Memang banyak kedai borong..Tapi sementara banyak masa ini try la surf internet..Ari2 member Kaktus ada beritahu ada 1 kedai ini memang menjual makanan ringan dengan harga borong..Katanya memang sangat-sangat berpatutan..Contohnya macam gula-gula,cekedis, apollo,kerepek,air kotak dan macam-macam lagi la..Kaktus pun try la surf internet..Jumpa la tempat ni...Teringin gak nak kesana...Lokasi adalah di Meru..Rasanya tak susah nak kesana..namanya KEDAI BARANGAN RUNCIT DAN MAKANAN RINGAN PHONG MAY...

So pada 16 March baru ni Kaktus kesana..Tak sesat la..Berdekatan dengan TM Point Bukit Raja..Sekiranya dari Shah Alam, Kita kan jumpa Jusco Bukit Raja sebelah kiri, perlu straight akan jumpa tol RM 0.60..selepas tol amik kiri- akan masuk jalan ke meru, jumpa traffic light amik kiri., akan jumpa TM Point sebelah kiri straight lagi-traffic pertama ada kedai belah kanan warna kuning 'KEDAI BARANGAN RUNCIT DAN MAKANAN RINGAN PHONG MAY' so ke depan buat U'turn untuk kedai tersebut..Kalau tak nak jumpa tol pun boleh jugak sebenarnya , ada banyak jalan untuk ke kedai tersebut..

Sampai aje kat situ memang banyak makanan ringan yang dijual, elok sangat kalau nak memborong. Tapi Kaktus kesitu hanya untuk survey tempat  dan harga sahaja..Harga memang berpatutan la,sesuai sangat la kalau nak buat majlis nak bagi ke tetamu-tetamu yang datang...Tak ada la membazir buang macam 2 je..Boleh dimakan..Sesuai juga pada pekedai-pekedai yang membuka kedai runcit, untuk membeli secara borong.Macam-macam la dijual besar jugak kedainye Rasanya amik 2 lot kedai..Ada jual gula-gula, apollo, mainan budak-budak, kerepek, biskut  pakai tin 2, plastik, cawan plastik, pingan plastik, air kotak, sumi, air tin cekedis (macam bika, cekedis kacang peace, yang perasa durian 2, super ring, cekedis perasa udang dll), kebanyakannya beli secara borong la... (Rasanya kalau kanak-kanak masuk memang tak mau balik la).

Dah abis survey, Kaktus beli la juga sedikit plastik-plastik untuk bungkusan makanan untuk majlis nanti.,Plastik tak apa tahan lama.. Untuk makanan tak dapat nak beli lagi sebab terlalu awal lagi kalau nak membeli..Lagipun tak la bawak budget lebih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan